As Salam,
Perghh….. berabuknya blog mak cik ni. Ini kes beraya
sakanlah ni….start dari bulan puasa sampailah dah nak habis bulan raya ni. Hmm..otak pun macam kurang berfungsi nak
mereka ayat-ayat pujangga kat blog ni..
Apa nak cerita ye? Oh.. pertama sekali semasa bulan Ramadhan
hari tu keluarga aku kehilangan seorang ahli keluarga.. masa tu seminggu lagi
syawal nak menjelma. Kami dikejutkan dengan berita adik ipar.. adik kepada
suami aku meninggal dunia sebab serangan sakit jantung. Pemergian yang tidak
disangka-sangka. Arwah pun dalam lingkungan umur yang muda iaitu awal 40-an.
Meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak yg masih kecil dan masih
memerlukan kasih sayang seorang ayah. Tapi ini semua ketentuan Ilahi. Kita kena
redha dengan apa yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman dan semoga keluarga arwah…anak-anak dan isteri tabah menghadapi
hari-hari yang berlalu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
Al-Fatihah.
Bulan Ramadhan yang lepas aku ambik tempahan untuk Kek Lapis
Sarawak. Boleh tahan juga tempahannya. Tapi nak menjadikannya tu..mak
aihhhh…letih mak cik tau. Bulan puasa pula rasa macam waktu makin singkat. Ye
lah seharian di ofis.. balik terkejar-kejar nak sediakan juadah berbuka. Lepas
berbuka buat persiapan pula nak baking kek lapis. Kalau dah settle awal benda
kat dapur tu bolehlah start baking awal.. kalau tak memang lambatlah.. Kalau
dah lambat mula tu tau-tau ler siapnya pukul berapa. Lepas tu nak kena bangun
sahur pulak. Adoiyaiii…. Memang penat gilerrrr!!!
Tapi rutin aku ni bermula 3 minggu sebelum
raya…kalau weekend memang jadual aku fully packed laaa….dari pagi sampai malam
aku memang duduk memerap kt depan oven. Hellooo…panas uolss… duduk depan
oven…haha… sebabkan minat lakukan juga lah. Ada satu ketika sebab nakkan energy
extra..terpaksa aku minum redbull. Tak pernah-pernah makcik minum redbull tauuu…
tetibe nak baking kek punya pasal..telanlah air redbull tu. Haaa..amik kau… dah
sudah kerja pon..mata tak bleh nak katup bagi tidur. Terkebil-kebil sampai ke
pagi… serik makcik tak nak minum…ha ha ha ha…
Ok..banyak sebenarnya cerita raya aku... tapi aku ni al-maklum bz yang hamat (kenkonon kan).. jadi bersawang la blog ni. Dengan nak update kek lapis la... pasal merdeka raya la... hmm.. gambor pun tak sempat nak upload. Macam mana nak maju blog mak cik ni weiii...
ok tak apa... nanti aku kayuh pelan-pelan... nak carik gambar yang the vasss dulu... baru boleh share kat sini kan? so.. Uols.. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin... kalau ada coretan yang kurang disenangi just tell me ok...
No comments:
Post a Comment