Salam Jumaat,
Hari ni seperti yang kita tahu, bahang PRU 13 semakin hangat. Ada baki 1 hari lagi sebelum PRU-13. Kat mana2 pun cerita PRU macam tak ada kesudahan. Kalau dekat Facebuk tak payah cerita. Hari-hari setiap minit dan saat orang akan share dan berkempen parti pilihan masing-masing.
1 hari lagi...sabar..sabar |
Cuma kadang2 yang kita kesal, ada yang tidak menjaga tatasusila dan adab dengan memaki hamun parti lawan masing2. Bagi aku mengundi adalah hak individu. Jangan sekat orang lain dengan pilihan mereka. Masing2 ada pandangan sendiri. Berkempen secara berhemah sebab di penghujung hari kita akan menjalani hidup sebagai rakyat Malysia, bukan rakyat bagi sesebuah Parti.
Aku ada pandangan sendiri.. kalau aku nak orang pilih aku.. aku akan naikkan diri aku berbanding aku aibkan pihak lawan. Contohnya macam ni.
Tapi yang banyak kita lihat masa berkempen adalah macam ni..
Daripada kita banyak bercakap pasal orang lain, baik kita bercakap pasal diri sendiri.
Mana satu pilihan anda? |
Buat rakan-rakan semua, undilah dengan bijak... Tak kira kita penyokong parti mana. Kita sebagai penentu masa depan negara. Kalau balik kampung tu berhati-hati ye. Jangan tergopoh-gapah bawa kereta. Jangan emosional kalau nampak orang sebelah kereta kita bawa bendera parti yang kita tak suka.
Satu lagi..jangan lupa bawa myKad sekali tau!!!
Selamat Mengundi untuk PRU-13. Hari ahad nanti kita akan update dengan keputusan PRU13. Sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan aman. Amin Ya Rabbal Alaminn...
No comments:
Post a Comment