Wednesday, 4 September 2013

Aktiviti Ramadhan yang lalu : Kek Lapis Sarawak

As salam,

Nampak sangat pemalas tuan punya blog ni nak update. Baca tajuk pun dah tahu berapa lama punya cerita baru nak keluar. Raya pon dah nak habis ni... baru nak cerita pasal Ramadhan.. ha ha ha...

Tak apalah kan... memang tuan blog bizi yang hamat ok. Oklah..tak yah la nak mengarut panjang-panjang. Seperti yang aku dah cerita kat entri sebelum ni aku memang ambik tempahan membuat Kek lapis semasa ramadhan yang lepas. Mula-mula tak niat pun nak buat bisnes ni. Sebab aku memikirkan aku ni kalau kat rumah memang tak sempat-sempat nak habiskan kerja rumah.

Tapi aku cuba jugalah sebab ada permintaan daripada kawan-kawan sepejabat. Aku ambik order sikit je. Aku takut aku tak mampu nak buat banyak-banyak. Tenaga aku ni banyak manalah haii...

Ha meh tengok senarai tempahan kek lapis mak cik..haa ambik kau.. panjang berjela... tapi seminggu sebelum aidilfitri..beberapa tempahan aku tak sempat nak buat sebab adik ipar aku meninggal dunia. Jadi aku stop setakat yang dah siap. Kalau ikutkan boleh je aku nak baking tapi ntah macam tak seronok plak aku nak baking bila ada saudara yang tengah berduka.


 Kat atas ni senarai tempahan. Yang tulisan tangan tu tambahan order... haii..tak terbuat tauuu...



 Sampai dua oven digunakan sebab nak cepat siap.. 


Kat atas ni kek Lapis Masam Manis.. ramai yang order


 Haa..Alhamdulillah dah siap. 
Kek-kek yang sedia untuk di poslajukan dan untuk dihantar ke tuan punya


InsyaAllah kalau ada kelapangan bolehlah aku terima tempahan. Korang kalau nak tempah bolehlah ye..tapi kena bagitau awal-awal sebab nak buat kek ni bukan sekejap... berejam-rejam tau duduk depan oven..

Apapun terima kasih buat pelanggan-pelanggan dan kawan-kawan yang dah menempah kek aku ni. Kalau sedap bagitahu kawan ye..kalau tak sedap bagitahu la aku.. jgn senyap aje.. aku sedia menerima kritikan.. :)

No comments:

Post a Comment