Monday, 23 September 2013

~Selamat datang baby Firash Irshad~

Assalam...

Alhamdulillah... Adik bongsu aku dah selamat melahirkan babynya yang kedua... Dapat boboy tau! Rasmilah cucu yang ketujuh mak dan yan aku... Dapatlah geng ngan anak2 aku yg 4 orang tu... 

So boleh imagine next year raya mcm mana? Haha insyaAllah kalau ada rezki next raya kita raya sana lagi k...


 Firash Irshad


 Gelagat kakak..seronoknya dapat adik ye..dah ada kawan dah dia
 

Friday, 6 September 2013

~ Gelagat Anak-anakku ~

As salam,

Gelagat anak-anak ku yang menghiburkan hati..bila semua dah besar nanti tak de dah rupa comel2 macam ni.. he he he..

 
 Adam dan Nek Yan


Aidil si manja terlebih ni


 Aijaz dan Mia... BFF ni :)


 comel sangat...


Rindunya kat Mia ni....
seronok dapat main-main dengan sepupu dia...


Thursday, 5 September 2013

~ Aneka Kek Lapis Di Hari Raya ~

As Salam,

Sinonim dengan Hari Raya, kek lapis adalah suatu kemestian bagi orang Sarawak. Kalau tak ada kek lapis ni macam tak lengkap rasanya Hari Raya..he he he..

So uols yang tak pernah merasa suasana beraya di Sarawak mesti teruja kalau berziarah ke rumah rakan-rakan atau saudara-mara melihat macam-macam rupa dan warna kek lapis yang dihidangkan. Meh kita layan sikit gambar kek lapis yang aku sempat ambik masa beraya kat rumah sepupu-sepupu aku.



Kek kat atas ni semua sepupu-sepupu aku buat


Ni pun sama


Haa..kat atas ni kek lapis mak aku buat..dah habis dah pun..
aisehh,,lupa nak water mark..

~ Cerita Hari Raya : Yeaahhh ~

As Salam...

Akhirnya... Alhamdulillah...sempat juga tuan blog nak update entri pasal hari raya. Punyalah lama nak update..raya dah nak habis dah... 

Raya yang lepas aku dan famili balik beraya kat kampung halaman ku kat Bintulu, Sarawak. Anak-anak pun tak sabar nak balik sebab dah lama tak jumpa saudara-mara kat sana..dan rindu kat semua terutama kat nenek dan nek yan (atuk). 

Tertinggal IC
Flight kami pukul 10:40 am. Jadi kami minta kak ipar hantar awal dalam pukul 7:30am sebab takut ramai orang. Masa nak check-in kat kaunter tiket, staff kaunter minta IC dan boarding pass. Aku keluarkan semua IC & Mykid anak-anak aku. Tetiba aku rasa macam nak menangis... hambik kau... IC makcik tertinggal kat dalam kereta kat rumah. 

aku : Err maaf cik, IC saya tertinggal kat rumah lah..

staff : Hmm..macam mana puan boleh datang sini kalau IC puan tertinggal? (memula aku blur dengan soalan kak cik ni)

aku : saya kerja dan tinggal kat sini, bukan datang bersiar...hmm lesen tak boleh pakai ke? (kata-kata orang dah menggelabah) 

staff : Tak boleh puan. 

aku : Ok lah.. nanti saya suruh orang hantar.

Staff : Flight 2 jam lagi ye puan...

aku : (dalam hati--ye lah..umah aku dekat je lah kak cik oiii)
Lepas tu menggelabah call kak ipar minta dia hantar IC. Tak sampai setengah jam, kak ipar sampai semula hantar IC. Kami pun cepat2 nak check in. Bila sampai je kaunter.. semua orang kaunter pelik sebab ada mesej suruh cek IC aku takut aku ni masuk tak pakai IC ha ha ha ha... sampailah waktu nak boarding masa nak masuk boarding tu, staff tu dengan member dia berbisik-bisik..

aku pun tanya.."ada apa ye cik". 
'Emm..kat sistem ni suruh kami cek IC puan sebelum boarding". 
aku :"oh..tadi IC saya tertinggal, saya dah suruh orang hantar dan dah check-in pun pakai IC." 

Staff : "oooo..OK.."

aku : (dalam hati.. macam lah aku nak curi-curi masuk.. ingat aku boleh jadi org halus ke?)

Ha ha...lepas ni pleasee...buat checklist ok..ni gara-gara IC tu kami gunakan kat pejabat untuk keluar masuk dan untuk punch in & punch out. So aku gantung dengan pas kerja dan simpan dalam kereta. Padahnya tertinggal..haii nasib baik rumah dekat.. kalau jauh mcm nak pegi KL sana...adoiyaiii.... kenalah aku tukar flight...

 So... kejadian itu tidak menganggu gugat kehidupan aku bila sampai sarawak... Janji aku dah sampai he he..! Anak-anak pun seronok dapat jumpa saudara-mara dan sepupu-sepapat.

Meh kita cuci mata tengok gambar raya..cakap banyak-banyak pun nanti uols bosan lak..

Haa... ada yang kurang gambar kat atas ni.. adik aku yang no-2 tak beraya kat Bintulu tahun ni. Dia raya kat Miri sebab wife dia tengah tunggu hari nak bersalin. Jadi kami bertiga je lah yang ada... Insya Allah..raya tahun depan kita beraya sama-sama ye adik dengan baby baru.. :)


Telatah anak-anak di pagi Raya. Seronok masing-masing ye..


Aktiviti raya kami...


Lagi aktiviti raya. Bila berjumpa sepupu-sepapat yg dah lama tak jumpa macam-macam cerita keluar ye tak?
Seminggu lepas Raya tu juga sepupu aku melangsungkan perkahwinan.


 Ni sepupu dan anak-anak buah aku..comel-comel ye dah besar panjang dah semua...





Wednesday, 4 September 2013

Aktiviti Ramadhan yang lalu : Kek Lapis Sarawak

As salam,

Nampak sangat pemalas tuan punya blog ni nak update. Baca tajuk pun dah tahu berapa lama punya cerita baru nak keluar. Raya pon dah nak habis ni... baru nak cerita pasal Ramadhan.. ha ha ha...

Tak apalah kan... memang tuan blog bizi yang hamat ok. Oklah..tak yah la nak mengarut panjang-panjang. Seperti yang aku dah cerita kat entri sebelum ni aku memang ambik tempahan membuat Kek lapis semasa ramadhan yang lepas. Mula-mula tak niat pun nak buat bisnes ni. Sebab aku memikirkan aku ni kalau kat rumah memang tak sempat-sempat nak habiskan kerja rumah.

Tapi aku cuba jugalah sebab ada permintaan daripada kawan-kawan sepejabat. Aku ambik order sikit je. Aku takut aku tak mampu nak buat banyak-banyak. Tenaga aku ni banyak manalah haii...

Ha meh tengok senarai tempahan kek lapis mak cik..haa ambik kau.. panjang berjela... tapi seminggu sebelum aidilfitri..beberapa tempahan aku tak sempat nak buat sebab adik ipar aku meninggal dunia. Jadi aku stop setakat yang dah siap. Kalau ikutkan boleh je aku nak baking tapi ntah macam tak seronok plak aku nak baking bila ada saudara yang tengah berduka.


 Kat atas ni senarai tempahan. Yang tulisan tangan tu tambahan order... haii..tak terbuat tauuu...



 Sampai dua oven digunakan sebab nak cepat siap.. 


Kat atas ni kek Lapis Masam Manis.. ramai yang order


 Haa..Alhamdulillah dah siap. 
Kek-kek yang sedia untuk di poslajukan dan untuk dihantar ke tuan punya


InsyaAllah kalau ada kelapangan bolehlah aku terima tempahan. Korang kalau nak tempah bolehlah ye..tapi kena bagitau awal-awal sebab nak buat kek ni bukan sekejap... berejam-rejam tau duduk depan oven..

Apapun terima kasih buat pelanggan-pelanggan dan kawan-kawan yang dah menempah kek aku ni. Kalau sedap bagitahu kawan ye..kalau tak sedap bagitahu la aku.. jgn senyap aje.. aku sedia menerima kritikan.. :)

Monday, 2 September 2013

Welcome To The World : Baby Dayangku Arissa Adelia


Baby Arissa



Yeahhh...kenalkan baby girl ku yang terbaru... Dayangku Arissa Adelia. Comel tak dia...eeee....geram tengok muka dia ni...

Oh uols...korang janganlah menggelabah... ini baby sulung adik kedua aku yang baru lahir 26hb Ogos hari tu. Sweetkan muka dia... cucu my parent yang ke-6. So now famili belah kita orang dah ada 2 gegurl... 4 orang boboy... so coming soon sorang lagi boboy on the way to highwayyy... can't wait!!

Adik pompuan aku tengah tunggu masa je nak melahirkan sekarang... dan mengikut ramalan bola ajaib... baby dalam perut tu boboy... so bolehlah kawan dengan anak aku yang 4 orang itu... aku tak dapat bayangkan next year punya raya macam mana... tentu havoc cucu-cucu nenek dan nek yan...

haii.. makin pening kepala ayah aku tengok cucu dah bertambah... yang sedia ada pun dah memeningkan kepala dia... ha ha ha ha... 

Yang sedihnya aku tak dapat nak menikmati sambutan beramai-ramai baby arissa.. last sunday my family dari brunei dan bintulu gather dekat rumah adik aku kat Miri sebab nak tengok baby Arissa...Jarang sebenarnya dapat gumpul ramai-ramai macam tu.. mesti ada yang tertinggal especially yang merantau macam aku dan sepupu2 aku yang bertebaran kat bumi Allah ni.. he he he 

Tapi... our family memang suka sharing... so apa-apa aktiviti yang kita orang buat kita orang share di whatsapp or FB.. jadi itu lah pengubat rindu bagi kami yang jauh ni... aku sayang sangat my family.. my mom's n dad's family.. Rasa bersyukur sebab ada keluarga yang prihatin dan menyokong antara satu sama lain. So ni adalah antara foto yang di share... untuk tatapan kami yang jauh... aku kongsi dengan uols.. 



~ Selamat Hari Raya ~

As Salam,

Perghh….. berabuknya blog mak cik ni. Ini kes beraya sakanlah ni….start dari bulan puasa sampailah dah nak habis bulan raya  ni. Hmm..otak pun macam kurang berfungsi nak mereka ayat-ayat pujangga kat blog ni..

Apa nak cerita ye? Oh.. pertama sekali semasa bulan Ramadhan hari tu keluarga aku kehilangan seorang ahli keluarga.. masa tu seminggu lagi syawal nak menjelma. Kami dikejutkan dengan berita adik ipar.. adik kepada suami aku meninggal dunia sebab serangan sakit jantung. Pemergian yang tidak disangka-sangka. Arwah pun dalam lingkungan umur yang muda iaitu awal 40-an. Meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak yg masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Tapi ini semua ketentuan Ilahi. Kita kena redha dengan apa yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga arwah…anak-anak dan isteri tabah menghadapi hari-hari yang berlalu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.





Bulan Ramadhan yang lepas aku ambik tempahan untuk Kek Lapis Sarawak. Boleh tahan juga tempahannya. Tapi nak menjadikannya tu..mak aihhhh…letih mak cik tau. Bulan puasa pula rasa macam waktu makin singkat. Ye lah seharian di ofis.. balik terkejar-kejar nak sediakan juadah berbuka. Lepas berbuka buat persiapan pula nak baking kek lapis. Kalau dah settle awal benda kat dapur tu bolehlah start baking awal.. kalau tak memang lambatlah.. Kalau dah lambat mula tu tau-tau ler siapnya pukul berapa. Lepas tu nak kena bangun sahur pulak. Adoiyaiii…. Memang penat gilerrrr!!! 

 Tapi rutin aku ni bermula 3 minggu sebelum raya…kalau weekend memang jadual aku fully packed laaa….dari pagi sampai malam aku memang duduk memerap kt depan oven. Hellooo…panas uolss… duduk depan oven…haha… sebabkan minat lakukan juga lah. Ada satu ketika sebab nakkan energy extra..terpaksa aku minum redbull. Tak pernah-pernah makcik minum redbull tauuu… tetibe nak baking kek punya pasal..telanlah air redbull tu. Haaa..amik kau… dah sudah kerja pon..mata tak bleh nak katup bagi tidur. Terkebil-kebil sampai ke pagi… serik makcik tak nak minum…ha ha ha ha…

Ok..banyak sebenarnya cerita raya aku... tapi aku ni al-maklum bz yang hamat (kenkonon kan).. jadi bersawang la blog ni. Dengan nak update kek lapis la... pasal merdeka raya la... hmm.. gambor pun tak sempat nak upload. Macam mana nak maju blog mak cik ni weiii...

ok tak apa... nanti aku kayuh pelan-pelan... nak carik gambar yang the vasss dulu... baru boleh share kat sini kan? so.. Uols.. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin...  kalau ada coretan yang kurang disenangi just tell me ok...