Friday, 21 September 2012

Cinta itu Universal



Cinta itu Universal
Umur dah semakin meningkat mcm ni nak bercakap pasal cinta ke? C.I.N.T.A ……. Sapa yang tak pernah bercinta? Angkat tetikus…. Oh lupa..org sekarang da x guna tetikus da..org skrg guna jari pon bolehhh…zaman smartphone…zaman ipad..iphone…tikus2 x main la derrr….. 
Nak cerita pasal kisah cinta aku ke?? Oh tidakkk…please rujuk tajuk…cinta itu universal… Tak ada kena mengena nk crita kisah hidup aii kt sini ok…

Kes Bunuh Diri Sebab Cinta!!  



Terkedu membaca berita akhir2 ni byk sangat kes bunuh diri dikalangan remaja2 kita.. kes yang terbaru seorang remaja terjun dari bangunan sebab putus cinta dengan kekasih. 

Kadang2 termenung kita ni sebab dimana iman anak2 muda sekarang. Tiada lagikah cinta pada Tuhan yang maha pencipta? Adakah kita lahir ke dunia ini semata2 untuk cinta kepada manusia dan 100% dicurahkan pada insan yang disayangi itu? Dimana kasih sayang dan cinta pada ibu bapa yg dah membesarkan kita? Tak kesian ke pada mak bapak meraung kehilangan anak dgn cara sebegitu rupa…? Siapa yang nak kita salahkan dalam hal ni?

Wahai adik2 ku sekelian… semaikan la iman didada…cinta lah pd yg maha pencipta… cinta la ayah ibu yg membesarkan kamu…. kalau sesama manusia menolak cinta itu bukan beerti dunia sudah berakhir.. ada 1001 jalan untuk mnyelesaikan masalah. Kecewa dengan cinta tidak bermaksud tiada lagi cinta yg akan hadir dalam hati kita…

Pagi2 dengar radio era..bersungguh2 Siti Nurhaliza bagi pesanan kat adik2 dan anak2 jgn leka dengan percintaan… betull semua tu umur masih muda jgn la disia2 kan… Banyak lagi masa untuk mencari cinta… Cinta sahaja tak bawa kita kemana….  Jadi kalau frust bercinta tu muhasabah lah diri jgn sampai nak cabut nyawa sendiri… dosa besar tu… Ingat… Allah itu maha mengasihi… mengadu lah dengan Allah.. Insya Allah jiwa akan tenang… 



Ok nanti kita sambung lagi pasal cinta... :)

Nota Kaki kiri : Hmm aku jatuh cinta byk kali tapi frust pun byk kali juga he he... frust berendam air mata sudah la kann...walopun perit nak lalui tp hakikat nya itu yg terbaik buat kita....  

cinta monyet ada frust tak??? he he

Nota kaki kanan : Entry seterusnya akan cuba masukkan cerpen yang aku karang waktu aku frust bercinta dulu :) ... Nantikan ye....

Pembuka Kata



Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim…


Alhamdulillah setelah sekian lama bercita-cita nak berbloging akhirnya tercapai juga hajat dihati. Harap cita-cita ni tidak akan jadi suam-suam kuku la lepas ni. Almaklum lah dengan status seoarang wanita yang bekerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu yang tak akan ada kesudahanya.

1st entry ni nak cerita apa ye? He he saja je soalan tu…topik hangat yang tengah menjadi fenomena sekarang sudah tentu nya Drama Adam dan Hawa. Ohh hangat ke?? Kira nya aku mengambil kesempatan di atas kepopularan drama ni untuk entry ulung aku ni he he…

Adam dan Hawa(AH)… sudah tentu terbayangkan kisah cinta agung dua insan yang bercinta. Kisah berdasarkan Novel karangan Aisya Sofea. Tapi aku tak baca lagi novel ni..oh hellooo…aku lupa aku sudah lama meninggalkan dunia pembacaan novel. Minat zaman remaja aku ni tak boleh diadaptasi ke zaman rumah tangga aku sekarang… oh malas nak cerita tuan-puan sendiri tahu sebab nya….he he. 

Ok..pertama kali dah lama tak sempat nak mengikuti drama bersiri ni..last sekali drama yang aku gila nak tengok sampai tak boleh miss ialah drama CHINTA lakonan Fasha Sanda n Adi Putra. Drama tu memang ada aura tersendiri. Lepas drama tu aku malas nak ikut dah sebab melekakan aku dan kerja pun banyak jadi hura hara dibuatnya..muah hahaha…

Tapi drama AH ni lagi buat aku tak keruan. Banyakkkk sebab…sebab pertama, dah pasti aku tak subscribe astro beyond… hampehh betul astro ni..main la sekali kat mustika biasa apa salahnya… hmm…nak pasang astro beyond kena topup lagi bulan-bulan…oh tidak tidakkk…. Yg banyak duduk depan tv anak-anak aku je.. mama dia nak tengok berita pun kena berebut remote dengan anak2 ok…

Sebab seterusnya… aku kena tengok drama ni secara tertunda … hari2 mak jah ni dok tertunggu-tunggu link utk streaming drama ni…. N paling sadis kena tgk on9 kat opis yg hanya akan buka pintu bersosial utk staff hanya waktu rehat pukul 1-2. Lepas tu babai..tunggu le petang sikit lepas pukul 5.30…  

Sebab yang menyedihkan lagi…tau-tau la line tenet opis…semua la dok bersosial di alam maya kul 1-2 tu..paham2 le jadik nya… kalau korang tgk iklan tm Unifi yang dok tengok bola tersekat-sekat tu mcm tu le aku dok tgk drama adam dan hawa ni…sadis tak…. Stress tau…80 episod drama AH ni harap aku dpt bertahan muah ahahaha….

Apa2 pun…aku layan juga janji aku tau apa jalan ceritanya…esok2 astro tayang le kat chanel biasa nanti bila drang da habis drama nak tayang he he…

Walau apa pun drama ni memang terbaik!!! Heroin dia Nadia Nissa comel… walaupun tidak secantik heroin lain tp lakonan nya yang mantap dan menusuk jiwa tu memang terkesan di jiwa ni… dan lakonan Aaron aziz sebagai Adam sudah tentunya tak dpt dipertikaikan lagi walaupun watak adam yg digambarkan di dalam novel adalah seorang pemuda kacukan… oh…tak kisah laa janji ada feel ye… nnti kalau ada masa nak juga beli novel ni sebagai kenangan terindah kegilaan aku terhadap drama AH ni..

N waktu entry di taip link utk episode 16 sudah melambai2… aduuuuu… tak sabar nak tengok ni tghari jumaat ni panjang sikit waktu bleh gak rewind tgk episode yg lama2 tu… tak makan pon x apa la janji dpt tengok drama AH ni… he he ko ada….
Ok la tak nak cerita lelebih…layan dulu gambo2 ni semua untuk menghilangkan stress..(uhh..hilang ke??)


Best ever Drama of The Year

nadiya nissa as Ain Hawani

waduhh..jejaka idaman malaya Aaron Aziz as Adam Mukhriz

Ain dan Cik Ted...sooo sweettt

Cinta Adam dan Hawa...Adakah akan bersatu? :)


Nota Kaki :  Aku pun ada Cik Ted Nahhh.... comelll takkk??? Tapi hati cik ted aku da calar kenapa ekkk?? he he he