Salam.. dah lama tak share aktiviti memasak..
Weekend yang lepas sebab tak de benda nak buat..anak-anak
request buat kek.. terutama si kecil aijaz yang merengek suruh buat kek..kejap
suruh buat donut..tapi mama dia ni banyak sangat penyakit ‘M’ memang tak
terbuat..
So..korek-koreklah resipi yang ada dalam simpanan.. korek
punya korek terjumpa resipi kek cawan coklat.. aku jenis yang suka copy paste
resipi dan print buat buku kecik.. dan ada juga yg aku copy tu tak de nama tuan
punya..macam resipi ni minta maaf sangat dengan tuan punya blog..masa copy
paste tu lupa nak copy nama blog sekali… walau apa pun terima kasih
banyak-banyak tuan punya resipi…
Cuma kejadian kek ni lebih kepada muffin sebenarnya… so aku
namakan dia muffin Chocolate..lebih sesuai dengan kejadiannya..he he jangan
marah… Resipi dia mudah je sebab semua guna sukatan cawan. Aku memang suka
kalau sukatan bahan-bahan yang guna cawan sebab senang nak sukat. Kalau guna metrik
ni jenuh nak timbang.. Baiklah..jom layan resipi.
Muffin Chocolate
Bahan-bahannya:
1 cawan
minyak masak/sayuran
2 ½ cawan
gula (aku kurangkan kepada 2 cawan)
6 biji telur
(aku guna telur gred B)
4 cawan
tepung self raising(ada jual dalam kotak)
¾ cawan
serbuk koko
¾ cawan air
panas
Soda bikarbonat
Sedikit
Vanilla
Sedikit Chocolate
emulco (yang ni aku tambah sendiri nak bagi kek lagi gelap dan rasa choc)
Optional
Badam yang
dicincang
Chocolate
Chip or Choc Rice
Cara Buat :
1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius.
2. Campurkan air panas dan serbuk koko. Ketepikan
3. Dalam bekas lain campurkan vanilla, minyak, gula
dan telur. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan campuran koko tadi kemudian masukkan
tepung dan soda bikarbonat.
5. Gaul balikkan guna spatula atau senduk.
6. Masukkan sedikit chocolate emulco mengikut
keperluan masing-masing(agak-agak ye). Gaul sebati.
7. Susun cawan kek dalam tray dan cedukkan aduan.
Adunan tu masuk ½ je tau nanti kek tu membuak-buak tak cantik plak kalau penuh
sangat..kalau cetek sangat pun tak cantik juga..he he. Taburkan chocolate chip
or badam cincang kalau nak le. Kalau tak de tak apa..boleh taburkan raisin
kalau nak.
8. Bakar kek dalam 20-25 minit mengikut keperluan.
Boleh cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak atau tidak. Jika lidi tadi
masih melekat adunan maksudnya kek belum masak lagi. Jika lidi yang dicucuk
tadi bersih kek tu dah masak la tu…
Adunan kek... boleh dapat banyak dalam 30 cupcakes macam tu kalau pakai bekas kek cawan yang biasa tu.
Taburkan almond
Yang ni dalam adunan aku masukkan sedikit choc chip
Bakar dalam suhu 170 darjah celcius.
Haaa..ini lah dia kejadiannya…. Muffin chocolate..anak-anak
suka sangat.. Esoknya pergi sekolah semua bawa bekal..termasuk anak yang no 3
tu siap bawa pergi rumah pengasuh. Dia nak bawa sepuluh ketul katanya
kawan-kawan ramai..
Yang anak nombor dua.. bawa pergi sekolah.. 4 ketul je..dia cerita kawan-kawan yang lain nak. 3 ketul untuk dia dan best friend katanya..seketul Teacher dah mintak (ha ha ha..bleh lak time mengajar teacher nampak kek..). Hari ni dia janji nak bawa lagi untuk kawan-kawan lain (bertuah punya budak..ingat mama buat kilang kek ke nak) . Kek dah habis la sayang oii… Dia bagitahu kawan-kawan yang perempuan semua nak. Kesiannya lah..budak-budakkan… So aku bagitahu kat dia next time mama buatkan untuk satu kelas… Seronok rasanya hasil tangan kita anak-anak suka. .
Nanti kita buat lagi ye…
yang ni tuan tanah tengah layan perasaan sambil menikmati choc muffin yang sedap ni..puji diri sendirilah ye :)