Sebelum memulakan bicara marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang-pejuang kita yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air di Lahad Datu.
Al-Fatihah...
Sayu rasa hati bila semakin ramai pasukan keamanan kita yg terkorban. Mereka yang terkorban sudah tentunya meninggalkan ahli keluarga masing2. Kita boleh bayangkan perasaan mereka ketika ini tetapi kita tak bleh merasai kehilangan yang mereka hadapi. Anak-anak kecil...para isteri...ibu dan ayah....
Sedih sangat...air mata aku pun turut mengalir bila mengenangkan pengorbanan mereka. Angka yang terkorban semakin bertambah... kita doakan semoga konflik ini cepat berakhir....
Sama-sama kita berdoa...agar tiada lagi yg terkorban....
Yang amat dikesali, dalam kekalutan peristiwa di Lahad Datu ini masih ramai lagi insan yg tiada hati perut dan terus mengambil kesempatan untuk berkempen dan mempertahankan parti masing2.
Dalam saat2 genting sebegini..seharusnya soal politik diketepikan..fikirkan strategi... apa fungsi kita sebagai rakyat Malaysia jika kita hanya pandai berhujah dan hanya pandai mengadu domba.... Ingat!! Nyawa yang melayang....
Akhir kata... harap kita sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada pejuang-pejuang kita yang bergadai nyawa demi sebuah negara.... tolak dulu fahaman politik masing2... jgn pentingkan diri sendiri... panjatkan doa..semoga semuanya berakhir dengan selamat..
Buat mereka yang terkorban... semoga perjuangan ini menjadi syahid buat mereka....
Wajah-wajah yang kehilangan orang tersayang. Salah seorang anggota unit 69 KOmando Ins Zulkifli Mamat. - gambar dari sumber google.
“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN
SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI
LAHAD DATU PADA 1 MAC 2013. G/17984 skuad 2/2006″
Sedikit Petikan dari KOSMO!
SULTAN
SULU, Jamalul Kiram III menghubungi adiknya, Raja Muda Agbimudin yang
mengetuai 200 pengikutnya untuk menceroboh Sabah pada satu sidang akhbar
di Alabang, Manila.
MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.
"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa,"
kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan
Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya
oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis
Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar
200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram
SEORANG
anggota komando polis berkawal di kawasan sekitar 3 kilometer dari
lokasi kumpulan bersenjata Filipina berkubu di luar Lahad Datu, Sabah.
Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad
Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri
Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut
menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan
darah terakhir.
"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih
tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan
semalam.
"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di
Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang
wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal
memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir.
- Agensi ( kosmo! Online )
No comments:
Post a Comment