Thursday, 30 May 2013

Bulan Ditutup Awan

Salam...

Hari ni mood agak lemau dan nak feeling. FYI..aku memang penggemar lagu-lagu klasik... so nak share lagu yang aku suka dan tgh suit dgn feeling aku sekarang... layan yee... penuh makna lagu ni..Ada 3 versi yang aku suka..tapi paling best adalah yang versi original....

Lagu : Bulan DiTutup Awan
Penyanyi : Rokiah Wanda


Lirik Bulan DiTutup Awan

Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan

terkenang...
hati bertambah rawan

wahai

jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu

wahai janji setia sudah diucapkan

aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi

nun bulan ditutup awan

terkenang
hati bertambah rawan

wahai

jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


Lagu versi Yuna :


 dan talented adik wani..



Tuesday, 28 May 2013

Tragedi Gawai 2013

Salam,

Berita mutakhir diterima di FB ada sebuah bot ekspress karam yang sarat dengan penumpang sempena cuti Hari Gawai yang akan bermula 30hb ni. Dianggarkan ada 100 orang penumpang semasa kejadian berlaku. Ini yang aku baca update dari FB member yg kat sana. 

Bot ni sebenarnya dalam perjalan dari Bakun-Belaga-Kapit. Selalunya dalam musim perayaan macam ni bot ekspress akan fully loaded dengan penumpang sebab ini saja perhubungan yang cepat or maybe satu-satunya kemudahan yang ada. :( Sedih mengenangkan nasib keluarga yang menanti kepulangan orang-orang yang tersayang.

Setakat ni belum ada angka rasmi mangsa-mangsa yang terlibat. Sama-sama kita doakan mereka selamat walaupun kebanyakkan mereka bukanlah sebangsa dan seagama kita tapi mereka tetap hamba Allah di muka bumi ini. 


 Gambar ni aku copy dari salah sorang FB frens kepada fren aku yg drang share... 


  Inilah bot ekspress yang dilaporkan karam. Bot sarat dengan penumpang dan ketika kejadian diberitakan arus sungai memang deras. Buat pengetahuan semua, bot macam ni tak ada life jacket untuk para penumpang. Jadi bayangkan warga emas, anak-anak kecil .. Ya Allah...sedih aku nak fikirkan semua ni.

Nanti kalau ada update aku akan laporkan kat sini. Tadi tanya adik dia pun cakap masih samar-samar lagi.

Tuesday, 21 May 2013

~ Ketuk-ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly ~

Salam, 

Semalam pergi Pasar Tani kat area rumah aku.. tengok orang duk kerumun kat satu tempat. Rupa-rupanya ada shooting rancangan popular itu... Ketuk-ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly...awwww

Aku yang jakun pun pergilah berdiri tengok dia orang shooting. Mula2 malu-malu ayam nak tangkap gambor.. tapi demi belog aku tangkap juga lahh walopun gambar agak kelam sikit...biasalah camera cap hayammm...

Ok...apa yang aku kagum sebenarnya?? Kagum tengok Ahmad Idham ke??? No no no... tak hensem mana pun Ahmad Idham ni....he he..Aku kagum tengok kekurusan akak Sheila ni... perhh... body macam anak dara wa cakap luuu... Anak dah teruna besar panjang tapi masih menten... ye lah artis kan?? Cuba aku ni jadi artis... seropa tu lah jugakan?? ha ha..perasan

Apapun meh layan gambor... tak banyak pun aku amik..2 jek.. laki aku dah sound buat apa nak tonton lama2 kat situ... cehhh... sesekali nampak artis tak de peluang langsung...he he



Tengah beraksi dengan Ahmad Idham


Tengoklah body akak sheila ni... jeles aii tauu

~ Kiriman Dari Oversea~

Salam,

Gempak je tajukkan? He he..memang dari oversea pun, dari seberang Laut China Selatan.

Kiriman dari Mak kesayangan aku... Anak bertuahnya ni mintak kirimkan makanan yang very rare (rare lah sangatttt) kat semenanjung ni. Kebetulan adik aku transit kat KL 2,3 hari sebelum bercuti ke Bali... jadi aku amik kesempatanlah nak kirim apa yang patut.

Jadinya aku mintak Mak aku kirimkan Umai dan sagu.. Aku cakap kat Mak aku kirim Umai mentah je sebab nanti bila kat sini aku campurkan air asam dan bahan2 lain. Mak aku cakap ok...nanti dia buatkan. Baikkan Mak aku...he he..

So pada hari kejadian, aku tunggu adik aku kat LCCT nak pick up barang tu. Adik aku tak singgah rumah sebab dia nak pergi merendek ke KL dengan kawan-kawan dia. On the way balik Mak aku call tanya dah dapat barang ke belum? Aku cakap dapat dah. Dia pesan umai tu simpan dalam peti ais terus ye. Baiklah Mak. Terima kasih banyak Mak.

Dapat bungkusan tu baliklah rumah lepas tu buka bungkusan tu ada 3 bungkus. Satu bungkus aku rasa-rasa dan ramas dah tau itu sagu. Tak bukak lagi sebab dah nak pukul 12 mlm pun waktu tu. Ramas lagi satu bungkusan...ohh tau ini mesti ikan salai. Ok yang ni masuk peti ais. Lepas tu ramas lagi satu bungkus...mm ada tupperware je dalam ni... haa..confirm umai... ok masuk peti jugak... kena beli bahan2 nak buat umai seperti limau, bawang besar..cili merah..dan lain2. Kepala dah fikir esok mesti nak buat umai.

Pagi esoknya... bukak la bungkusan sagu dan ikan salai tu. Breakfastlah ikan salai dengan sagu..he he very the Melanau style gitu. Bungkusan umai tu tak bukak lagi sebab nak kena beli bahan dia lagi. Takkan nak makan umai mentah. Dalam kul 11 pagi mak aku call lagi tanya.. Umai dah buka ke belum? Aku cakap tak bukak lagi sebab nak beli bahan dia dulu. 

Mak aku : Ya Allah budak ni... Umai tu mak dah campurkan semua sekali... tunggu ko makan je lagi lahh..Tu pasal semalam mak tepon suruh simpan peti cepat2 kalau tak makan terus.

Aku : Laaaa... ye ke... ingatkan yang mentah sebab hari tu pesan yang mentah. Tak apalah lepas ni bukak sebab kenyang perut lagi pas makan ikan salai dan sagu.

(Harap maklum perbualan asal dialog di atas adalah di dalam bahasa Melanau Bintulu. Aku translate sebab kalau aku tulis dalam bahasa Melanau.. hanya orang2 yang terpilih saja yang faham he he he)


Tengahari tu... aku pun merasmikan Umai buatan mak aku. Perghhhh.... bila dapat makan tu serupa macam pompuan ngidam dapat apa yg dia ndak. Cukup rasa...cukup garam...cukup asam...terbaikkk sangat. Aku siap makan sikit2..takut kehabisan...sambil tulis entri ni pun aku terasa keenakan umai tu. Oklah panjang lak cerita aku kan.. meh layan gambor barang-barang kiriman mak aku...jomm


Kat sebelah kiri atas tu sagu. Ada 3 jenis. Kanan tu ikan salai Gelama dan ikan salai Kembung. Fresh lagi ikan dia. Kat bawah tu Umai ikan bawal. Memang sedap!! Err..sedap bagi orang yang pandai makan umai terutama orang Sarawak. Tapi laki aku memang suka makan umai ni. Kalau korang reti makan sushi takkan tak boleh nak makan umai. Sama je lebih kurang ikan mentah. Nanti kalau ada kelapangan cubalah rasa masakan tradisional Sarawak ni. Memang sedap. (berapa kali nak cakap sedap daaa)




Monday, 20 May 2013

Jom Daftar Anak ke Summer Camp

Salam,

Pagi Isnin yang penuh dengan barakah...

Nak share pada semua tentang Summer Camp untuk anak-anak di waktu cuti sekolah nanti. Murah je.. RM150. Jadi aku telah daftar untuk kedua-dua orang anak aku yang berumur 8 & 9 tahun pada 4-6 Jun di Masjid Putra Putrajaya. Harapan aku agar mereka mendapat banyak ilmu dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan menjadi anak yang soleh. Insya Allah.

Kat bawah details dia..kalau nak register...baik register cepat sebab RM 150 ni untuk pendaftaran 100 terawal. Boleh bayar deposit dulu RM50, baki bayar pada hari pendaftaran nanti. Ok itu saja untuk pagi ni. Semoga hari ini akan lebih ceria dan bermakna buat kita semua.


 

Thursday, 16 May 2013

Product Review : Lipstick Magix Nutrimetics

Salam,

Hari ni makcik terlebih rajin sebab kerja opis dah siap (untuk hari ni). Nak buat review pasal lipstick yang aku guna sekarang. Aku jarang nak sesuai guna lipstick ni. Tapi bila guna lipstick Magix Nutrimetics ni bibir jadi lembut dan tak kering. 

Bagi yang bibir sensitif bolehlah cuba lipstik ni sebab ianya mengandungi Vitamin E sekaligus merawat bibir yang pecah. Aku ni jenis beli lipstik murah-murah je. Sebab bagi aku kalau ada yang murah dan sesuai buat apa beli yang mahal-mahal kan? 

So sebelum ni pernah guna produk Maybelline, Silky Girl, Body Shop dan Estee Lauder. Walopun mahal Estee Lauder ni bibir aku masih tak sesuai memakainya. Buat rugi jek. Tapi itu kisah dulu-dulu sekarang dah pandai buatlah pilihan yang lebih bijak kan??

Silky Girl plak ada sesetengah lipstik yang aku tak boleh guna, bila guna bibir jadi gatal dan akan jadik hitam. Ayoo.... tak pasal-pasal.. 

Bila dah berkenalan dengan Lipstick Magix ni..walllaaaa...memang sesuai sangat. Ringan je bila sapu kat bibir. Bibir tak kering dan mengelupas. I Like 1000x.. he he he. Harga pun murah tau kalau jadik member Tupperware. Isk..Tupperware?? Ha ah lerr... sekarang Nutrimetics dah di bawah Tupperware. Murah sesangat dan hasilnya berbaloi. 

Ada 3 range warna. 
Hijau : Green Mint
Purple : Lavender
Oren : Sunflower


Jangan terperanjat tengok warna tu.. lipstik ni ikut warna bibir. Aku guna yang hijau dan oren. Warna dia tak terang sangat dan tahan lama. 




 
 Color hijau tu baru beli. Warna hijau ni dia lembut sikit. 
Yang oren tu warna dia terang. Aku suka. Purple makcik tak cuba lagi maybe next tungu sampai yang oren habis. Best sangat pakai lipstik ni... cepatlah beli sekarang ada offer. He he..



 Sambil menyelam minum air sirap jom kita google apa dalam beg mekap makcik ni..he he he 



Tadaaaa.... Propa sangat beg besar-besar ini saja isi perutnya he he.
Inilah yang aku bawa ke hulu ke hilir setiap hari. Barang basic je pun. Tak ada eyeshadow..maskara bagai..
tak kosa nak pakai maskara gi kerja he he...
Ok..ada lipstick magic..must have!
Safi Rania Gold Serum (pakai siang je waktu pegi kerja)
SimplySiti BB Cream : Best BB ni. Tahan lama. Harga masa beli RM60. Dah berbulan-bulan guna tak habis2.
Bedak BB Silkygirl
Perfume WhiteMusk BodyShop - Perfume backup in case terlupa pakai perfume kat rumah. Tak kosa makcik nak usung botol besar-besar gi opis. Perfume ni pemberian cousin aku kat Brunei masa dia jalan-jalan pergi UK. Kat sana perfume BodyShop murah ya hamat katanya.

Oklah itu sahaja...esok2 kalau ada produk best bolehlah share kat sini.



Laman Rumahku

Salam,

Hari khamis yang ceria Insya Allah. Nak cerita pasal laman rumah yang sekangkang kera ni. Dah mati kutu dah nak buat apa. Tanam pokok..pokok mati. Nak buat lanskap upah orang nak kena guna uang... dah nama pun upah kan??? Kalau ikutkan hati nak simen jek semua... he he he boleh gelak je lahh... alangkah bagus kalau gelak tu keluar uang jugak.... 

Nak tanam pokok bunga... orang kata sebab tangan "panas"..sebab tu pokok tak menjadik. Ayoo... macam Fantastic Four plak boleh kuar api kat tangan ye. Satu-satunya tumbuhan yang hidup atas laman aku ni adalah pokok serai. Itupun bukan aku yang tanam, Mak aku yang tanam. See..Mak aku tanam pokok memang menjadik. Aku tanam memang pokok pitam semuanya. Boleh refer gambar-gambar tu.. tinggal pasu bunga je yang ada. Bunga-bunga tu beria aku beli masa Pesta Flora tahun lepas. Tapi tak sampai sebulan nko bunganya layu di tasik madu. Yang ajaibnya... rumput tumbuh bukan main segar-bugar lagi. 

 Pasu-pasu yang dah tumbuh rumput he he dan 
pokok serai yang mak aku tanam. Time ni laman baru lepas potong rumput nampaklah kemas sikit. Kalau time malas nak panggil bangla potong tu memang jadi kebun rumput. Tahap boleh panggil lembu & kambing untuk meragut kaedahnya he he he. 


Nampaknya kena carik uang nak simen laman ni... senang tak payah nak pikir-pikir nak potong rumput...nak sapu daun kering... nak itu..nak ini... Harap-harap moga dapatlah rezki terpijak or jongkong mas jatuh dari langit heh heh heh... mana tau ada orang campak dari kapal terbang .. rumah aku kan dekat KLIA..so hari-hari kapal terbang lalu atas kepala... 


Cita-cita aku sebenarnya nak simenkan semua laman aku ni letak "tile" dan bubuh satu gazebo kayu jati (perghhhh) untuk santai-santai minum petang sambil tengok kapal terbang lalu... ha ha verangan lah sangattttt!!!!! Dah dah pergi tanam pokok sana.....

Tuesday, 14 May 2013

~ Selamat Hari Ibu ~



~Selamat Hari Ibu~

Memandangkan bulan Mei adalah hari Ibu jadi nak buat entri pasal mak aku. Pertama sekali nak berterima kasih pada mak aku, Dayang Sarah Pengiran Juli, sebab melahirkan aku ke dunia ini dan beri didikan dan menjaga kami yang seramai 4 orang sehingga kami boleh berdikari sekarang…


Inilah mak sayaaa.... Dayang Sarah Pengiran Juli



Mak aku ni seorang yang rajin masak… aku masih ingat masa aku kecik2.. mak selalu pergi kelas memasak. Walaupun dia memang dah terror masak.. tapi tak jemu ikut kelas masakan dan kelas buat kek.  Pada waktu tertentu aku kena jaga adik2 aku sebabkan aktiviti mak aku tu.. tak jauhpun  mak aku belajar sebelah rumah jiran je pun he he… dia orang ada persatuan wanita dan kelas tu di buat di rumah jiran aku.

Di samping suka masak.. mak aku dulu suka menjahit baju… lepas tu dia amik upah untuk jahit baju kurung. Selalu kalau raya mak aku tak menang tangan nak jahit baju..waktu tu aku ingat upah jahit baju belasan ringgit je pun…tp penat juga aku tgk mak aku nak habiskan sebelum raya. 

Dan selalunya kita org adik beradik jadi mangsa keadaan sebab baju raya kadang2 tak siap. Kadang2 tu pagi raya baru mak aku menjahit. Waktu tu mana ada jual2 sangat baju dah siap kat tempat aku tu. Walau penat macamana sekali pun mak aku tetap dapat masakkan juadah yang sedap di pagi raya… itu yang aku bangga sangat kat mak aku.

Walaupun mak aku sibuk sebagai seorang suri rumah .. tapi kami tak diabaikan. Makan minum kami terjaga walaupun sibuk dengan aktiviti dia. Masa aku kecik2 boleh hitung dengan jari berapa kali ayah bawak kami kuar makan. Itupun kalau keluar makan asyik makan satay je..he hehe. Waktu tu mana ada lagi restoran makanan segera kat tempat aku. Biasalah kat Bintulu ni lambat serba serbi.

Tapi tak kisahlah, mak aku masak lagi sedap dari makan kat luar. Even sekarang kalau balik kampung..aku sebolehnya akan makan masakan mak aku puas2. Dan aku tak hadap pun restoran yang tumbuh macam cendawan kat tempat aku tu.. sebab nya masakan restoran boleh dinikmati bila2 masa aku nak. Tapi masakan mak bila aku dapat balik kampung je aku dapat merasa…sedih..uwaaa…

Waktu kecil kami pun jarang dicemari dengan makanan segera. Bukan macam sekarang makanan segera berlambak2.. paling segera waktu tu mak bagi kita orang makan megi..he he he..itu pun bukan selalu. Mak masak telur goreng je pun sedap. Anak2 aku pun suka masakan nenek..sampai bandingkan masakan aku dengan nenek dia orang. Selalunya dialog anak aku macam ni. “Mama masak sedap, tapi nenek masak laaaaaagi sedapp.”  

Lagi satu kegemaran mak aku adalah bela kucing. Ye bela kucing..sejak aku kecik lagi mak aku memang suka kucing..tapi aku kurang sikit…tak tahu kenapa..adik2 aku semua suka kucing. Kucing mati pon nangis macam orang frust bercinta..he he.. sorry adik2 ku sekelian… ha ha


Sekarang mak aku dah slow down sikit .. dah lama tak amik upah jahit baju sebab penat tak berbaloi… Cuma minat memasak dia je yang masih membara.. he he… dan dia selalu join pertandingan masakan. Banyak kali juga dia dah menang tau… respect sangat mak aku ni..sebab lagi satu dia ni kreatif… kalau buat gubahan or masakan mesti cantik… kalau aku..keras2 tangan nak buat… 


 Time ni mak join pertandingan gubahan kek lapis & nasi pulut. Menang hadiah pertama ni tau.



Ni lah gubahan dia : Kek Lapis Suzana bersama pulut 1 Malaysia. 
Err.. mak aku memang patriotik yer... itu aku belum citer pasal bapa aku plak
patriotik tak patriotik orang tua aku ni he he



Sekali lagi pulut 1 Malaysia.. i told u... mak aku memang patriotik ha ha ha



Panjang lak aku membebel..tapi yang penting Mak aku adalah yang terbaik. Selamat Hari Ibu buat Mak. Sayanggggg Mak sangat-sangat!!
Tak lupa juga buat arwah Mak mertua aku… Hjh Maimunah bt Othman. Rasa tak puas bersama dengan beliau sebab sebelum ni aku lama bertugas di Sarawak. Bila pindah saja kat semenanjung Mak mertua dah kurang sihat. Semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Cuma Al-Fatihah yang dapat dikirimkan buat arwah. Amin. 

Teringin nak letak gambar2 waktu aku kecik di mana aku selalu berkepit dengan mak aku ke hulu ke hilir, tapi tahu je lah.. zaman-zaman tu mak aku tak bertudung lagi... jadi aku tak nak lah letak berdosa jadinya.


Sekali lagi nak ucapkan selamat hari ibu buat mak tersayang dan lagu P Ramlee ni aku tuju buat semua ibu-ibu yang telah banyak berkorban untuk anak-anak mereka. Kita sebagai seorang anak jangan sekali-kali melukakan hati mereka. 

















Thursday, 9 May 2013

Mengimbau Kenangan : @ Kuching, Sarawak

Salam,

Sesekali nak mengimbau kenangan...apa salahnya kan? Kadang-kadang kita mesti teringatkan kawan-kawan atau saudara-mara kita yang jauh di mata. Sesekali rindu juga bila dikenang saat-saat bersama..cewaahhh..feeling lak... 

Sebelum aku berkhidmat di jabatan sekarang, aku di tempatkan di Kuching @Pulapol Kuching. Mula-mula bila dapat posting order tu gerun juga sebab nak kerja dengan pak polisi semua kann... Sebelum pergi tu perasaan bercampur-baur..Garang ke dia orang ni?..or macam mana skop tugas kita kat sana..?

So aku ni jenis selamba...redah aje lah. Apa-apa belakang kira..yang penting dah di arahkan ke situ.. "Saya Yang Menurut Perintah" je lah. Tawakal je. Bila dah masuk kat situ.. mula-mula kekok lah sebab bilangan yang tak pakai uniform ni adalah minoriti, dan kena tahu juga tatasusila kalau bekerja dengan mereka.

Lama-kelamaan aku ok je. Aku boleh masuk dan bergaul dengan mereka. Kebanyakan di unit aku tu bukan dari orang tempatan. Kebanyakan dari Semenanjung dan Sabah. Macam-macam bangsa ada. Aku seronok sangat ada yang berbangsa India dah tahu cakap Sarawak. Kami dekat unit tu dah macam keluarga dan ramai juga yang umur muda-muda lagi. Dan tak ada masalah bagi kami untuk berkomunikasi walaupun kami berbilang bangsa..

Tapi aku berkhidmat kat sana tak lama, dalam 4 tahun lepas tu aku mintak pindah balik Semenanjung. Back for good kaedahnya ye..Perit juga aku nak mintak pindah sebab bila dah masuk sana memang susah nak tukar. Aku siap nangis-nangis merayu pada boss HR ketika tu seorang yang berpangkat DSP. Akhirnya berjaya juga... he he he

Oklah jom layan gambar..... ni semua gambar-gambar waktu kat Kuching.. Rindu sangat kat member ni semua. Apa-apa pun persahabatan kami tak akan putus.... sekarang ni dengan Facebook bolehlah tegur-tegur atau like-like he he he..

Gambar kat atas ni sebahagian daripada kami yang tak pakai uniform. Comey-comey tak orang Sarawak? cehh perasannnn sangat kan... 
Waktu ni kami ada 'Dinner' dengan Komandan. Khas buat kakitangan yang bukan anggota polis.



Kanak-kanak ribena di opis ketika itu. 
From left : Malik, Wei, Samsil, Vijay & Aida




 Farewell Dinner buat salah seorang anggota yang berpindah ke K.L sebab wife dia kat KL. Azhar..duduk belakang sekali nun yang baju hitam tu.



 Lepas makan gambor lagi. Tengoklah kami semua... 1 Malaysia kaedahnya. Berasal dari merata negeri dan berbilang kaum. Tapi kami tiada masalah dalam komunikasi. Masing-masing pun dah pandai cakap Sarawak. He he.




Dalam pertengahan bulan Jun 2010, aku dapat surat transfer ke jabatan sekarang. Seronok bukan main tau..tapi sedih nak tinggalkan kawan-kawan. Jadi 2,3 hari sebelum berangkat tu..Geng2 unit buat farewell untuk aku dekat salah satu restoran steamboat kat Kuching. Seronok sangat time ni. Hmm... rindu sangat!!



 Kami 4 orang ni kira rapat juga. Adik2 saya dua orang ni Michelle..gadis Bidayuh terakhir..dan Aida gadis Malaya Hot..he he dan Mr Johny. Muka tuan tanah seperti biasa memang bulat yang amat.



Ni boss besar kita orang. Boss Bahagian Teknikal. Unit IT adalah di bawah tanggungjawab Beliau. Beliau adalah Tuan Boniface. Berpangkat DSP. Baik dan sangat soft spoken orangnya. Bila bercakap lembut dan tidak pernah meninggikan suara. Apa khabar agaknya Tuan sekarang?




Ini pula kat tadika anak-anak aku. Hari terakhir persekolahan sebelum pindah semenanjung. Kesian sangat waktu tu sebab anak-anak aku memang suka sangat belajar kat situ.



 Bersama cikgu pada hari sebelum berangkat. Masa ni kita orang dah keluar dari kuarters dan nak bergerak ke hotel. Tidur semalam di hotel sebelum bertolak keesokan harinya.



Uwaaaa....sedih sangat time ni bila semua keluar untuk say bye-bye pada anak-anak aku. Ada seorang budak yang menangis sebab anak aku pindah dan terpaksa ditenangkan oleh cikgu. Esok-esok dah besar boleh jejak kasih ye kat FB ke...twitter ke... wechat ke...hmm 



Dan last sekali di Airport Kuching... adik-adik aku yang dua orang ni pergi hantar. Waktu ni memang sedih tapi aku tak tunjuklah kat dia orang he he... nak buat macam mana ye... famili lebih penting dari segalanya. Haa... masa balik ni bertiga je anak-anak aku ni... dah pindah sini berempat lak jadinya,.... ha ha ha ha

Oklah itu saja catatan kisah silam aku. Eh korang perasan tak... dalam semua gambor ni aku pakai tudung itam je semua... ha ha ha... 





Wednesday, 8 May 2013

My Sarapan : Lempeng Kelapa

Salam,

Huh..lempeng kelapa pun nak share ke? he he .. suka hati akulah kan... 
Aku nak share apa yang aku suka..dan apa yang keluarga aku suka makan.. manalah tahu ada anak-anak dara yang nak belajar buat lempeng. He he..macam bagus je.. yang sebenarnya aku ni dah jadi mak orang baru tahu buat lempeng ni tau. Itupun ipar aku yang ajar buat. Sebelum tu aku tau makan je bila arwah mak mertua aku yang buat. Bagus punya menantu he he
Lempeng kelapa ni kegemaran seisi keluarga aku. Nak buat pun simple je.


Baiklah... ni cara-cara nak buat lempeng kelapa ye adik-adik... sediakan bahan-bahan dia dulu. Tak banyak bahan dia sikit je.

Kelapa parut

Tepung gandum
 
 
Air garam ( garam + air )

Cara buat :


 Campurkan semua bahan. 
Air garam tu jangan masin sangat. Ikut sesedap rasa.


 Gaul biar sebati sehingga jadi "batter". Jangan cair or pekat sangat.



 
Bila dah siap, panaskan kuali leper. Kalau boleh yang non-stick ok. 
Mahaplah kuali aku tahap dah lunyai..he he


 
 
Kuali dah panas... masukkan adunan lempeng tadi. 
Buat macam nak masak "pancake". Bila dah agak masak bolehlah di balikkan lempeng tadi..bukan terbalikkan kuali okay...
kalau suka garing..masak lah lama sikit..kalau suka lembut..agak-agak dah perang tu bolehlah angkat.



 
Haaa...dah siap pun. Lempeng kelapa ni sedap dimakan cicah dengan kari or asam pedas semalam..he he or cicah dengan sambal tumis.
Anak-anak aku makan kadang cicah susu pekat manis. 

Sedapppp....!!!! Boleh buat untuk menu sarapan or minum petang.


Ahli Keluarga Baru?

Salam,

Hmm..mesti tertanya-tanya siapalah tu kan? Ohhh..tidak tidak..bukan nak tambah rakyat lagi.... tapi aku dah ada anak angkat baru... nak tau siapa?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Garangnyeee.....

Comel kan???

ohh.. jangan tanya jantan betina..beta belum tengok sebab nanti dia geget..mua ha ha

Haa... ini lah dia 5 ekor semuanya termasuk mak dia. Iskkk.... 
Sebenarnya aku tak reti jaga kucing. Tapi anak-anak aku yang suka sangat dengan kucing. Ni ikut gen nenek dia orang lah ni... Mak aku memang "Pencinta Kucing". Sama macam adik -beradik aku yang lain. Aku je kurang gemar sebab nak menjaga dan aku geli dan takut kucing-kucing ini akan menggigit. 

Tapi...bila dah ada ni aku jadi mangsa, tak boleh tidak aku kena buat. Tapi nak mandikan kucing-kucing ni aku belum ada keberanian lagi. Satu lagi kucing-kucing ni buat aku stress kadang-kadang he he (korang yang suka kucing jangan marah ekkk). Aku tak suka cuci taikkk dia. Muntah dia dan yang sewaktu dengannya. Hari tu anak-beranak ni pakat berak atas mesin basuhhh.. yee .. atas mesin basuh... arghhhhh... Nasib baik aku tak bagi masuk dalam rumah, Kalau tidak aduhaiiii.... 

Walau apapun aku akan cuba sebaik mungkin jaga kucing-kucing ni. Haiwan kesayangan Rasulullah kan. Banyak pahala, Insya Allah. Hmm... anak-anak ni belum ada nama lagi..mak dia nama "Comel". Comel ni sebenarnya kucing tak ada tuan. Selalu datang rumah aku cari makan dan anak-anak aku suka siap peluk cium.OMG! Last-last bila beranak ha engkau... rumah aku lak jadi port dia. Tak apalah..rezki dari Allah semua ni. Insya Allah aku akan jaga. Adik-adik aku akan sentiasa menjadi mentor cara-cara nak jaga kucing ni. Terima kasih ye adik-adik ku semua. Macam manalah kakak mu ini nak jaga kucing..uwaaaaaa...