Tuesday, 18 June 2013

~Selamat Hari Bapa .. Khas buat Yan ~

Salam,

Rasa macam dah lama tak mengentri... Seperti biasa kesibukan sikit + kemalasan..

Hari ni kena gagahkan juga sebab perlu buat entri khas untuk bapa tersayang… sempena Hari Bapa..


Meh layan gambor jap k…sambil2 tu kita cerita… 
Haaa… ni lah ayah aku… kita orang panggil ayah dengan panggilan  “Yan”. Hmm mesti korang nak tau kenapa panggilan “Yan” kan? Kalau kat Sarawak… untuk yang berketurunan Dayang dan Awang.. panggilan untuk ayah ialah “Yan”. Mengikut fahaman akulah kan… “Yan “ ni singkatan untuk Pengiran.


 Yan aku..Awang Naini Pengiran Anis..wajah yang sentiasa aku rindui :(


Bapa aku seorang pesara polis. So korang taulah kan perangai pak polisi tu macam mana.. sedikit tegas… tak suka rumah bersepah dan yang paling dia suka buat gosok baju dan basuh pinggan mangkuk..he he….
Masa aku sekolah rendah, ayah aku yang rajin gosokkan baju aku. Sebab dia tak suka baju ronyok2 ni.. dia nak jalan pergi pekan pon bergosok baju…siap pakai kemeja siap tuck in lagi… macam nak pergi opis kaedahnya he he…


 Ni lah style pak polisi jaman muda2 remaja dolu... he he


Nak tengok gambar waktu muda2 ayah aku? Untuk pengetahuan semua, ayah aku memang banyak koleksi gambar dia muda-muda.. termasuklah gambar aweks-aweks yang dia usha ketika itu.. ha ha ha.. kasanova juga orang tua aku ni masa zaman bujangnya…

 amboii posing macam hero hindustani...


Macam manalah hati anak dara tak cair zaman-zaman tu kan?? Tengoklah ayah aku posing.. dolu2 nya style kan bergambar kat studio.. gambar cantik je kan? Macam hero cerita melayu zaman silam plak…

Ni gambor nak kasi awek lah ni kan... kih kih kih...


Ni plak aktiviti ayah aku waktu kami masih menetap di Kampung Sebiew. Ayah akan mendayung atau berkayuh sampan untuk pergi ke rumah arwah atuk aku kat Kampung Jepak. Rumah arwah atuk aku Nampak dari seberang sungai kampong aku… waktu arwah masih ada.. setiap hari ayah aku akan pergi melawat arwah atuk dan adik-beradik lain yang tinggal di Kampung Jepak. Setiap hari dia akan mendayung sampan… Sekarang arwah atuk dah tak ada, adik-beradik ayah aku dah 3 orang yang meninggal. Semuanya menetap kat kampong Jepak. Rumah atuk sekarang sepupu aku yang duduk.

 Rindu saat2 ni...


 waa....anak sapalah ni....inilah aku semasa kecik...comelkan?? He he... 



Dan satu lagi perangai ayah aku yang kita orang respect ialah dia ni berjiwa patriotik… meh aku bagi bukti bergambar kalau korang tak percaya…he he sama macam mak aku dia orang ni memang patriotik gilerrr…



Ni waktu nak sambut merdeka dan raya serentak masa tahun 2010 kalau tak silap. Sekali pandang tak nampak aura hari raya kat situ he he he...gigih betul pasang bendera bagai kann??



 oooppsss.... yang ni no komen. Waktu kejadian ialah sekitar PRU 13. He he..korang tahulahkan bapa aku undi sapa...


Oklah..itu saja coretan untuk orang yang telah bersusah-payah membesarkan kami adik-beradik... sekarang ayah aku kurang sihat :(
Buah pinggang ayah aku dah tak berfungsi kedua-duanya dan terpaksa buat rawatan dialisis 3 kali seminggu. Kesihatan dia pun sering terganggu. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat mak dan ayah aku... sayang sangat2 kat mereka... uwaaa....






No comments:

Post a Comment