Tuesday, 22 October 2013

Butter Cup Cakes versi comel



Butter cupcake ni dah lama sebenarnya buat. Kek ni aku buat masa birthday yang ke-4 si kecil aijaz pada bulan Ogos lepas masa bercuti hari raya kat Sarawak. Kek ni aku buat menggunakan resipi kek cawan butter cream yang aku pernah buat sebelum ni. Untuk toping/frosting nya aku buatkan cream cheese frosting.

Sebab nak buatkan kek ni nampak comel, jadi aku bakar guna bekas kek cawan  yang kecil. Rasanya yang berdiameter 3cm kot..Eloklah sebab senang nak makan..kalau mat saleh cakap “bite size”. Kadang-kadang kalau besar sangat takut jadi muak terutama untuk budak-budak..sayang kalau tak habis kalau letak dalam bekas kek yang saiz besar tu. Resipi ni aku ceduk dari blog ryo. Cuma ada olah-olah sikit ikut diri sendiri he he.

Meh jom layan resipi :

  • 250 g butter(1 buku buttercup)
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 5 biji telur
  • 3 gelas tepung naik sendiri
  • 1 tbs vanilla


Frosting Cream Cheese :

250 cream cheese (aku pakai cream cheese tortura)
130 gm gula icing ~ ayak
130 gm butter

Satukan kesemua bahan dan putar sampai gebu.



Optional(untuk hiasan) :


 colour rice (gambar dari google)

 Biskut teddy (gambar dari google)



Caranya :
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur,pukul lagi
  3. Masukkan tepung dan vanila
  4. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  5. Picit adunan kedalam bekas kek
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  7. Sejukkan kek seketika sebelum letak frosting cream cheese.
  8. Hiaskan dengan biskut teddy & colourful rice untuk bagi kecomelan kek terserlah.
 

Taddaaaaa..... Kek dah siap... comel kan.... Vanilla Cup Cake dengan frosting Cream Cheese. Sesuai untuk jamuan hari jadi anak-anak or majlis "Baby Shower". Okay.. Selamat mencuba!!






 
 


No comments:

Post a Comment