Tuesday 30 April 2013

Selamat Hari Pekerja!!

Yeahhh... Esok 1 Mei adalah cuti umum. Apa lagi...ya beda beduuu!

Korang tau tak apa tema hari pekerja tahun ni? Kalau tak tau aku bagi tahu.. he he

1 Mei 2013

Inilah tema Hari Pekerja 2013





Selamat Bercuti ya kawan2... (macam nobita plak)...
Rehatkan minda sebelum PRU 13 ni.. Lepas ni aku akan crita pasal PRU pulak ye.. OK.. 


Rindu Masakan Mak

Salam,

My sis telah membuatkan aku rindu masakan Mak aku. Oh! Aku rindu mak.... uwaaa! Best sangat my sis  sebab dia selalu dapat balik rumah Mak kat Bintulu. Ye lah duk dekat je pun kat Miri 2 jam lebih perjalanan dah sampai dah. Aku juga yang terkontang-kanting kat sini.





 
Tengoklah apa dia share kat WeChat... saja buat orang terliur kannn???? 
Nak tau apa dia post tu? 
Bacalah sampai habis..nge he he
 

  



 
Kakaknya plak cepat emosional.. 
haa.. tengoklah tu..ngengada!




  Haa.. ni lah dia.. Umai. Makanan orang Sarawak. 
Bukan aku tak reti nak buat sendiri tapi kat sini susah nak dapat ikan yang betul2 fresh dari laut. 
Ikan darat tak sesuai ye...sorry.




Nanti suatu hari kalau aku buat aku akan share resipi kat sini. Perghh! Kecur air liur aku. Apapun.. mak aku buat adalah yang terbaik. Tak sabar nak tunggu Raya tahun ni sebab dapat jumpa Mak dan Yan aku dan adik2 aku... sepupu-sepapat aku....yeahhhh..... Rindu banget sama kamu semua.

Adik2 aku kalau makan masakan mak aku masak suka sangat nak share kat facebuklah..kat whatsapp la..kat wechat ler... saja je tau!!

Sebab itu kalau aku balik kampung...aku jarang sangat makan kat luar... Aku nak makan masakan mak aku saja. Makan kat luar bila2 masa dan kat mana2 pun aku boleh makan..Masakan mak aku?? Bila aku balik kampung sahaja. Sekian terima kasih. 
Mak, u'r the best!!















Monday 29 April 2013

Surprise Birthday Party!!

Salam,

Semoga hari Isnin anda hari ni hari yang ceria. Biasalah hari ni mesti ramai yang mengalami sindrom "Monday Blues". Kalau boleh nak sambung sampai hari rabu..ye lah rabu ni kan Cuti Umum.


Oklah hari ni entri nak cerita peristiwa semalam. Surprise Birthday Party yang dibuat oleh Kak ipar aku untuk suami dia sempena menyambut ulang tahun yang ke 50. Jubli emas gitu!


Aku pun tak tahu mula2 ada surprise2 ni. Ingatkan jemput untuk makan2 saja. Susah juga nak surprisekan orang ni ye... he he he.


Tak naklah celoteh panjang lebar lagi.. layan lah gambar kat bawah...


 
 
Geng2 subahat... tengah menanti time yang sesuai



 
Ok.. line clear rombongan cik kiah mula bergerak ke destinasi



 
Berhenti seketika sebab 'subjek' belum keluar rumah? agaknya lah kami kat belakang ngekor aje..



 
Dah sampai di rumah aksi punggah memunggah pun berlaku



 
Cepat-cepat...



 
Tadaaaa..dengan sekelip mata hidangan dah siap... he he..
seperti biasa sinonim dengan Johorian...menu utama adalah Nasi briyani dan mee rebus.



 
Pulut kuning untuk birthday "boy" :)



 
Tengah bersiap siaga



 
Sambil menanti..apa lagi anak muda zaman sekarang... K-pop tak habis2, Tengah tengok "Running Man". Apa yg best sangat citer ni? 



 
Tambahan menu... barbeque



 
Apek(baju kelabu) : Cepat2 posing, mak ngah dayang nak amik gambor.
Ijam (baju putih) : ye lah nak letak kat facebuk lah tu..
Daus (baju coklat) : Nge he he
Aku  : Sorry ehh... tak de makna letak facebuk okay..he he he




 
ayam dan sosej. Anak aku aijaz panggil sosej ni kodok (hotdog).



 
Sesi menunggu 'subjek'



 
Cepat..cepat..subjek telah dikesan! Ready semua!



 
Surprise!! Subjek berbaju cream itu. Sorry lah gambor kurang jelas ye..almaklum kamera cap hayam.



 
Dan inilah dianya "Birthday Boy" he he he...memang surprise gilerr



 
Sesi bersalaman


 
 
Sedia untuk potong pulut kuning



 
 Yeahh...jom nyanyi sama2.. 
ヽ(•‿•)ノ ❤ ♬ Happy Birthday to you....Happy Birthday to you!! ❤ ♬ヽ(•‿•)ノ



Dan aktiviti seterusnya adalah makan...so aktiviti makan2 tidaklah sempat nak diambil sebab perut dah kebulur.... nak tunggu 'subjek' kluar rumah kami terpaksa menanti dengan penuh kesabaran dan kelaparan....
Walau apa pun terima kasih pada Kak Jee yang menjemput kami sekeluarga dalam menjayakan majlis ini...chewaaahhh... dan kepada abang din.. Selamat Hari Lahir yang ke-50. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki sekeluarga. Aminnn.




Perut dah kenyang...hatipun gumbira... balik rumah zzzzzzzzz!!

Friday 26 April 2013

Jom WeChat

Salam,

Salam Jumaat untuk semua. Bosan rasanya duk opis ni sebab hari ni tak kuar mana2. Rasa nak pegi Alamanda tapi biasalah lepas2 gaji ni memang jem gilerr nak masuk parking. So abaikan niat tu simpanlah duit tu ye...

Hari ni nak cerita pasal WeChat. App terbaru..(err terbaru ke..ke aku jek yang baru pakai). He he..

Sebelum ini aku selalu guna WhatsApp je. Itu pun dah memudahkan rasanya. Tapi bila semua org sibuk cakap pasal WeChat, aku pun nak trylah. Lagi2 bila tengok iklan Lisa Surihani dengan Shaheizy Sam tu.

WeChat ni ada macam2 fungsi.. boleh live chat..voice chat dan video chat. Live chat aku dah cuba..macam walkie talkie... video chat tak try lagi ..lom sempat nak explore semua.

Dan paling best emoticon dia leh gerak2..he he..dan boleh upload moving images.. Jom kita tengok screenshot WeChat aku..he he

 Inilah logo WeChat


1st sekali berjaya install dah ada invite dari adik aku...
tengoklah jakun sebab baru tahu emoticon WeChat canggih cam gitu. He he


 Ha ha..ni adik aku sent gambor mamat berjoget ni... 
Nampak tak kakak dia jakun kekaguman di situ?



Ni sesi aku mengadd contact..he he


 Ni sesi berbual dengan my sis... he he masa ni dah tau macam mana nak guna voice chat tu.. seronok sangat dapat dengar sore anak buah aku...


 Ni opis met aku baru add saja ngengada walhal duk dekat jek nak voice chat bagai he he


 Ni semalam chat dengan member kat UK.. line cepat jek.. 
masa chat ni dkt kul 12 mlm, kat UK lak kul 5 ptg.



 WeChat ada juga moment . 
Lebih kurang macam wall facebuk kita boleh update moment kita..



Kat bawah ni WhatsApp
 Kadang2 dah biasa guna whatsapp ni x boleh nak tinggal juga..

 sesi minta tiket untuk Candy Crusher. My sis selalu jadi mangsa.


 And by the way.. aku memang tak boleh nak tinggalkan WhatsApp sebab aku ada byk grup kat situ..
salah satunya my family grup.. grup ni adalah termasuk adik beradik ..sepupu sepapat belah mak aku.
Kita orang memang rapat.. so anything kitaorang update kat sini rather than post kat facebook. Lebih privacy aku rasa. Dan kami kat sini dekat lokasi yang berbeza.. di semenanjung, sabah, sarawak, Brunei, KK, U.K, saudi arabia dan lain-lain.. he he (ye ke? yee tak propa..)



Oklah sekian entry untuk technology update. He he technolgy la sangat yee....

Thursday 25 April 2013

Hari Ini hari yang Gumbira!

Salam,

Hari ni nak masukkan entri yang gumbira sahaja..sebab semalam satu hari aku dah sentap dan sedih tak tentu pasal.. he he he...


Okay.. mari kita tengok apa peristiwa gumbira hari ni mengikut turutan waktu..cewahhhh!


1. Hari ni.. ehem ehem...macam korang yang keje gomen tak tau... hari gaji kan?? Dah sekian hari poket nipis..hari ni tebal lah balik..tapi tak tahulah tu tahan berapa lama har har har...

 

 
err...korang kalau macam ni lepas kluar duit kat ATM memang dah tak siuman lah.. he he


2. Pagi ni tadi ada Perhimpunan Bulanan Jabatan.. so ada penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan. Salah sorang penerimanya tak lain tak bukan....Alhamdulillah....iols laaa tu...jangan jeles k..

Ehemm..sit ini telah di reserved untuk saya okay.. 


Tadaaa...cover sijil 



 dan inilah sijilnya... Anugerah Pegawai Cemerlang Bulan DIsember 2012


3. Balik perhimpunan dapat buah pear warna merah. First time nampak buah pear warna merah seperti biasa memang jakun lah... rasa dia??? Memang sedap. Ni opismet aku bagi. Terima kasih ye Kak Aeshah. Semoga murah rezeki sebab selalu bawakan makanan untuk kami2 ni.


 Macam buah epal kan? Tapi inilah dia buah pear. Jakun sangat aku..sbb tak pernah makan pear merah seumur hidup aku. he he


4. Masa nak keluar lunch tadi... ada nampak sorang mamat ni macam blur2 skit berdiri kat lobi opis. Lepas tu dia pakai baju-T bertulisan besar gedabak "COME SLEEP WITH US". Tolong jangan google ayat tadi...harus keluar gambar tak seonoh ha ha. Aku dalam hati dah nak tergelak mamat ni hilang akal ke apa pakai baju macam ni. Rupa2 nya drang tu adalah staff dari Hotel Istana tengah buat promosi untuk bulan Ramadhan nanti. Dan tau tak kita orang dapat apa?? 



 Surprise...dapat muffin!


Banana Choc Chip Muffin


Siap ada resipi lagi..
hmmm...boleh cuba ni time tak dak keja nanti



5. Hari ni kuar lunch dekat Kelab Tasik Putrajaya sempena nak meraikan seorang opismet aku yang dah naik pangkat ke gred yang lebih tinggi dan dah pun berpindah ke jabatan lain. Majlis ni juga untuk meraikan staff unit kita orang yang celebrate birthday dari bulan Januari sehingga April.  So hari ni kami makan besar dengan lauk2 yang sedap bangettt!! Jom... layan gambar kami makan2...


 
Tudung hijau tu big boss kami Pn Hani... yg purple tu kak Aeshah yg bagi buah pear tadi.




 
Makanan dah sampai... haa sedap tak sedap mari kita makan!!




 
oopss!! Sebelum makan baca doa dulu. Wan... baca doa wan... :)




 
Nyum nyumm.... nampak nasik kena hias macam ni pun dah tak sabar nak makan!




 
bla..bla..bla...makan..





 
bla bla bla.. ha ha ha..makan..makan




 
dan.....hasilnya seperti di atas... licin kauuuu!





 
Lepas makan dengan selamba kami buat acara penyampaian hadiah kat lobi luar tu he he




 Jejaka berbaju batik kelabu tu lah yg kami raikan... dah jadi bos besar kat Peaceful Hill skarang. Semoga lebih sukses ya Tuan Hasrul.





 Yang ni hadiah birthday..

 



 
Birthday lagi .. Wan




 Lepak duluuuu....



Inilah kami semua.. 
Tuan tanah yang berbaju kuning..sila kempiskan badan anda yee... he he





Selesai makan.... kami pun balik...perut dah kenyang... Mata pun dah mengantuk..
arghhhh....

sekian....entri happy hari ni...