Tuesday 19 March 2013

Busy sangat ke?

Oh My Bloggg!!

Hmm.... memang busy..nak update blog pun tak sempat... schedule harian memang penuh.. dengan sedikit masalah sistem di sana sini... 

Hasilnya blog ntah kemana...penulisan pun ntah kemana...

dengan itu kita layan ajelah gambar cengkerik dan imagine akan bunyi nya...he he he... 

 

Monday 4 March 2013

Tragedi di Lahad Datu

As Salam...

Sebelum memulakan bicara marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang-pejuang kita yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air di Lahad Datu.

Al-Fatihah...

Sayu rasa hati bila semakin ramai pasukan keamanan kita yg terkorban. Mereka yang terkorban sudah tentunya meninggalkan ahli keluarga masing2. Kita boleh bayangkan perasaan mereka ketika ini tetapi kita tak bleh merasai kehilangan yang mereka hadapi. Anak-anak kecil...para isteri...ibu dan ayah....

Sedih sangat...air mata aku pun turut mengalir bila mengenangkan pengorbanan mereka. Angka yang terkorban semakin bertambah... kita doakan semoga konflik ini cepat berakhir.... 
Sama-sama kita berdoa...agar tiada lagi yg terkorban.... 

Yang amat dikesali, dalam kekalutan peristiwa di Lahad Datu ini masih ramai lagi insan yg tiada hati perut dan terus mengambil kesempatan untuk berkempen dan mempertahankan parti masing2.

Dalam saat2 genting sebegini..seharusnya soal politik diketepikan..fikirkan strategi... apa fungsi kita sebagai rakyat Malaysia jika kita hanya pandai berhujah dan hanya pandai mengadu domba.... Ingat!! Nyawa yang melayang....

Akhir kata... harap kita sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada pejuang-pejuang kita yang bergadai nyawa demi sebuah negara.... tolak dulu fahaman politik masing2... jgn pentingkan diri sendiri... panjatkan doa..semoga semuanya berakhir dengan selamat..

Buat mereka yang terkorban... semoga perjuangan ini menjadi syahid buat mereka.... 



 Wajah-wajah yang kehilangan orang tersayang. Salah seorang anggota unit 69 KOmando Ins Zulkifli Mamat.  - gambar dari sumber google.


 “AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU PADA 1 MAC 2013. G/17984 skuad 2/2006″


Sidang Media PJP Sabah 04 Mac 2013@1000hrs :

Sidang media oleh Pesuruhjaya Polis Sabah berkaitan perkembangan semasa Op Sulu dan pengesahan 6 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.





Sedikit Petikan dari KOSMO!
SULTAN SULU, Jamalul Kiram III menghubungi adiknya, Raja Muda Agbimudin yang mengetuai 200 pengikutnya untuk menceroboh Sabah pada satu sidang akhbar di Alabang, Manila.

MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.

"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa," kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram



SEORANG anggota komando polis berkawal di kawasan sekitar 3 kilometer dari lokasi kumpulan bersenjata Filipina berkubu di luar Lahad Datu, Sabah.

Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.
"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. 
- Agensi ( kosmo! Online )