Friday, 26 April 2013

Jom WeChat

Salam,

Salam Jumaat untuk semua. Bosan rasanya duk opis ni sebab hari ni tak kuar mana2. Rasa nak pegi Alamanda tapi biasalah lepas2 gaji ni memang jem gilerr nak masuk parking. So abaikan niat tu simpanlah duit tu ye...

Hari ni nak cerita pasal WeChat. App terbaru..(err terbaru ke..ke aku jek yang baru pakai). He he..

Sebelum ini aku selalu guna WhatsApp je. Itu pun dah memudahkan rasanya. Tapi bila semua org sibuk cakap pasal WeChat, aku pun nak trylah. Lagi2 bila tengok iklan Lisa Surihani dengan Shaheizy Sam tu.

WeChat ni ada macam2 fungsi.. boleh live chat..voice chat dan video chat. Live chat aku dah cuba..macam walkie talkie... video chat tak try lagi ..lom sempat nak explore semua.

Dan paling best emoticon dia leh gerak2..he he..dan boleh upload moving images.. Jom kita tengok screenshot WeChat aku..he he

 Inilah logo WeChat


1st sekali berjaya install dah ada invite dari adik aku...
tengoklah jakun sebab baru tahu emoticon WeChat canggih cam gitu. He he


 Ha ha..ni adik aku sent gambor mamat berjoget ni... 
Nampak tak kakak dia jakun kekaguman di situ?



Ni sesi aku mengadd contact..he he


 Ni sesi berbual dengan my sis... he he masa ni dah tau macam mana nak guna voice chat tu.. seronok sangat dapat dengar sore anak buah aku...


 Ni opis met aku baru add saja ngengada walhal duk dekat jek nak voice chat bagai he he


 Ni semalam chat dengan member kat UK.. line cepat jek.. 
masa chat ni dkt kul 12 mlm, kat UK lak kul 5 ptg.



 WeChat ada juga moment . 
Lebih kurang macam wall facebuk kita boleh update moment kita..



Kat bawah ni WhatsApp
 Kadang2 dah biasa guna whatsapp ni x boleh nak tinggal juga..

 sesi minta tiket untuk Candy Crusher. My sis selalu jadi mangsa.


 And by the way.. aku memang tak boleh nak tinggalkan WhatsApp sebab aku ada byk grup kat situ..
salah satunya my family grup.. grup ni adalah termasuk adik beradik ..sepupu sepapat belah mak aku.
Kita orang memang rapat.. so anything kitaorang update kat sini rather than post kat facebook. Lebih privacy aku rasa. Dan kami kat sini dekat lokasi yang berbeza.. di semenanjung, sabah, sarawak, Brunei, KK, U.K, saudi arabia dan lain-lain.. he he (ye ke? yee tak propa..)



Oklah sekian entry untuk technology update. He he technolgy la sangat yee....

No comments:

Post a Comment