Entry frust untuk kali ini.. he he..
Semalam cuba buat popcorn. Ini adalah cubaan kedua... cubaan pertama adalah cubaan mengepopkan popcorn.... yeahhh berjaya...he he he... Cubaan kedua nak caramelkan pocorn tu.... iskkkk.... tak berjaya... frust sangat!!!
Sebabnya caramel ku hangus... puncanya... buat lah kerja lain sampai caramel jadik hitam.... ha ha ha... padan muka...
Nak popkan popcorn tu senang jek... janji ada periuk berpenutup dan biji jagung tu... Cemana rupa biji jagung tu? Haa... macam kat bawah ni lah, murah aje beli kat tesco..
Harga biji jagung ni RM 2.80 / 300 gm.
Selepas di pop ini lah rupa dia... Cara dia cairkan butter dan sedikit minyak. Bila dah agak panas, letaklah biji jagung dalam segenggam. Pas tu tutup periuk dan tunggulah sehingga jagung habis mengepop.... :). Segenggam tu boleh dapat penuh satu periuk tauu...
Haa...comel kan rupa popcorn ni he he...
Ini adalah rupa jagung yang cuba juga di caramel dengan caramel yang hangus... ha ha ha...rupa mcm cantik tapi pahit hua hua hua....
Caramel ku yang hangitt... agak2 kalau tak hangit mesti sedap kan??
Last sekali... makan ajelah popcorn perisa original...sedap juga sebab ada rasa masin2 butter tu...snack yang sihat untuk keluarga anda....
Seperti biasa...model ni memang setia makan apa saja mama dia buat he he.... terima kasih Aijaz!!
Insya Allah, Lepas ni... akan cuba sehingga berjaya nak buat popcorn bercaramel (memandangkan sebungkus biji jagung tu x luak2 lagi........ aku dah beli 3 bungkus tau..he he tamak nye pasal)
Bila dah menjadi nanti bolehlah aku buat macam ni
he he he
No comments:
Post a Comment