Entry yg semakin sayup dari aku...he he
Al maklum busy sangat dalam sebulan dua ni.. nak menulis pun x ada mood... cuma hari ni lapang sikit..curi masa sikit untuk update blog yg dah hampir bersawang ini..
Tapi malas nak taip pannjang2... kita layan gambar sesambil ye... :)..Dijadikan cerita terlebih rajin sikit hujung 2 minggu yang lepas, maka timbullah idea nak buat donat dan cupcakes...
Hari pertama tu (sabtu) buat cupcakes... resipi aku amik kat tenet juga...korang rajin2 le gugel aku malas nak taip balik he he...korang boleh amik kat sini blog ryo . Cuma aku ubah sikit2 mana bahan yg x dak.he he he
aku punya ni cupcakes "malas" sikit..nak deco tu x berapa nak deco sebab ada byk tangan2 yang menggapai nak tolong he he...
Adunan Cupcakes..perasa vanilla je..
Masukkan dalam bekas cupcakes..jangan isi penuh dalam 2/3 sahaja
Yang ni dah masak dan siap letak butter icing.. yang ni kategori x sabar nak mengicing..cupcakes tu lom sejuk lagi jadinya butter cream tu mcm cair sket he he....
Hari kedua lak buat donat.... lembut donat ni dan sedap...
Bahan2 yang aku guna :
tepung roti
tepung gandum
sedikit tepung susu
yis mauripan
sedikit garam, gula
air sejuk ais
Cara buat : Larutkan yis dalam sedikit air suam + gula. Biar seketika sehingga berbuih.
Tepung roti, tepung gandum, susu, sedikit garam n gula gaulkan rata dalam bekas. Lepas tu masukkan yis yang telah berbuih tadi. Uli rata. Lepas tu uli doh dengan air sejuk secukup nya sehingga doh jadi kental seperti di bawah... kalau guna mixer lagi senang x sakit tangan nak menguli... aku guna tangan aje...sebab sikit je doh...
Lepas tu buat la bentuk donat..ikut besar mana yg nak...rehatkan sebentar biar cik donat tu kembang dalam 10 minit gitu...
Bila dah agak kembang tu bolehlah digoreng. Api jangan kuat sangat nanti hangit cik nat nanti..
Dan kat bawah ni seperti biasa dugaan dan
cabaran aku masa membaking... :)
Lepas dah goreng ketepikan seketika.. Untuk toping coklat aku cuma cairkan coklat masakan dengan sedikit butter menggunakan kaedah double boiling.... lepas tu boleh la celup-celupkan cik nat dan hiaslah dengan coklat urai dan deco2 seperti gula2 bintang tu... Haa nampak tak tangan yg tak sabar kat bawah ni he he e
Haa... ni dia si model cilik donat mak nya.... he he sedap sangattttt!!! Donut dia lembut bak donut big apple...( ha ha perasan)
No comments:
Post a Comment