Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim…
Alhamdulillah setelah sekian lama bercita-cita nak
berbloging akhirnya tercapai juga hajat dihati. Harap cita-cita ni tidak akan
jadi suam-suam kuku la lepas ni. Almaklum lah dengan status seoarang wanita
yang bekerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu yang tak akan ada kesudahanya.
1st entry ni nak cerita apa ye? He he saja je
soalan tu…topik hangat yang tengah menjadi fenomena sekarang sudah tentu nya
Drama Adam dan Hawa. Ohh hangat ke?? Kira nya aku mengambil kesempatan di atas
kepopularan drama ni untuk entry ulung aku ni he he…
Adam dan Hawa(AH)… sudah tentu terbayangkan kisah cinta
agung dua insan yang bercinta. Kisah berdasarkan Novel karangan Aisya Sofea.
Tapi aku tak baca lagi novel ni..oh hellooo…aku lupa aku sudah lama
meninggalkan dunia pembacaan novel. Minat zaman remaja aku ni tak boleh
diadaptasi ke zaman rumah tangga aku sekarang… oh malas nak cerita tuan-puan
sendiri tahu sebab nya….he he.
Ok..pertama kali dah lama tak sempat nak mengikuti drama
bersiri ni..last sekali drama yang aku gila nak tengok sampai tak boleh miss
ialah drama CHINTA lakonan Fasha Sanda n Adi Putra. Drama tu memang ada aura
tersendiri. Lepas drama tu aku malas nak ikut dah sebab melekakan aku dan kerja
pun banyak jadi hura hara dibuatnya..muah hahaha…
Tapi drama AH ni lagi buat aku tak keruan. Banyakkkk sebab…sebab
pertama, dah pasti aku tak subscribe astro beyond… hampehh betul astro ni..main
la sekali kat mustika biasa apa salahnya… hmm…nak pasang astro beyond kena topup
lagi bulan-bulan…oh tidak tidakkk…. Yg banyak duduk depan tv anak-anak aku je..
mama dia nak tengok berita pun kena berebut remote dengan anak2 ok…
Sebab seterusnya… aku kena tengok drama ni secara tertunda …
hari2 mak jah ni dok tertunggu-tunggu link utk streaming drama ni…. N paling
sadis kena tgk on9 kat opis yg hanya akan buka pintu bersosial utk staff hanya
waktu rehat pukul 1-2. Lepas tu babai..tunggu le petang sikit lepas pukul 5.30…
Sebab yang menyedihkan lagi…tau-tau la line tenet opis…semua
la dok bersosial di alam maya kul 1-2 tu..paham2 le jadik nya… kalau korang tgk
iklan tm Unifi yang dok tengok bola tersekat-sekat tu mcm tu le aku dok tgk
drama adam dan hawa ni…sadis tak…. Stress tau…80 episod drama AH ni harap aku
dpt bertahan muah ahahaha….
Apa2 pun…aku layan juga janji aku tau apa jalan ceritanya…esok2
astro tayang le kat chanel biasa nanti bila drang da habis drama nak tayang he
he…
Walau apa pun drama ni memang terbaik!!! Heroin dia Nadia
Nissa comel… walaupun tidak secantik heroin lain tp lakonan nya yang mantap dan
menusuk jiwa tu memang terkesan di jiwa ni… dan lakonan Aaron aziz sebagai Adam
sudah tentunya tak dpt dipertikaikan lagi walaupun watak adam yg digambarkan di
dalam novel adalah seorang pemuda kacukan… oh…tak kisah laa janji ada feel ye…
nnti kalau ada masa nak juga beli novel ni sebagai kenangan terindah kegilaan
aku terhadap drama AH ni..
N waktu entry di taip link utk episode 16 sudah melambai2…
aduuuuu… tak sabar nak tengok ni tghari jumaat ni panjang sikit waktu bleh gak
rewind tgk episode yg lama2 tu… tak makan pon x apa la janji dpt tengok drama AH
ni… he he ko ada….
Ok la tak nak cerita lelebih…layan dulu gambo2 ni semua
untuk menghilangkan stress..(uhh..hilang ke??)
Best ever Drama of The Year
nadiya nissa as Ain Hawani
waduhh..jejaka idaman malaya Aaron Aziz as Adam Mukhriz
Ain dan Cik Ted...sooo sweettt
Cinta Adam dan Hawa...Adakah akan bersatu? :)
Nota Kaki : Aku pun ada Cik Ted Nahhh.... comelll takkk??? Tapi hati cik ted aku da calar kenapa ekkk?? he he he
No comments:
Post a Comment