Pagi ni tadi ada sesi taklimat dengan bos besar kami..pagi td dah la aku dtg lambat..tengok2 member dah siap dgn buku nota masing2... eh ada apa hari ni?
"Ada taklimat la kak pagi ni dengan bos"..
"ooo...ok ok...." pergilah dengan tak sempat sarapan dan tak sempat nak bukak email (rutin pagi2)
Yang aku nak highlight kat sini ialah pesanan dari bos yang menyentuh perasaan dan peringatan untuk semua..
Pesanan Bos :
"Jangan lupa siapa diri kita dan kemampuan kita yang sebenar. Jangan paksa diri kita untuk menjadi seperti orang lain. Jangan lupa memandang siapa yang berada di bawah.. dan jangan kita memaksa diri kita untuk berada di atas jika itu di luar kemampuan kita. Bersyukur pada apa yang kita ada. Itu yang terbaik buat diri kita dan kita patut hargai apa yang ada. Kita kena fikir kerana ada org yg lebih susah..yg menganggur..dibuang kerja...yang kurang upaya....kita ni sihat tubuh badan..ada tangan...ada kaki..ada dua mata yg masih boleh melihat"
Hmm... betul tu...kata-kata hikmah tersebut mmg mengingatkan diri aku ni agar tidak terlalu memaksa diri untuk sama level dengan org yg lebih mampu.
Syukur sebab aku masih ada tempat tinggal..kenderaan untuk bergerak... ada kerja untuk menampung famili...ada keluarga yang prihatin..
Sumber : google
Kata-kata hikmah yang sering aku ingat :Dari Prof. Dr Muhaya
No comments:
Post a Comment