Tuesday, 22 October 2013

~ Chocolate Muffin ~


Salam.. dah lama tak share aktiviti memasak..
Weekend yang lepas sebab tak de benda nak buat..anak-anak request buat kek.. terutama si kecil aijaz yang merengek suruh buat kek..kejap suruh buat donut..tapi mama dia ni banyak sangat penyakit ‘M’ memang tak terbuat..
So..korek-koreklah resipi yang ada dalam simpanan.. korek punya korek terjumpa resipi kek cawan coklat.. aku jenis yang suka copy paste resipi dan print buat buku kecik.. dan ada juga yg aku copy tu tak de nama tuan punya..macam resipi ni minta maaf sangat dengan tuan punya blog..masa copy paste tu lupa nak copy nama blog sekali… walau apa pun terima kasih banyak-banyak tuan punya resipi…
Cuma kejadian kek ni lebih kepada muffin sebenarnya… so aku namakan dia muffin Chocolate..lebih sesuai dengan kejadiannya..he he jangan marah… Resipi dia mudah je sebab semua guna sukatan cawan. Aku memang suka kalau sukatan bahan-bahan yang guna cawan sebab senang nak sukat. Kalau guna metrik ni jenuh nak timbang.. Baiklah..jom layan resipi.

Muffin Chocolate

Bahan-bahannya:

1 cawan minyak masak/sayuran
2 ½ cawan gula (aku kurangkan kepada 2 cawan)
6 biji telur (aku guna telur gred B)
4 cawan tepung self raising(ada jual dalam kotak)
¾ cawan serbuk koko
¾ cawan air panas
Soda bikarbonat
Sedikit Vanilla
Sedikit Chocolate emulco (yang ni aku tambah sendiri nak bagi kek lagi gelap dan rasa choc)

Optional
Badam yang dicincang
Chocolate Chip or Choc Rice





Cara Buat :
1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius.

2. Campurkan air panas dan serbuk koko. Ketepikan

3. Dalam bekas lain campurkan vanilla, minyak, gula dan telur. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan campuran koko tadi kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat. 

5. Gaul balikkan guna spatula atau senduk.

6.  Masukkan sedikit chocolate emulco mengikut keperluan masing-masing(agak-agak ye). Gaul sebati.

7. Susun cawan kek dalam tray dan cedukkan aduan. Adunan tu masuk ½ je tau nanti kek tu membuak-buak tak cantik plak kalau penuh sangat..kalau cetek sangat pun tak cantik juga..he he. Taburkan chocolate chip or badam cincang kalau nak le. Kalau tak de tak apa..boleh taburkan raisin kalau nak.

8. Bakar kek dalam 20-25 minit mengikut keperluan. Boleh cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak atau tidak. Jika lidi tadi masih melekat adunan maksudnya kek belum masak lagi. Jika lidi yang dicucuk tadi bersih kek tu dah masak la tu… 


 Adunan kek... boleh dapat banyak dalam 30 cupcakes macam tu kalau pakai bekas kek cawan yang biasa tu.


 Taburkan almond


 Yang ni dalam adunan aku masukkan sedikit choc chip


Bakar dalam suhu 170 darjah celcius.



Haaa..ini lah dia kejadiannya…. Muffin chocolate..anak-anak suka sangat.. Esoknya pergi sekolah semua bawa bekal..termasuk anak yang no 3 tu siap bawa pergi rumah pengasuh. Dia nak bawa sepuluh ketul katanya kawan-kawan ramai..
   


Yang anak nombor dua.. bawa pergi sekolah.. 4 ketul je..dia cerita kawan-kawan yang lain nak. 3 ketul untuk dia dan best friend katanya..seketul Teacher dah mintak (ha ha ha..bleh lak time mengajar teacher nampak kek..). Hari ni dia janji nak bawa lagi untuk kawan-kawan lain (bertuah punya budak..ingat mama buat kilang kek ke nak) . Kek dah habis la sayang oii…  Dia bagitahu kawan-kawan yang perempuan semua nak. Kesiannya lah..budak-budakkan… So aku bagitahu kat dia next time mama buatkan untuk satu kelas…  Seronok rasanya hasil tangan kita anak-anak suka. .

Nanti kita buat lagi ye…
 

 yang ni tuan tanah tengah layan perasaan sambil menikmati choc muffin yang sedap ni..puji diri sendirilah ye :)



No comments:

Post a Comment