Tuesday 2 October 2012

Cerpen : Suratan Takdir

Seperti yang dijanjikan, entry yang terbaru ni aku nak share cerpen yang aku karang sewaktu aku frust bercinta zaman dolu-dolu... Maaf lah lambat nak upload ye la nak korek2 thumb drive, external hardisk yg lama2 sebab aku da hilang ingatan kt mana aku save n yg sedih nama fail itu sendiri aku lupa.... ha ha nampak sangat da tua kan? So everybody (ha ha macam ada orang baca blog SS aku ni) enjoy reading my original cerpen. Oh one more thing.. cerita dalam cerpen ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah kembali ke alam barzakh... :)



"Intan!Intan..telefon ni", aku yang tengah asyik membaca novel 'Memoirs of a Geisha' karya Arthur Golden terhenti seketika mendengar suara Umi.

“Hmm..siapa pulak yang call aku pagi-pagi ni”. Rasa ingin tahu membuatkan langkahku semakin laju. Manalah tahu ada panggilan temuduga. Sudah hampir setahun aku makan tanggung je lepas keluar kolej.

"Hello...siapa tu?"..
"Assalammualaikum cik Intan...ingat saya lagi tak?" terdengar suara yang garau di hujung sana. Hatiku berdebar.
"Hmm..siapa?"

"Ala...hari tu yang tegur cik Intan masa majlis tahlil dekat rumah Pak Cik man tu.." Jawabnya berterus terang.

"Awak?? Macam mana awak dapat nombor saya ni?" aku kehairanan bila masa pula aku bagi nombor telefon dekat dia.

"Cik Intan dah lupa ke? Sepupu cik Intan tu sepupu saya jugak..."sambil tergelak kecil.

"Abg Lan bagi ke nombor  ni? Isk..apalah..awak nak apa pagi-pagi dah call saya?"

"Saje je nak nak dengar suara awak..hmm okaylah ye..saya tak boleh cakap lama-lama, ada kerja sikit ni, nanti saya call lagi  boleh?? bye! Assalammualaikum"

"Waalaikum salam"

Aku meletak gagang...sambil tersenyum!! Isk...biar betul mamat ni! Fahmi! Fahmi telefon aku?? Teringat masa hari jumaat lepas semasa majlis tahlil kat rumah Pak Cik Man. Aku rasa ada sepasang mata yang asyik memandang aku yang tengah sibuk membantu menyediakan hidangan. Sebenarnya aku dah kenal lama mamat ni masa aku sekolah menengah lagi. Dia ni senior aku. Tapi tak pernah bertegur sapa pun sebab tak ada kepentingan. Fahmi  juga merupakan sepupu kepada  sepupu aku, di mana emak saudara Fahmi kahwin dengan bapa  saudara aku.

Selepas majlis aku lepak-lepak dengan abg Lan dan sepupuku yang lain di ruang tamu. Riuh lah rumah dengan gelak ketawa kami. Tiba-tiba mamat ni datang dan join sekali.



Dia melemparkan senyum tapi aku buat tak tahu je. Dengan selamba dia bersuara,

"Intan kerja kat mana sekarang??" Alamak malu nyer aku nak jawab. Aku ni penganggur terhormatlah.

"Belum kerja lagi, duk rumah je" jawab ku ringkas.

"Oh..ingatkan dah kerja. Kenapa tak cari kerja sambilan...jadi cikgu sandaran ke?...hmm kat restoran ke??"

Ehh!ehh! Mamat ni pandai-pandai lak suruh aku kerja. Menyampah pula bila ditanya pelbagai soalan dari orang luar.

"Nantilah...nak relaks dulu, lagipun tgh tunggu surat sambung study ni.."

"Nak belajar lagi la ni..bagusla tu, jangan jadi cam saya ni study tak tinggi..."

"Syukurlah sekurang-kurangnya awak dah bekerja tetap kan??" jawabku ringkas.

Dia cuma tersenyum manis. Tergoda juga bila melihat Fahmi tersenyum.

"Eh!Intan...tercongok, tersengih  macam kerang busuk kat situ kenapa? Siapa call tu??" Umi mematikan lamunanku.

"Err...kawan lama umi.." jawab ku terus menuju ke dalam bilik.

Aku masih tak percaya yang mamat tu call aku. Isk…dah lama aku tak berperasaan suka dan di awang-awangan macam ni. Yelah dah hampir setahun aku memutuskan hubungan dengan Irwan. Cinta zaman persekolahan sehinggalah aku menamatkan pelajaran ku di kolej. Hampir tujuh tahun percintaan yang disemi berkubur macam tu je.. Disebabkan sifat cemburu dan panas baran yang melampau sangat aku tak tahan dan mengambil kata putus untuk meninggalkan dia walaupun terlalu banyak kenangan bersamanya.

Adakah pintu hatiku diketuk lagi? Isk..aku ni! Mamat tu baru jer telefon aku dah angau. Jangan-jangan dia tu saja je nak ganggu aku. Semenjak dari hari tu, setiap hari Fahmi call aku. Setiap jam 10.00 pagi telefon pasti akan berdering, dan umi telah tahu yang panggilan tu untuk aku.

“Boss awak tak marah ke awak asyik bergayut je ni?”

“Isk…bukan nyer lama intan…5 minit jer…cukup dapat dgr suara Intan okayla…baru best buat kerja…baru la semangat sikit!”
Aku Cuma tergelak kecil dan aku rasa macam ada satu perasaan yang istimewa wujud dalam diri aku. Mungkin Cuma aku seorang saja yang rasa. Kata orang bertepuk sebelah tangan. Tak apalah, tunggu dan lihat je lah!

“Intan..kita ni asyik berborak kat telefon je…bila nak jumpa? Kita keluar nak??” Pelawanya suatu hari.

“Hmm…malulah! Dah lama Intan tak keluar. Malu nanti jumpa kawan-kawan yang dah kerja.” Jawab ku sekadar untuk memberi helah.

Ala..kejap je…kita keluar lunch boleh?” katanya bersungguh.

“Lunch? Panasla nak keluar tengahari” dalih ku lagi. Sebenarnya aku takut nak keluar sebab umi dan babah susah sikit nak bagi aku keluar sendirian, lagi-lagi dengan lelaki.

“Yelah org dah tak sudi nak buat macam mana kan?” lemah je balasan yang diterima.

“Bukan macam tu….” Jawab ku perlahan.

“Okay…kalau sudi esok saya jemput Intan kat rumah k?” katanya bersungguh-sungguh.

“Jangan…jangan jemput Intan. Intan pergi sendiri. Nak lunch kat mana??”

“Kalau macam tu esok tghari saya tunggu Intan kat Restoran Palma boleh? Jangan tak datang. Pukul 1 okay?” balasnya dengan ceria.

“Okay…insya Allah”

“Esok jumpa k…bye!”

“Bye!”

Alamak! Macam mana ni? Apa alasan nak bagitau umi dengan babah ni? Aku dah menggelabah. Kalau aku tak pergi nanti apa pulak mamat ni cakap. Aku dah janji nak datang. Tapi aku memang teringin sangat nak jumpa dia sebab ada secebis rindu yang melekat kat hati aku ni.

Malam tu lepas makan malam aku memberanikan diri minta izin dekat umi.

“Intan nak keluar dengan siapa?” soal umi lepas aku suarakan hasrat hati.

“Kawan sekolah lama umi. Dia ajak Intan lunch. Sekejap je umi. Boleh lah umi. Intan dah janji dengan dia..” rayu ku.
“Hmm..okay..tapi janji jangan balik lambat.” jawab umi ringkas. Jawapan yang memang aku tunggu-tunggu.

“Terima kasih umi. Intan janji balik cepat”  rasa macam nak melompat ketika itu juga bila dah dapat lampu hijau dari Umi.


Hatiku berdebar-debar menanti hari esok. Malam itu aku tak lena tidur memikirkan apa yang akan terjadi esok. Aku membelek-belek pakaian di dalam almari. Aku nak kelihatan ringkas dan cantik. Aku memilih baju blous berwarna biru laut dan skirt jeans labuh.

Jam dah menunjukkan pukul 1.15 petang, aku baru sahaja sampai di Restoran Palma. Aku lihat dari tempat letak kereta ada susuk tubuh yang aku kenal sedang berdiri di luar restoran. Dia tersenyum lega melihat aku.

“Intan…lega rasa tengok Intan dah sampai. Ingatkan tak datang tadi..” katanya manja.

“Sorrylah..jalan jem sikit.Dah lama awak sampai??”

“Dalam 20 minit macam tu. Saya dah order makanan tadi.Jom masuk..lapar dah ni” Dia tersengih nakal sambil mengusap perut.

Pertemuan pertama kali di restoran palma terasa sungguh singkat. Aku akur sebab dia kena masuk semula ke pejabat jam 2 petang. Aku rasa gembira sangat sebab dia pandai berbicara dan membuat aku terpesona dengan karakternya. Sebelum berpisah dia menyatakan hasrat hendak berjumpa lagi dalam waktu yang terdekat.

“Bolehkan Intan? Tak puas lah jumpa Intan macam ni. Apa kata kita keluar hujung minggu ke? Boleh?” pelawaan yang aku tunggu-tunggu.

“Tengoklah dulu, kalau Umi bagi boleh la kot. Intan tak janji tau. Nanti Intan confirmkan ok? Balik dulu…Awak cepatla masuk ofis nanti boss awak marah keluar lama-lama ni”  usik ku..

“Okay…nanti saya call Intan k.”


Pertemuan yang singkat itu membuatkan hatiku semakin berbunga-bunga. Aku rasa seperti  aku dah jatuh hati dekat mamat kacak ni. Aku tak sabar hendak menunggu pertemuan yang seterusnya.



Sudah sebulan perhubungan kami berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa masalah. Semuanya dihiasi dengan gelak ketawa dan kenangan manis. Pertemuan demi pertemuan dibuat. Semakin hari semakin mekar bunga-bunga cinta di hati ku. Mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan? Tapi dari sinaran mata nya aku tahu ada secebis perasaan yang istimewa telah wujud, Cuma tiada pengakuan dari rasmi daripadanya.

Suatu hari semasa melawat Pak Cik Man, aku meluangkan masa dengan Ija, adik kepada Abang Mie. Macam-macam benda yang kami bualkan, ya lah bukan selalu dapat berjumpa. Kampung ku dengan kampung Pak Cik Man ni jauh juga. Kalau saja-saja nak datang kena fikir dua tiga kali rasanya.

“Kak Intan kenal Fahmi kan?” Ija bertanya dengan tiba-tiba. Aku rasa berdebar-debar sebab perhubungan kami masih lagi rahsia dan tiada siapa yang tahu tentang kami berdua.

“Kenal, dia tu kan senior kak Intan dulu masa sekolah. Kenapa dengan dia?” aku pura-pura bertanya.

“Hmm…dulu dia kata dia nak kahwin pertengahan tahun ni, tapi tak jadi…dah dua kali tangguh dah kak Intan…tak best betul la…dah lama saudara mara kita tak buat kenduri kahwin…” kata Ija selamba.

“Kahwin? Bila masa dia tunang Ija? Kak Intan tak tau pun?” hati ku dilanda resah. Tapi aku menyembunyikan perasaan aku. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa pada ketika itu.

“Alaa…dah lama dah! Dah dua tahun dah…masa Kak Intan belajar kat Kolej lagi la… dia tunang dengan anak Uncle Bahar  tu. Ala..Kak Wani tulaa…yg comel dan manis tu”.

“Ye ke Ija….agak-agak Ija kenapa dia asyik tangguh?”

“Ntahla..katanya tak cukup duit, orang sebelah sana minta tinggi sangat agaknya. Eh kita ni cakap pasal orang..Kak Intan tak de apa-apa lagi ke?” Ija menukar topik perbualan.

“Ala Ija ni….belum lagilah..malas nak fikir” dalam hati tuhan saja yang tahu. Geramnya!!!

Perbualan dengan Ija siang tadi bermain-main di fikiran ku. Betul ke apa yang Ija cakap ni? Saja nak perangkap aku ke? Kalau betul la sampai hati dia tak berterus terang dengan aku. Dia layan aku macam tuan puteri, dia layan aku macam aku ni awek dia.


Tapi, aku dan dia belum ada apa-apa hubungan istimewa lagi. Aku dengan dia cuma keluar makan-makan dan menonton wayang, itu je. Tak lebih dari tu. Patut ke aku cemburu? Terasa sebak di hati bila terkenangkan betapa baik dan mesra dia melayan aku. Mungkin dia hanya melayan aku sebagai seorang kawan.

Malam  itu dia menghubungi telefon bimbit ku. Terasa malas nak menjawab panggilan daripada Fahmi. Tetapi ada secalit rindu yang bertakhta di hati ku.

“Hello…” dengan lemah aku memulakan perbualan..

“Assalammualaikum, tengah buat apa tu, Mi ganggu Intan ke?” Tanya nya lembut.

“Waalaikumsalam..tak lah…”

“Kenapa ni sedih je bunyi nya? Tak sihat ke?”

“Tak de apa-apa, penat sikit je, mata pun da mengantuk ni” aku berdalih. Malas aku nak layan mamat romeo ni!

Ala…cepatnya nak tidur…siang tadi buat apa sampai penat ni?”

“Tak de lah…petang tadi pergi rumah Pak Cik Man.”

“Oh ye ke? Cik Man sihat? Lama tak jumpa dia lah”

“Sihat! Tak pe lah ye…Intan dah ngantuk ni”

“Hmm…okaylah, esok keluar nak? Rindula kat Intan.”

“Tengoklah…esok Intan call bagitau..bye!” aku terus mematikan telefon. Hisshhh! Rindu konon! Dah ada tunang pun nak rindu-rindu kat aku lagi. Memang sah mat romeo ni!!! Menyampah!!  Kenapa aku jatuh cinta kat mamat ni, kenapa? Aku dah mula sayangkan dia. Ya Allah…berikan aku petunjuk Ya Allah.


Pagi tu aku bangun tidur dengan perasaan yang sebak terbuku. Macam mana aku nak berdepan dengan dia lagi? Selama ni Fahmi layan aku dengan baik…macam mana dengan tunang dia? Mungkin perhubungan mereka sedang dilanda masalah? Tapi janganlah jadikan aku sebagai perhentian saja.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Aku masih berfikir-fikir samada hendak jumpa dia atau tak. Hmm…biarlah! Malas nak layan. Aku duduk rumah ‘berchatting’ lagi bagus. Keluar dengan mat romeo tu bukan ada hasil pun. Tengah aku leka membaca email daripada kawan-kawan kolej ku, telefon bimbit ku berbunyi. Terpampar nama si romeo tu kat skrin telefon. Iskk! Menyampah betul! Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak? Pergi mampuslah! Dia ingat aku ni lapar sangat dengan muka hensem dia ni?


Dua tiga kali telefon bimbit ku berdering. Aku buat tak tahu saja. Selang beberapa minit terdengar nada sms.

Aku segera mencapai telefon dan membaca sms tersebut.

“Intan…kenapa tak jawab?? Kita jumpa hari ni boleh? Ada sesuatu yang saya nak bagitau…kita jumpa tempat biasa k…jangan tak datang pukul 1.00 ok.”

Nak bagitau apa? Nak bagitahu yang dia dah bertunang dan nak kahwin tak lama lagi? Geramnya!! Panas betul hati aku dibuatnya. Aku ditipu bulat-bulat macam ni. Tapi perasaan sayang yang telah wujud dalam hati ni menyangkal segala-galanya. Mungkin semua ini gurauan semata-mata. Mana tau dia mungkin berpakat dengan Ija nak kenakan aku. Aku rasa baik aku pergi dan terima saja apa yang bakal dia beritahu. Kalau betul dia tunangan orang biar lah…bukan dia seorang saja jantan kat dunia ni.

Tengahari tu seperti biasa aku tunggu dia di Restoran Palma. Lima minit menunggu Fahmi sampai dengan senyum menggodanya.

“Sorry Intan…lambat sikit je….” Ucapnya lembut.

“Jom! Ikut saya….” Katanya sambil menarik tangan ku. Aku tak sempat nak cakap apa-apa.

“Eh…nak pergi mana? Bukan kata nak lunch ke??” Aku menarik tangan ku agar dilepaskan.

“Ala jom la ikut Mi sekejap…ada surprise untuk Intan…sekejap je..please”

“Surprise? “ Bulat mata ku memandang Fahmi tapi dia hanya tersenyum nakal.

Kami menuju ke tempat parking. Dia membukakan pintu kereta untuk aku.

“Nak kemana ni??” Tanya ku cemas..

Ala..Intan ikut je la..jom!”

Dalam kereta aku cuma mendiamkan diri. Aku perasan dia asyik menjeling ke arah ku. Apa benda la nak di surprisekan ni? Nak bawa aku jumpa tunang dia ke?  Jangan la…nanti aku menangis pulak nanti.

Beberapa ketika, kami sampai di suatu tempat yang aku tak pernah pergi. Memang cantik, menara tinjau di atas bukit di pinggir pantai. Luas mata memandang kearah Laut Cina Selatan yang terbentang dan sayup-sayup dan kelihatan beberapa kapal besar sedang berlabuh.

“Intan tak pernah datang sini kan??”

“Tak pernah…!! Wahh…cantiknya..! Tengok tu….ada kapal berlabuh laaa…”


Tiba –tiba aku terasa ada jari-jemari yang meramas tangan ku. Aku terperanjat!! Aku memandang wajahnya. Aku terkedu! Aku cuba menarik tangan ku tetapi semakin kuat dia meramas jari-jemariku. Sakit!

“Intan, suka tak temankan saya?” sambil memandang ke anak mata ku.

Aku tak boleh nak meluahkan kata-kata. Biar betul mamat romeo ni. Jangan la buat aku macam ni. Serba salah aku dibuatnya.

“Intan….Intan sayangkan saya tak?”

Sayang? Apahal mamat ni?

“Intan…please say something Intan…Saya rasa dah jatuh hati kat Intan….saya tahu, Intan pun macam tu jugak kan?” Katanya dengan lembut.

“Fahmi!! Awak sedar ke apa yang awak cakap ni? Jangan la buat gurauan macam ni.” Air mata mula bergenang di mata ku.

“Intan…I’m serious! I really love u Intan! Kenapa baru sekarang ditakdirkan kita berjumpa? Kenapa tak dari dulu lagi.” Katanya lemah, sambil memegang jari jemari ku. Aku tergamam.

“I know u love me Intan.”

“Fahmi….tolong lah jangan mainkan perasaan Intan…!” Aku segera menjauhkan diri ku.

“Tak Intan…saya memang sayangkan Intan. Percayalah!! Saya tak mainkan perasaan Intan.” Katanya bersungguh-sungguh.

“Fahmi…tolong hantar Intan balik…please!” kata ku tegas.

“Intan…tolonglah faham…I really love u Intan…tak terniat nak mainkan perasaan Intan. Apa yang saya cakap ni ikhlas.” Katanya bersungguh-sungguh.

“Tolonglah hantar Intan balik.” kataku sebak.

“Ok..Intan fikirkan dulu ya. Saya tunggu.” Katanya sambil memimpin tangan ku ke kereta.

Aku Cuma membiarkan perlakuannya. Sesungguhnya aku amat menyayanginya dan tak ingin melepaskan genggaman tangannya. Aku tak mahu kehilangan lagi. Cukupla pengalaman bersama Irwan yang menyakitkan hati dan perasaan ku.

Sudah tiga hari dia tidak menghubungi ku. Apa yang perlu aku buat? Patutkah aku meneruskan perhubungan terlarang ini? Tapi, dia tak pernah menerangkan kedudukan sebenarnya pada aku. Aku pula seperti terlalu berat untuk berbicara tentang status pertunangan dia. Sudah putus tunangkah dia tanpa pengetahuan keluarganya? Kalau betul dia sudah bertunang kenapa dia bebas keluar dengan aku tanpa ragu-ragu?

Macamana kalau aku abaikan cerita Ija dan teruskan perhubungan ini? Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia. Aku dah jumpa “Mr.perfect” yang aku cari-cari selama ni.

Aku mengambil keputusan untuk bermain dengan api. Apa nak jadi terpulang. Aku hanya berserah kepada takdir, kalau dia dimaksudkan untuk aku, aku bersyukur. Kalau tidak aku pasrah. Jalan ini yang aku pilih.

Petang tu aku menghantar sms kepada Fahmi:

“Assalammualaikum, saya dah buat keputusan untuk terima awak, tetapi dengan satu syarat yang awak akan berterus-terang segalanya tentang diri awak okay? And to tell u the truth, Intan memang sayangkan awak dan Intan harap ini bukan gurauan semata-mata ok.”

Tak sampai satu minit aku menghantar sms, telefon ku berbunyi.

“Intan! Terima kasih. Saya tahu Intan memang sayangkan saya. Happy nya!! Tak tau nak cakap apa” katanya dengan riang.

“Intan…jumpa nak?? Saya rindu sangat kat Intan. Siksa rasa menunggu keputusan Intan ni. Tak lalu makan saya dibuatnya. Jom lah teman kan saya makan…” rayunya dengan manja.

“Okay….jumpa tempat biasa k. Kejap lagi dalam setengah jam Intan sampai”

“Setengah jam?? Lamanya. Rindu sangat kat Intan ni.”

“Yelah…yelah…Intan cuba sampai cepat k.” Aku tersenyum puas.

Ya Allah…betul ke apa yang aku buat ni? Aku terlalu mengikut perasaan. Tetapi perasaan sayang ku terhadapnya melupakan aku pada kemungkinan yang akan aku hadapi nanti.

Semenjak dari hari tu…perhubungan kami menjadi semakin rapat. Kami sering meluangkan masa bersama walaupun hanya sekejap. Ianya masih menjadi rahsia. Abang Lan dan Ija pun masih tak tahu mengenai perhubungan kami. Aku begitu berhati-hati dan Fahmi masih belum berterus-terang lagi tentang status nya yang dah jadi tunangan orang.


“Intan..ada surat ni ha” Umi menjengukkan kepala di pintu bilik ku.

Surat apa Umi?”

“Ni ha ada pos laju ni. Macam surat dari Universiti je ni” kata umi sambil membelek sampul surat tersebut.

“Ha’ah la Umi. Ni dari Universiti Kebangsaan Malaysia ni. Agaknya Intan dapat sambung belajar tak?”

Aku segera membuka sampul berwarna coklat tersebut dan membaca isi surat berkenaan. Aku tersenyum dan terus memeluk umi.

“Intan dapat sambung belajar Umi….bestnyaa!! Bulan depan Intan dah kena daftar diri” kata ku girang.

Bulan depan?? Bulan depan?? Alamak! Tinggal beberapa minggu lagi nak masuk bulan Jun. Fahmi!! Aku kena tinggalkan Fahmi. Bermakna aku terpaksa berpisah dengannya dalam masa yang lama. Hatiku sayu tiba-tiba. Kenapa harus berlaku semua ni. Baru saja aku mengecapi bahagia bersamanya. Aku tak sanggup hendak berpisah dengan nya.

“Hi ..sorry ganggu awak waktu kerja. Tapi ada sesuatu Intan nak bagitau.” Aku segera menelefon Fahmi.

“Tak ganggulah. Intan nak cakap apa? Nak jumpa saya ke?”

“Tak..Intan dah dapat surat ni. Surat sambung belajar kat UKM” kataku lemah

“Ye ke? Alhamdulillah Tahniah…tercapai gak cita-cita Intan.” Katanya selamba.

“EEE…..awak suka ke Intan nak pergi?” kataku dengan geram

“Laa…. Sayang kenapa ni? Saya tumpang gembira Intan dah dapat offer. Itu yang Intan mahu kan? Saya sokong Intan nak majukan diri lagi” katanya bersungguh-sungguh.

“Tapi, nanti kita kena berpisah? Nanti tak boleh nak jumpa awak lagi.” Aku mula menitiskan air mata.

“Intan…jangan lah  sedih. Kan nanti boleh telefon…boleh hantar email..boleh hantar surat. Waktu cuti boleh jumpa kan?” katanya memujuk.

“Bila Intan kena lapor diri?”

“Bulan depan. 12 haribulan.”

“Bulan depan? Cepatnya…. Alahai…nanti rindu la pulak bila Intan tak de” katanya lemah.

“Intan rasa cam tak nak pergi lah”

“Laa…Intan jangan la macam tu. Nanti apa kata Umi dengan Babah Intan nanti?”

“Intan tak nak berpisah dengan awak….” Kataku berterus terang.

“Intan…jangan lah  jadikan saya sebagai batu penghalang. Saya tak pergi mana-mana. Saya tunggu Intan kat sini. Bila Intan cuti kita jumpa k?”

“Janji tau….”

“Okay…saya janji. Esok jumpa nak?”

“Hmm..okay…esok Intan nak buat medical check-up kat hospital. Lepas dah selesai nanti Intan call ”

“Okay sayang! Jumpa esok. Love u so much!”

“I love u too.”

Perasaan ku berbelah bagi dan begitu sebak. Aku baru saja mengecapi saat-saat bahagia bersama Fahmi tetapi aku terpaksa meninggalkannya demi untuk mencapai cita-cita ku.

Terlalu cepat masa berlalu. Esok tanggal 11 Jun 2001. Aku akan berangkat ke Kuala Lumpur. Persiapan untuk mendaftar semuanya telah lengkap. Umi dan babah tak menghantar ku kerana aku tak mahu menyusahkan mereka. Lagipun banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk menghantarku. Yelah aku duduk di Sarawak, nak terbang kena banyak duit juga. Kawan-kawan ku ramai yang menetap dan berkerja di Kuala Lumpur jadi boleh lah tolong menghantar aku ke UKM nanti.

Petang itu pertemuan terakhir kami sebelum aku berangkat meninggalkan bumi kenyalang ini.

“Fahmi…Intan sayangkan awak. Nanti jangan lupakan Intan k” air mataku mula menitis laju.

“Intan…saya pun sayangkan Intan. Jangan menangis Intan. Saya akan sentiasa call Intan nanti. Percayalah.” Fahmi mengusap air mataku.

“Intan…belajar rajin-rajin k…jangan asyik berangan je. Kesian Umi dengan babah mengharapkan Intan.”

“Ok.Tapi awak jangan lupa call Intan selalu. Nanti Intan mati kerinduan nanti” kataku sambil tersenyum.

“Yelah Intan payung….penghibur hati beta!” Satu ciuman hinggap dipipi ku.

Hari terakhir aku di bumi kenyalang. Terasa sayu rasa dihati. Umi dan babah dah bersiap sedia untuk menghantar ku ke lapangan terbang. Fahmi juga berjanji akan menghantar ku ke lapangan terbang tetapi aku melarangnya. Bimbang Umi dan Babah perasan tentang perhubungan kami.

Sampai di Lapangan terbang hatiku semakin sebak. Meninggalkan Umi dan babah. Meninggalkan kampung halaman dan meninggalkan kekasih hati ku. Tiba-tiba di satu sudut aku ternampak Fahmi sedang duduk memerhatikan aku. Aku hampir terperanjat. Mamat ni biar betul. Aku lihat dia tersenyum dan ternampak kesedihan di wajahnya. Aku terasa seperti hendak memeluknya buat kali terakhir. Tetapi apa kan daya. Aku Cuma mampu memandang nya dari jauh. Kerinduan mula berputik di hati ku. Fahmi! Selamat tinggal sayang…cintaku terhadap mu takkan berubah.

************************************************************************

Kuala Lumpur! Aku kembali lagi kepadamu. Dah hampir setahun aku meninggalkan kota metropolitan ini. Banyak berubah. Dan terlalu banyak kenangan pahit manis ku bersama Irwan di kota ini.

Nana kawan baik ku di kolej menjemput ku di KLIA. Gembira rasanya dapat berjumpa Nana semula. Malam ni aku menumpang di rumah Nana. Esok Nana akan menghantarku ke UKM. Banyak betul yang kami bualkan, sehinggalah aku menceritakan kisah ku dengan Fahmi.

“Intan…kau ni biar betul! Kau ni macam tak de lelaki lain kat dunia ni. Tunang orang yang kau nak? Nasib baik bukan suami orang lagi tau, kalau tak aku dah ganyang dah kau ni” Nana marah bila aku memberitahu tentang status Fahmi.

“Na..aku tak boleh nak halang perasaan cinta aku ni. Aku sayangkan dia Na. Aku berserah pada Allah. Kalau dia bukan ditakdirkan untuk aku, aku pasrah.”

‘Intan…kau ni tak serik ke? Kau kan baru je putus dengan Irwan tu. Kau nak kecewa lagi ke?”

“Aku dah lama kecewa Na. Aku memang dah tewas kerana dia dah jadi milik orang lain. Terserah kepada dia. Aku terlalu happy bila aku bersama dengan nya. Perasaan yang tak pernah aku kecapi ketika bersama Irwan.”

“Ikut suka kau la Intan. Jangan menganggu pelajaran kau nanti dahlah. Dah lewat ni, pergila tidur. Esok pagi-pagi dah kena pergi Bangi, nanti lewat plak.”

“Okay..good night my dear!” Nana mematikan lampu.



Pagi tu awal-awal lagi kami dah bangun. Selepas solat subuh, aku dah bersiap-siap untuk ke Bangi. Kalau lewat nanti jem plak. Dari Keramat ke Bangi kalau tak jem sejam boleh sampai agaknya.


Kami sampai di UKM pukul 8.30 pagi. Dari jauh dah nampak ramai ibu bapa yang bergumpul kat depan dewan. Hantar anak-anak agaknya. Nasib baik Nana ada temankan aku. Sedih pula rasanya bila nampak semua ditemani ahli keluarga. Semakin sayu hati ku ketika itu.

Selepas selesai urusan pendaftaran Nana menghantar aku ke bilik asrama ku. Aku ditempatkan di Asrama F. Menitis air mata ku bila Nana meminta diri untuk balik. Aku peluk Nana erat-erat.

“Intan..jangan la sedih. Nanti senang aku datang jenguk kau k. Kalau ada apa-apa, call je lah…” Nana menenangkan aku.

“Terima kasih Nana. Kaulah sahabat dunia akhirat aku. Nanti aku call kau k”

“Jaga diri tau. Jangan nak berangan je, nanti study ntah ke mana plak.Balik dulu k, assalammualaikum”

“Wa'alaikum salam..”


Selang beberapa minit selepas Nana keluar, teman sebilik ku sampai. Kecil molek orangnya.

“Assalammualaikum. Saya Nurul Hani.” Katanya ramah.

“Wa’alaikum salam. Saya Intan Zahara. Panggil saja Intan. Lega rasa dah dapat roommate. Taklah sunyi sangat” kataku riang.

“Ha’ah..Nurul pun takut tadi..ingatkan tak de room mate lagi. Seram kalau duduk sorang-sorang kan?” nuMi tergelak kecil.

Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi.

“Hi sayang!” terdengar suara yang aku rindu sangat.

“Hi..kenapa baru sekarang call? Dari semalam Intan tunggu tau..”

“Sorry sayang…handphone ada problem skit la. Kan dah call ni. Rindu kat saya ye?”

“Mestilah rindu. Rindu sangat. Awak tak rindu ke?”

“Mau nya tak rindu. Rasa macam tak berpijak di bumi je ni. Asyik teringatkan Intan je. Kalau ada sayap nak je terbang tau.”

“Awak…semangat Intan macam dah melayang ni. Rindu sangat. Tak tau macam mana nak cakap.” Kataku lemah.

“Intan..jangan la macam tu. Baru satu hari Intan kat situ. Tujuan Intan nak belajar kan? Nak dapat ijazah? Capai dulu cita-cita Intan. Saya sentiasa ada kat sini. Kalau apa-apa call je saya k?” bersungguh-sungguh dia menasihatkan ku.

“Janji tau…jangan lupa call Intan…hantar email.”

“Okay sayang. Nanti saya call lagi k. Jaga diri baik-baik. I love u..i miss u”

“Miss u too” aku mengakhiri perbualan yang singkat itu.


Aku melalui hari-hari di kampus dengan bebanan rindu yang semakin berat. Aku tak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran ku. Aku sering berangan di dalam kelas kuliah. Setiap malam aku akan bergayut di telefon. Dah beratus-ratus ringgit aku habiskan untuk membeli prepaid.

Kuliah yang ku hadiri cuma untuk mengisi aktiviti harian. Assignment yang aku buat cuma melepaskan batuk ditangga. Aku lebih suka membaca kad-kad dan e-mail yang dikirim oleh Fahmi setiap selang tiga hari. Kata-kata cinta dan gurauan yang menggembirakan hati ku. Aku sudah lupa tujuan asalku datang kemari.

“Intan…kau ni tak de kerja lain ke Intan” suatu hari Nurul menegurku.

“Kenapa?” selamba aku bertanya.

“Kau tak de assignment ke? Aku tengok kau relek je. Asyik-asyik bergayut…baca kad. Tak lama lagi exam tau.”

“Ala Nurul…aku tak de mood la.”

“Jangan ikutkan hati sangat Intan. Bukan selalu kita dapat peluang nak belajar ni.”

“Aku tak tau la Nurul. Aku asyik teringatkan dia je. Aku risau nanti dia tinggalkan aku.”

“Intan…kau yang nak bermain dengan api kan? Kenapa kau takut plak. Sememangnya kau tau yang dia bukan milik kau.”

“Aku tau Nurul. Aku cuma mengharapkan keajaiban berlaku. Aku mengharapkan yang dia akan memilih aku jadi suri hidup dia dan bukan tunang dia.”

“Isk…Intan, tak baik tau. Kau patut jauhkan diri kau dari dia, peluang berjauhan macam ni patut kau hargai. Kan ramai lagi budak-budak macho kat fakulti kita tu.”

“Hmm…dia tu lain Nurul…tak sama macam lelaki yang pernah aku jumpa..kita tunggu dan lihat je lah Nurul.”

“Malas lah nak bertekak dengan kau ni…”

Seperti biasa aku akan mendapat kad ucapan daripada Fahmi. Hari tu aku sungguh gembira kerana dalam kad ucapan itu dia menyatakan yang dia akan ke Kuala Lumpur kerana ada Kursus di pusat latihan syarikatnya berhampiran dengan kampus ku. Dia akan datang bulan depan 15 hb Ogos. Aku rasa seronok teramat sangat. Bolehlah aku melepaskan kerinduan ku terhadapnya.

------------------------------------------

Pada tanggal 15 hb Ogos  aku menunggunya di KLIA. Aku sanggup ponteng kuliah semata-mata hendak menyambut kedatangan Fahmi. Hatiku berdebar-debar kerana dah hampir 3 bulan aku tak berjumpa dengan nya. Bila dia keluar saja dari ruang ketibaan, aku terus meluru ke arahnya. Dia pantas memelukku. Aku tak dapat menahan air mata ku.

“Fahmi…I miss u so much!”

“Me too Intan. Kenapa Intan menangis? Kan saya dah sampai ni..” ucapnya lembut.

“Intan rindu sangat kat awak. Intan dah tak boleh nak tumpu pada study lagi.”

“Intan…jangan la macam tu sayang. Tengok, badan pun dah kurus ni.”

“Fahmi…tinggal lama sikit kat sini boleh? Temankan Intan dulu.”

“Hmm…tak boleh Intan. Saya ada kerja. Ni pun datang sebab ada kursus. Lepas kursus saya kena pergi Sabah pula. Kalau boleh memang nak stay lama lagi, tapi keadaan tak mengizinkan.”

“Fahmi…Intan dah tak tahan duduk sini. Asyik teringatkan awak je. Intan nak berhenti belajarlah. Sia-sia je Intan datang sini tapi tak belajar.”

“Intan! Kenapa ni?? Jangan jadikan saya sebagai batu penghalang cita-cita Intan. Saya kecewa kalau Intan terus macam ni. Saya nak Intan dapat Ijazah.”

“Tapi…”

“Tapi apa Intan? Lepas ni Intan kena janji Intan kena belajar bersungguh-sungguh tau. Dah banyak Intan keluarkan belanja nak datang sini.” Fahmi bersuara dengan tegas.

“Sayang, bukannya lama, dua tahun je..pejam celik ,pejam celik dah nak habis satu semester ni.” Fahmi memujukku.

“Yelah…Intan cuba.”

Sepanjang seminggu Fahmi di Kuala Lumpur, setiap hari dia akan datang melawat aku di Kolej. Aku sungguh gembira sekali. Sampaikan semua kuliah yang dijadualkan pada waktu malam aku akan ponteng. Yang paling penting bagi aku sekarang ialah meluangkan masa sebanyak mungkin dengan Fahmi. Kalaulah Umi dan babah tau, mati aku agaknya.

----------------------------------------------

Setelah pemergian Fahmi, aku seperti orang gila. Aku dah tak boleh nak menumpukan perhatian ku. Seumur hidup ku, aku tak pernah terkena penyakit cinta yang begitu parah sekali. Pengalaman ini berbeza sangat dengan pengalaman cintaku dengan Irwan. Agaknya beginilah perasaan sayang Irwan pada ku. Melimpah-ruah sehingga membuatkan dia takut kehilangan ku.

Peperiksaan akhir semester akan bermula minggu hadapan. Aku masih di awang-awangan. Apa yang aku pelajari aku sendiri pun tak tau. Tak kisahlah. Aku nekad apa nak jadi, jadilah.

Sepanjang minggu peperiksaan, aku masih lagi relax. Room mate ku malas dah nak tegur. Kalau ikutkan hati , lepas exam nak balik je..tapi cuti tak lama. Cuma 3 minggu. Aku mengambil keputusan untuk meluangkan masa cuti ku di rumah Nana.

“Intan…kau ni kenapa intan. Kenapa nak siksa diri macam ni?” soal Nana tegas.

“Nana…aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. Aku takut nak terima kenyataan yang dia dah jadi tunangan orang.”

“Kau ni bodohlah Intan! Ramai lagi orang nak kan kau… kau bukannya tak lawa..”

“Bukan sebab tu Na…nantilah…aku ingat aku nak hantar email kat dialah nanti. Aku nak tanya perkara sebenar.”

“Telefon je lah terus…buat apa nak email…”

“Aku takut…aku malu..dan aku tak boleh terima kenyataan” aku tak boleh menahan sedih, air mata ku mula menitis laju.

Nana menghampiri ku dan memelukku.

“Intan…kau kena terima semua ni. Kau tak boleh berterusan macam ni. Aku tak nak kau musnahkan hidup kau macam ni Intan.”

“Na..tolongla aku Na..aku dah tak tahan hidup macam ni.”

“Okay…nanti kau hantar email kat dia dan tanya perkara yg sebenarnya kalau kau takut sangat nk call dia. Aku tak nak dia terus tipu kau macam ni.”

“Na..aku tau, dia bukan nak tipu aku. Aku tau dia memang ikhlas menyintai aku, cuma keadaan yang memaksa dia..”

“Dahlah Intan, kau bagi kata dua dekat dia…habis cerita. Kalau betul dia cintakan kau dia patut tau apa yang perlu dia buatkan?” Nana seperti melepaskan geramnya.


-------------------------------------

From: intan@dot.dot.dot  
To:  FahmiNaim@dot.dot.dot   
Cc:     
Bcc:     
Subject: tell me the truth

“Fahmi, betapa beratnya Intan nak meluahkan apa yang terbuku dihati. Tetapi, semakin lama Intan pendamkan semua ni, semakin terluka hati Intan.

Selama ini Intan menunggu perkara ni keluar dari mulut Fahmi sendiri, tetapi sampai sekarang ianya masih menjadi misteri. Biarlah Intan yang mulakan walaupun susah bagi Intan hendak meluahkan semuanya.

Intan dapat tahu yang Fahmi dah pun jadi tunangan orang. Dan mustahil perkara seperti ini adalah gurauan semata-mata. Walau apapun jawapan nya Intan nak Fahmi berterus terang. Intan tak sangka yang Fahmi sampai hati menyiksa Intan macam ni. Kalau boleh Intan nak Fahmi buat keputusan yang sewajarnya. Jangan berterusan mempermainkan perasaan Intan macam ni.”


Bercucuran air mataku ketika menaip email tersebut. Aku rasa seperti aku akan kehilangannya. Kalau boleh diputarkan waktu ingin saja aku kembali di mana aku tak mengenali dirinya.

Malam tu aku terima balasan email dari Fahmi. Hatiku berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan email tersebut.

From: FahmiNaim@dot.dot.dot   
To:  intan@dot.dot.dot 
Cc:     
Bcc:     
Subject: re: tell me the truth

“Intan, maafkan Fahmi. Terlalu besar kesilapan yang Fahmi telah buat. Fahmi bukan nak mempermainkan Intan. Rasa cinta dan kasih sayang yang dicurahkan selama ni semuanya ikhlas. Fahmi benar-benar sayangkan Intan.

Fahmi sedar yang selama ni Intan tersiksa. Tapi Fahmi takut untuk menyatakan perkara sebenar, bimbang Intan akan menjauhkan diri dan membuang Fahmi. Intan, maafkan Fahmi...memang benar Fahmi dah jadi tunangan orang, tapi planning nak kahwin tu belum ada lagi. Fahmi sayangkan tunang Fahmi sebagaimana sayangnya Fahmi pada Intan. Cuma Fahmi kesal kenapa kita tidak dipertemukan sebelum semua ni berlaku.

Maafkan Fahmi….Fahmi tak boleh nak buat keputusan sekarang. Terpulang pada Intan samada nak meneruskan perhubungan kita atau tidak. Kalau Intan nak meneruskan perhubungan ini, Fahmi tiada halangan…malah Fahmi bertuah kerana memiliki Intan.

Maafkan Fahmi….kasih sayang Fahmi takkan berubah dan akan menyintai Intan sepenuh hati.”

        Air mataku mengalir laju. Hatiku terlalu sebak dan pedih seperti ditusuk sembilu. Kenapa? Inikah jawapan yang aku dapat?Kenapa semua ni terjadi pada aku?? Inikah balasan yang aku dapat setelah meninggalkan Irwan….

Kenapa aku yang harus membuat keputusan.Ohh…apa yang perlu aku buat.



------------------------------------------

“Intan..kenapa ni?”

Tanpa aku sedar Nana menghampiri ku.

“Na…” aku tak dapat nak berkata-kata. Aku terus meluru ke katil dan merebahkan diriku. Aku menangis semahu-mahunya. Sungguh kejam. Kenapa aku yang perlu buat keputusan??

“Intan…kenapa ni…sabar Intan.” Nana mengusap rambut ku umpama seorang ibu yg memujuk anak kecil.

“Na…sampai hati dia buat aku macam ni …” dengan tersedu sedan aku memulakan bicaraku.

“Macam mana aku nak buat keputusan? Aku tak bersedia dengan keadaan ni. Aku tak nak tinggalkan dia Nana. Aku sayangkan dia……aku tak sanggup”

“Intan….kenapa harus kau yang buat keputusan? Aku dah naik geram sebenarnya dengan jantan yang bernama Fahmi ni tau!! Isk..kalau aku dah lama aku lempang muka dia tu.” Nana begitu marah sekali bila mendapat tahu perkara yang sebenarnya.

“Intan..sekarang dah jelas dan nyata kan? Kau nak tunggu apa lagi?”

“Na…aku dah hilang punca Na…aku tak boleh nak buat keputusan sebab bukan macam ni yang aku nak….aku tak boleh terima jawapan dia…” aku mengesat air mata ku yang mengalir bak hujan..

“Macam ni lah Intan…kau fikir dulu masak-masak. Baik kau sembahyang istikharah. Tenangkan hati kau tu. Jangan buat keputusan yang akan memusnahkan hidup kau nanti.Hmm...dah lah, aku nak keluar makan ni…nak ikut tak?”

“Tak nak la …aku tak selera lah.”

“Kau ni janganlah terperap saja macam ni Intan…risau aku tengok tau. Mehla ikut aku keluar…mana tau jumpa jejaka hensem kat kedai mamak tu…” Nana tergelak kecil.

“Isk…tak nak la..mata aku bengkak-bengkak cam ni nak ajak aku makan….”

“Okay apa….macam mata ikan mas. Ha ha ha ha ha……” Nana tergelak!

“eee…kau ni aku tengah sedih ni kau buat lawak pula” aku memukul Nana dengan bantal yang dah basah dek terkena air mata duyung aku.

“He he he he….janganla marah….meh sini bucuk..bucuk…” Nana mencubit pipi aku dan terus berlari keluar meninggalkan aku.

“Chow dulu….nanti aku kirim salam kat abang mamak tu yer….”

Belum sempat aku nak menjawab lawak si Nana tu, telefon bimbit ku berbunyi.


Hatiku berdebar bila nampak nama caller yang tertera kat screen.

“Hello Intan…”

“Fahmi….”

“Intan dah baca email saya?” suaranya seperti tersekat-sekat.

“Dah….kenapa Fahmi buat Intan macam ni..” aku tak dapat menahan sebak.

“Intan maafkan Fahmi….bukan niat nak mempermainkan Intan. Fahmi sayangkan Intan.”

“Intan tak boleh nak buat keputusan…Intan masih sayangkan Fahmi…Intan tak sanggup kehilangan Fahmi…..” aku meluahkan rasa hatiku

“Intan…jangan bebankan diri macam ni…Insya Allah nanti bulan depan Fahmi ada seminar di KL..nanti kita bincangkan perkara ni k….Intan jangan risau..kasih sayang Fahmi ikhlas…Fahmi sayangkan Intan..okay sayang…”

“Fahmi…jangan tinggalkan Intan k….” aku seperti merayu walaupun bukan itu yang aku mau.

“Intan pun jangan tinggalkan Fahmi…Intan jaga diri elok-elok k. Nanti Fahmi call lagi k sayang..”

“Fahmi… I love u so much..”

“Love u too Intan..Intan jangan nangis lagi tau…bye”


Hatiku berbunga-bunga kembali. Aku yakin yang dia takkan meninggalkan aku. Aku yakin yang dia akan menjadi milikku.


Minggu depan keputusan exam akan keluar. Tetapi aku belum bersemangat lagi hendak meneruskan kuliahku. Aku berkira-kira nak memohon cuti satu semester, untuk memulihkan keadaan aku ni daripada aku terus berangan tak tentu pasal.

Pada hari keputusan diumumkan, aku kembali ke kampus untuk melihat keputusan ku. Hmm…semacam tak percaya pula aku, aku gagal satu paper je. Aku ingat aku gagal dua ke tiga paper. Selepas mengambil keputusan ku, aku terus menelefon Umi.

“Assalammualaikum Umi”

“Wa’alaikum salam….Intan sihat ke?” Umi bertanya dengan lembut.

“Sihat Umi…Intan kat kampus ni, baru lepas tengok result exam”

“Ye…macam mana?” Umi tak sabar-sabar nak mengetahui keputusanku.

Ala..Umi..Intan gagal satu subject la Umi….” Kata ku lemah.

“Ye ke…? Tak pe lah..kan boleh repeat paper tu kan?”

“Memang boleh Umi…tapi Umi…Intan nak mintak kebenaran Umi ni…” aku seperti susah nak meluahkan hasrat hati ku pada umi.

“Apa dia Intan…”

“Umi…Intan nak tangguh satu semester boleh tak Umi. Intan tak semangat la nak start kuliah minggu depan ni. Takut nanti makin teruk result Intan nanti.”

“Kenapa pulak…Intan sakit ke?”

“Taklah Umi…Cuma Intan rasa nak rehat dululah….boleh tak umi?? Umi cakap dengan babah k..kalau boleh Intan nak balik minggu depan. Nanti kalau babah kata ok Umi masukkan duit k nak beli tiket flight”

“Hmm…nanti lah Umi tanya babah dulu. Jangan berharap sangat tau”

“Okay Umi…sayang kat umi. Kirim salam babah k..”

“Ye lah…kirim salam jugak kat Nana.”

“Okay..Assalammualaikum”

“Wa’alaikum salam”



Setelah penat Umi meyakinkan Babah supaya menerima keputusan ku untuk tangguh satu semester, babah setuju dengan syarat aku tidak boleh duduk diam saja kat rumah, aku kena cari kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan ku di kampus nanti. Aku menerima syarat babah tu dengan hati yang terbuka. Ye lah…waktu macam ni semuanya sanggup, asalkan dapat balik ke kampung halaman dan meninggalkan kampus yang pada aku tiada langsung kenangan yang boleh aku simpan dalam memori. Kotak memori sekarang hanya penuh dengan cinta ku terhadap Fahmi.


Perkhabaran gembira ini kusampaikan kepada Fahmi. Ternyata dia pun menerima dengan hati yang terbuka. Kebetulan seminar yang dijadualkan di Kuala Lumpur telahpun dibatalkan.

Aku mula bersemangat. Aku tekad akan memulihkan keadaan ku sebelum aku kembali menyambung kuliah nanti. Aku membelek barang-barang yang dah dikemas. Mana yang tak perlu dibawa aku tinggalkan di rumah Nana. Nasib baik dapat sahabat macam Nana yang betul-betul memahami situasi ku. Aku tak sabar nak menanti hari esok!! Aku akan kembali ke pangkuan Fahmi.

“Hello Intan….”

“Hello…Fahmi…Intan kat rumah ni. Baru je sampai dari airport.”

“Iye…siapa jemput Intan?”…

“Umi yang jemput. Babah kerja. Fahmi kat mana ni?”

“Kat ofislah sayang…hari ni hari bekerja…bukan macam orang tu..tak nak belajar…” Fahmi tergelak kecil.

Ala…jangan la cakap macam tu, Intan ambik cuti lah…bukan nya berhenti.”

“Haa….macam mana dengan syarat babah Intan tu? Sanggup ke tunaikan?” Fahmi mengingatkan ku tentang perjanjian yang aku telah buat dengan babah.

“Hmm….itulah tengah fikir ni, nak cari kerja kat mana? Intan tak nak la kerja kat restoran makanan segera…penat, gaji tak seberapa. Esok Intan ingat nak pergi sekolah depan tu, kot-kot ada nak cari cikgu sandaran.” Kataku bersungguh-sungguh.

“Baguslah macam tu, taklah menghabiskan beras je kan..ha ha ha”  sungguh senang rasa hati ku bila dapat mendengar suara Fahmi yang ceria. Seperti tiada jurang yang menghalang perhubungan kami berdua.


“Okaylah Fahmi..Intan nak rehat dulu, penat laa…nanti Intan call bila dah segar nanti k” sesungguhnya aku tak sanggup hendak memutuskan talian ini. Terasa seperti ingin mendengar suaranya setiap waktu.

“Okay sayang….jangan lupa call k?love u so much!”

“I love u too dear.”


Keesokan harinya, aku pergi ke sekolah menengah di depan taman perumahan rumahku. Aku berjumpa dengan kerani sekolah dan menyatakan hasrat untuk memohon kerja menjadi guru sandaran. Kerani tersebut menyerahkan borang permohonan dan meminta aku melengkapkan borang tersebut. Setelah selesai semuanya, aku mengembalikan borang tersebut.

“Kak..hmm..berapa lama proses nak dapat jawapan ni?”

“Akak rasa sekejap je dik, sebab sekolah kami ni memang kekurangan cikgu, pelajar semakin ramai. Lagipun ramai cikgu sandaran yang dah berhenti sebab dah dapat tawaran kerja.” Jawab kerani yang lebih tua dari usia ku.

“Oh..iye ke. Tak pe lah kak, saya balik dulu ye. Assalammualaikum.”

“Wa’alaikum salam..”.

Aku dah tak sabar nak kerja sebab aku tak nak menyusahkan Umi dan bBabah. Sebelum balik ke rumah, aku menuju ke pusat Bandar. Manalah tau ada kerja sambilan lain yang boleh aku lakukan. Aku memandu ke arah sebuah cyber café dan pusat latihan Komputer yang terkenal di tempat ku. Aku dapat tahu kawan sekolah ku berkerja di situ sebagai kerani.

Cyber café yang terletak di aras satu bangunan rumah kedai itu sungguh cantik. Hiasan dalamannya sungguh mendamaikan. Di dalam pejabat aku ternampak Malia yang tengah sibuk membuat kerja.

Aku mengetuk pintu dan Malia terperanjat melihat aku.

“Eh..Intan! Kau ada kat sini ke? Aku dengar kau dah sambung belajar balik kat UKM?”

“Memanglah…aku ambik cuti satu semesterlah. Tak larat…tak de mood.”

“Eleh..engkau ni tak de mood ke nak balik kahwin ni..” usik Malia.

“Tak de lah…cutilah ni. Eh..boss engkau tak de ke?”

“Ada kat atas lah Intan. Tengah sibuk nak cantikkan kelas latihan kat atas tu. Kenapa nak jumpa dengan dia ke?”

“Hmm…ni lah Malia…aku nak cari kerja ni. Kat sini ada kerja kosong tak?”

“Eh…engkau ni nak belajar ke nak kerja?”

Ala…babah aku tu lah…dia tak kasi aku duduk rumah la cuti ni. Dia suruh aku cari kerja buat belanja nak naik kuliah nanti.”

“Ye ke..he he kesian nya. Aku rasa ada kot. Kak Atiqah nak carik pengajar untuk kelas computer sekolah rendah. Kau boleh mengajar komputer tak?”

“Ala…boleh…kacang je tu.”

Tengah kami berbual-bual, bos Malia pun masuk ke dalam pejabat.

“Kak Atiqah, ni kawan saya Intan.”

“Apa khabar kak?”

“Baik. Kawan sekolah ke?”

“Ha’ah kak. Kak, Intan nak cari kerja ni kak. Kakak kata nak cari tenaga pengajar untuk kelas komputer kita kan? Intan boleh mengajar kak” Malia menerangkan hajat ku.

“Oh ye ke? Sebelum ni Intan belajar kat mana?”

“Sebelum ni saya belajar kat kolej  kak. Ambik kursus sains komputer.”

Ada bawak resume tak?”

Ada.” Aku menyerahkan resume yang baru aku buat semalam.

“Hmm…okaylah ni. Intan mahir dalam Microsoft Office dan sabar dengan kerenah budak-budak?”

“Mahir juga kak. Budak-budak tak kisah, saya boleh handle.”

“Tapi kerja ni part time je tau. Bukan full time. Mengajar waktu petang mula pukul 2.30 petang sampai 4.30 petang. 3 kali seminggu. Dalam sebulan tu RM 300 intan boleh dapat.”

“Boleh la kak, Intan tak kisah.”

“Okay..macam nilah, nanti akak call Intan confirmkan balik boleh?”

“Okay. Kalau boleh Intan nak kerja ni kak.” Kata ku bersungguh-sungguh.

“Ok. Malia aku balik dulu ye. Terima kasih banyak ya.”

Aku keluar dari pejabat Malia dengan senang hati. Hmm…kalau dapat jadi cikgu sandaran lepas tu petang buat part time, lumayan gak aku dapat.

Dalam perjalanan balik dari tempat malia, aku lalu di depan restoran palma. Terasa rindu pulak rasanya kerana itulah tempat nostalgia aku dengan Fahmi. Hmm…bila agaknya boleh dating lagi dengan buah hati aku ni.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat yang aku kenali. Fahmi? Dia sedang berjalan sambil berpimpin tangan dengan tunangnya keluar dari restoran tersebut. Ceh!! Patutla dari tadi aku call tak dapat. Rupanya kat sini bermadu kasih dengan perempuan lain!!

Aku cepat-cepat memecut kereta kerana aku takut dia perasan akan kehadiran ku disitu. Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia kata dia sayang kat aku tapi, kenapa dia begitu mesra dengan tunangannya. Woi Intan! Sedarlah sikit…dia tu tunangan orang! Kau tak de hak nak cemburu Intan! Aku cuba menenangkan diri aku. Terbatal niat di hati hendak singgah di kedai buku berhampiran.

Sampai di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik dan menangis semahu-mahunya. Ya Allah…kenapa semua ni berlaku pada aku. Kenapa aku masih tak bangun lagi dari mimpi ngeri ni. Intan…dah jelas dan nyata dia mempermainkan kau Intan!! Tidak!! Tidak!! Dia memang sayangkan aku! Dia cintakan aku! Dia milik aku!! Aku menangis semahu-mahunya.

Aku masih berdegil lagi dengan realiti yang ada di depan mata ku. Kuanggap semuanya adalah dugaan untuk aku. Hatiku nekad mengatakan yang Fahmi adalah milik aku seorang.

Aku cuba melupakan apa yang telah aku lihat tadi. Aku akan melayan Fahmi seperti biasa. Aku akan cuba untuk menambat hati Fahmi agar dia tidak akan mensia-siakan aku. Walau apa pun terjadi dia mesti mengambil aku sebagai suri hatinya.

Hari ini merupakan hari pertama aku mengajar di sekolah menengah sebagai guru sandaran. Pagi tadi aku bangun seawal 5 pagi sebab dah tak sabar nak mengajar. Fahmi tumpang gembira bila dia tahu aku dapat 2 kerja sekaligus. Waktu petang aku mengajar kelas komputer di tempat Malia.

Hari pertama di sekolah memang memenatkan. Aku kena mengajar 2 matapelajaran iaitu sains dan matematik. Tension jugak aku bila kena mengajar kelas yang kurang cerdik ni. Macam-macam perangai yang aku jumpa.

Tengah hari lepas sekolah, Fahmi mengajak aku keluar lunch. Tapi hari ni bukan kat Restoran Palma tetapi kat KFC je. Katanya dah boring asyik makan kat situ. Aii…boring ke atau takut tunang tahu. Ah..lantaklah. Janji aku dapat jumpa buah hati.

“Macam mana Intan? Best tak jadi cikgu ni?”

“Best jugak! Tapi penat lah. Budak-budak tu nakal sangat.”

Ala…lama-lama nanti biasalah. Budak nak naik remaja macam tu la.”

“Hmm…Fahmi macam mana? Okay tak kerja? Sekarang busy ke?…susah sangat nak ajak keluar sekarang” duga ku.

“Ha’ah la Intan….Mi kena handle satu project besar. Sebab tu la sekarang ni nak jumpa Intan pun susah. Intan jangan la risau…nanti dah reda sikit boleh lah kita keluar selalu okay?”

Projek besar? Entah-entah projek nak kahwin agaknya. Hatiku mula tertanya-tanya.

“Ye lah..jangan cakap je. Entah-entah Fahmi busy nak kahwin tak?” aku cuba memancing.

“Intan…kan Fahmi dah pesan, jangan bincang soal ni kalau kita berjumpa.” Aku lihat air muka Fahmi berubah.

“Maafkan Intan…Intan takut. Intan risau sangat nanti Intan akan kehilangan Fahmi. Intan tak sanggup.” Air mata ku mula bergenang.

“Intan…please. Fahmi sayangkan Intan. Kenapa Intan masih tak percaya pada Mi. Mi betul-betul sayangkan Intan. Please sayang…jangan menangis.” Fahmi mengusap air mataku yang dah mula mengalir laju.


“Kalau…”

“Ha…ha..jangan cakap lagi pasal benda ni okay?” Fahmi memotong percakapan ku.

“Okay…”

“Ha..macam tu la…senyumla sikit. Jangan monyok je.”

Selepas pertemuan itu, aku bertambah yakin yang dia takkan mensia-siakan aku. Aku malas nak ambil kisah pasal dia dan tunangannya. Perhubungan ku dengan Fahmi sungguh membahagiakan walaupun sekarang kami jarang berjumpa. Kerjaya sebagai seorang guru melupakan sedikit sebanyak kerisauan di hati.


Pejam celik dah hampir 3 bulan aku menjadi cikgu. Duit gaji yang aku dapat boleh tahan jugak. Dapatlah aku bagi kat Umi dan Babah sikit buat belanja. Selebihnya aku simpan buat belanja aku kat kampus nanti. Tetapi naluri hati aku masih belum lagi bersedia hendak sambung belajar. Aku semacam seronok pula bekerja. Ada juga niat di hati nak kerja terus tetapi memikirkan kerja ni kerja sambilan aku tak berani nak mengambil risiko. Tetapi dalam senyap-senyap, banyak juga borang permohonan kerja aku hantar. Salah satunya aku hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Setakat ini belum ada lagi jawapan. Kalau dapat kerja rasanya aku nekad nak berhanti belajar kot.

Petang tu aku mengambil keputusan untuk berjumpa kawan lama ku. Sudah hampir setahun aku tak berjumpa dengannya. Dia dah berkeluarga, anak dah dua walaupun kami sebaya. Dia menyuruhku menjemputnya di tempat kerja.


“Shila…aku dah sampai depan ofis kau ni…kau kat mana?”

“Eh..Intan! Alamak dah pukul berapa ni? Aku ada kerja sikitla. Kau masuklah dulu. Panas kat luar tu.”

“Yelah…aku park kereta dulu.”


Ramai lagi pekerja kat pejabat shila ni. Rajin betul dia orang ni, dah habis waktu kerja pun tak balik lagi. Aku nampak Shila melambaiku dari jauh.

“Eh..Intan, makin kurus kau sekarang ni….putus cinta ke?” sambil tergelak dia nak mengenakan aku.

“Ala..kau ni..aku jaga badan lah…nanti berisi cam kau nanti tak nak lah” ujar ku mengusik Shila.

“Meh la duduk dulu, aku ada kerja nak habiskan sikit ni. Kejap ye.” Shila kembali tekun membuat kerjanya.

Aku membelek majalah-majalah yang ada kat tempat shila. Dah penat membaca majalah di ruang rehat pejabat Shila, aku duduk di meja kerja Shila. Tiba-tiba aku ternampak satu kad jemputan berwarna merah jambu yang cantik.

“Wahh…cantiknya kad jemputan. Siapa yang kahwin ni Shila?”

“Kawan akulah…Salwani….” Shila menjawab tanpa memandang aku.

Aku terkedu bila melihat nama yang tertera di atas kad tersebut. Perlahan aku membuka kad tersebut dan memang sah! Sah! Fahmi Naim b Anuar dan tunangannya Nor Salwani bt Baharrudin. Terasa panas muka ku. Terasa seperti dunia ni berpusing-pusing. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhrghhh!!!

“Intan! Intan…pasal muka kau pucat ni? Kau sakit ke?” tersentak aku bila Shila memegang bahuku.

“Aku sakit kepala lah Shila…tetiba pulak…” aku cuba berdalih.

“Kau ni…dah tau sakit pasal kau nak datang pula…kau call je lah aku tadi…Hmm..kita cancel je lah..nanti tak pasal-pasal kau pengsan kat tengah jalan nanti”

“Ye lah Shila….kita cancel je lah…aku balik dulu lah ye…”

“Eh…boleh ke kau drive tu..aku hantar kau balik la…risau pulak aku ni.”

“Tak pe…aku bawak pelan-pelan la nanti..”

“Hati-hati tau..sampai nanti call aku k”

“Ok..sorry Shila…lain kalilah kita keluar ye..”

“Ok, take care ye..”
Sampai saja di kereta aku menangis sepuas hati ku. Betul ke apa yang aku nampak tadi?  Kenapa sampai macam ni sekali dia menipu dan mempermainkan perasaan aku. Dia ingat aku ni patung ke? Tunggul kayu ke? Atau aku yang bodoh selama ni!!

Di rumah aku hanya memerap di bilik. Makan pun aku tak lalu. Mata ku bengkak sebab menangis. Perkahwinan Fahmi berlangsung dalam masa sebulan lagi. Kalau aku tak pergi ke tempat Shila agaknya aku akan terus melayan perasaan. Entah sampai bila dia nak menipu aku.


“Intan…! Intan..” aku dengar umi memanggil dari luar bilik. Sesekali terdengar ketukan kecil.

Aku cepat-cepat membersihkan muka ku.

Ada apa umi?” aku membuka pintu dan nampak umi sedang memandang muka ku.

“Kenapa ni? Mata Intan bengkak tu, nangis ke?”

“Intan sakit kepala Umi..”

“La…habis tu apasal duduk memerap dalam bilik je…nanti kalau pengsan kat bilik ni siapa yang tau…” Umi bimbang melihat keadaan ku yang tak bermaya.

Ala..Intan dah makan ubat tadi Umi….”

“Ni…ada surat dari SPA ni…surat kerja ke?”

Aku terus membuka surat tersebut. Surat panggilan temuduga untuk jawatan kerajaan. Tarikh temuduga dua hari lagi. Hatiku terasa lega seketika. Mungkin ini adalah jalan penyelesaian untuk semua ni.

Malam tu aku berbincang dengan Umi dan Babah yang aku akan menghadiri temuduga tersebut dan aku nekad jika aku berjaya aku akan menerima tawaran tersebut walau di mana pun tempatnya.

Umi dan babah pada mulanya kurang yakin dengan pilihan ku. Tetapi bila mendapati aku bersungguh-sungguh akhirnya mereka bersetuju.

Temuduga tersebut diadakan di Bandar Miri. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku berharap sangat yang aku akan memperolehi kerja ni. Terasa sebak di hati ku bila mengenangkan semua perkara yang berlaku.

Fahmi menghubungi ku satu hari. Memang sekarang dia jarang menghubungi ku, mungkin sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan tak lama lagi.

“Hi sayang…tgh buat apa?” ceria je suara nya dihujung talian.

“Fahmi! Stop all this nonsense!!” aku tak dapat mengawal perasaan ku lagi.

“Intan…kenapa ni? Apa salah Mi?”

“Apa salah Mi?? Mi ni memang pandai berlakon!! Sampai bila nak tipu Intan macam ni!” aku dah tak dapat menahan lagi gelodak di jiwa.

“Intan…jangan la macam ni…please…dengar dulu penjelasan Mi ni.”

“Penjelasan apa lagi? Nak tunggu sampai dah kahwin dan beranak pinak baru nak bagitau?” tangisan ku semakin menjadi-jadi.


“Intan…Fahmi terpaksa Intan….Mi tak boleh mungkir janji. Dia pilihan Mi, bukan pilihan org lain..lagipun dia tak buat silap pada Mi….”

“Fahmi masih sayangkan Intan….tak terniat nak tipu Intan…perasaan Mi pada Intan sangat istimewa…terlalu banyak kenangan kita Intan….harap Intan terima Mi seadanya…”

“Kenapa?...kenapa buat macam ni kat Intan….Intan tak nak berkasih dengan suami orang….”

“Intan….Mi tak rela nak putuskan hubungan kita ni…. …Mi sayang sangat kat Intan”

“Kalau Mi sayang kat Intan kenapa buat Intan macam ni? Siapa Intan pada Mi sebenarnya?”

“Intan….jangan lah mcam ni… bagi Mi peluang please…..”

“Dahlah…..! Jangan ganggu Intan lagi….” Aku terus mematikan telefon bimbitku.

Selepas perbualan tadi, aku terus menangis dan melayan perasaan. Sungguh tak adil dia buat aku macam ni. Dua minggu lagi hari persandingan Fahmi. Aku semakin tertekan. Bagaimana aku hendak menghadapi semua ni.



Aku melihat ke kalendar yang ada di atas meja solek ku. Kenapa cepat sangat waktu berlalu. Terdapat satu tanda di kalendar ku. Hmm….4 haribulan…harijadi Fahmi. 3 hari lagi harijadi Fahmi. Aku memikirkan sesuatu dan aku nekad dengan keputusan ku.

Hari ni harijadi Fahmi. Aku telah pergi ke sebuah kedai kek dan membeli sebiji kek yang sederhana besar. Setelah berpuas hati dengan kek yang dipilih, aku terus menelefon Fahmi.

“Hello…Mi, selamat hari jadi…”

“Terima kasih Intan…Mi ingat Intan dah lupa…dah nak merajuk dah tadi tau. Dahlah Mi telefon tak pernah nak jawab….”

“Intan sentiasa ingat apa-apa yang berkaitan dengan Mi, even setiap kata-kata Mi Intan masih ingat…”

“Kenapa lain macam je ni?”

“Tak de lah…Intan dah sampai depan ofis Mi ni, boleh keluar kejap, Intan nak bagi sesuatu ni.”

“Apa…dah sampai? Tak bagitau Mi pun nak datang..Intan tunggu kejap k..”

Aku menanti Fahmi penuh berdebar-debar. Bila aku melihat dia melangkah keluar dari pejabatnya, hatiku mula rasa sayu.

“Intan…ingatkan Mi nak ajak intan lunch tadi..Intan datang awal sangat ni…Mi tak boleh keluar sekarang ada kerja lagi tu..”

“Intan tau lah…Intan bukan nak ajak Mi keluar…Intan nak bagi kek ni..” kataku dengan senyuman yang agak tawar.

“Wahhhh! Kek….best nye…ni mesti kek coklat kan? Terima kasih sayang…..”

Hatiku semakin sayu. Jelas ternampak keihklasan di wajahnya. Aku tahu yang dia memang sayangkan aku sepenuh hati.

“Fahmi…selamat hari jadi.” Aku menghulurkan sampul berwarna merah jambu.

“Ehh…ada kad lagi….terima kasih Intan…”

“Okaylah..Intan balik dulu k….jaga diri baik-baik. I love u so much….”

“Intan….kenapa cepat sangat….Mi rindu sangat kat Intan..hmm..tunggu lunch boleh?”

“Tak boleh la Fahmi…Intan ada hal ni, petang ni kena mengajar kelas komputer.”

“Okaylah…terima kasih banyak…nanti Mi call Intan k..jangan tak jawab pulak”

“Bye…”


Aku meninggalkan Fahmi dengan perasaan yang cukup sayu. Aku telah membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan kami. Kad merah jambu yang aku beri adalah kad untuk menamatkan semua yang berlaku.

Memang terlalu susah buatku untuk membuat keputusan. Tetapi aku tidak sanggup untuk berkongsi kasih dan menjalin hubungan dengan suami orang.

Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi..

“Intan….sampai hati Intan buat Mi macam ni…” terlalu sedih suara yang kudengar.

“Mi….Intan tak sanggup lagi berhadapan dengan situasi ni. Intan tak nak merampas hak orang lain…”

“Intan…intan bukan merampas sesiapa….Mi yang nakkan Intan…bagilah Mi masa….bagilah Mi peluang”

“Maafkan Intan Mi….Intan dah buat keputusan….intan dah lama tersiksa….biarlah Intan pergi meninggalkan semua ni dengan tenang….”

“Pergi? Intan nak pergi mana?” suaranya cemas.

“Intan dah dapat tawaran kerja di semenanjung.”

“What?”

“Ye…Intan dapat kerja kat KL…minggu depan kena lapor diri.” Kataku tegas.

“Minggu depan….? Arggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhh!!”

Aku terperanjat mendengar jeritan Fahmi.

“Intan!! Kenapa tak bincang dengan Mi dulu?….kenapa nak tinggalkan Mi…..”

Aku tahu minggu depan adalah minggu terakhir Fahmi berstatus bujang dan semestinya dia sibuk menguruskan banyak perkara. Masa yang sesuai untuk meninggalkan bumi kenyalang yang penuh kenangan pahit dan manis ini.


“Fahmi….Intan pun sayangkan Fahmi…ni semua adalah pengorbanan Intan untuk Mi…Intan tak nak buat Mi rasa serba salah. Intan nak Mi bahagia.”

“Tapi Mi rasa lebih bahagia kalau Intan ada….”

“Tak boleh Mi…Intan dah buat keputusan. Intan tak nak luka di hati ni jadi lebih parah. Relakan pemergian Intan….kita akan tetap jadi sahabat baik kan?”

“Sahabat? Kalau itu yang Intan nak……tak pe lah.”

Talian terus diputuskan. Aku tahu dia kecewa tetapi aku tak sanggup terus dibuai perasaan dan menanggung derita yang entah bila akan berakhir.

Hari untuk aku meninggalkan kampung halaman tercinta telah tiba. Semua persiapan telah dibuat. Aku sedikit bersemangat kerana sengsara di hati telah reda sedikit sebanyak. Walaupun kekecewaan bertakhta di hati, tetapi aku nekad biarlah aku membawa diri dan mencari damai di tempat lain. Fahmi tak menghubungi ku langsung selepas peristiwa itu. Aku tahu yang dia akan bahagia di samping isterinya. Aku tak kisah semua tu dan aku pasrah itu yang terbaik buat ku.


Oh! Lelaki yang aku cinta rupanya sudah terikat dengan tali pertunangan!


******************* Tamat **********************************