Friday, 21 September 2012

Cinta itu Universal



Cinta itu Universal
Umur dah semakin meningkat mcm ni nak bercakap pasal cinta ke? C.I.N.T.A ……. Sapa yang tak pernah bercinta? Angkat tetikus…. Oh lupa..org sekarang da x guna tetikus da..org skrg guna jari pon bolehhh…zaman smartphone…zaman ipad..iphone…tikus2 x main la derrr….. 
Nak cerita pasal kisah cinta aku ke?? Oh tidakkk…please rujuk tajuk…cinta itu universal… Tak ada kena mengena nk crita kisah hidup aii kt sini ok…

Kes Bunuh Diri Sebab Cinta!!  



Terkedu membaca berita akhir2 ni byk sangat kes bunuh diri dikalangan remaja2 kita.. kes yang terbaru seorang remaja terjun dari bangunan sebab putus cinta dengan kekasih. 

Kadang2 termenung kita ni sebab dimana iman anak2 muda sekarang. Tiada lagikah cinta pada Tuhan yang maha pencipta? Adakah kita lahir ke dunia ini semata2 untuk cinta kepada manusia dan 100% dicurahkan pada insan yang disayangi itu? Dimana kasih sayang dan cinta pada ibu bapa yg dah membesarkan kita? Tak kesian ke pada mak bapak meraung kehilangan anak dgn cara sebegitu rupa…? Siapa yang nak kita salahkan dalam hal ni?

Wahai adik2 ku sekelian… semaikan la iman didada…cinta lah pd yg maha pencipta… cinta la ayah ibu yg membesarkan kamu…. kalau sesama manusia menolak cinta itu bukan beerti dunia sudah berakhir.. ada 1001 jalan untuk mnyelesaikan masalah. Kecewa dengan cinta tidak bermaksud tiada lagi cinta yg akan hadir dalam hati kita…

Pagi2 dengar radio era..bersungguh2 Siti Nurhaliza bagi pesanan kat adik2 dan anak2 jgn leka dengan percintaan… betull semua tu umur masih muda jgn la disia2 kan… Banyak lagi masa untuk mencari cinta… Cinta sahaja tak bawa kita kemana….  Jadi kalau frust bercinta tu muhasabah lah diri jgn sampai nak cabut nyawa sendiri… dosa besar tu… Ingat… Allah itu maha mengasihi… mengadu lah dengan Allah.. Insya Allah jiwa akan tenang… 



Ok nanti kita sambung lagi pasal cinta... :)

Nota Kaki kiri : Hmm aku jatuh cinta byk kali tapi frust pun byk kali juga he he... frust berendam air mata sudah la kann...walopun perit nak lalui tp hakikat nya itu yg terbaik buat kita....  

cinta monyet ada frust tak??? he he

Nota kaki kanan : Entry seterusnya akan cuba masukkan cerpen yang aku karang waktu aku frust bercinta dulu :) ... Nantikan ye....

No comments:

Post a Comment