Tuesday 9 July 2013

Kek Lapis Sarawak... Di buka untuk tempahan..

Salam,

Sempena nak menyambut Ramadhan dan Syawal ni, jadi aku nak buka tempahan untuk kek lapis Sarawak. Ni homemade tau..buat sendiri bukan order2 dari kilang ye.. ;)

Ok..weekend yang lepas sempat buat untuk sample kononnya... tapi separuh anak2 dah sapu dulu... buat 3 biji kek lapis.. Kek lapis Masam Manis, Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Badam Berempah. Ingat nak tambah koleksi tapi tak dan lak, kerja rumah pun jadi pending dibuatnya he he...tapi dah dapat rentak nak buat tu dah bolehlah manage masa lepas ni..

Jom..layan gambor kek yang dah siap.. Waktu2 tgh buat tu memang tak sempat nak snap gambar ye.. almaklum tanganku hanya dua.. tau je lah kalau buat kek lapis ni tak boleh leka.. karang hangit lapisan kek tu.. x cantik jadinya..

Next time insya Allah aku akan share kt sini bersama resipi. Resipi tu malas nak salin balik kat sini... kalau boleh nak copy paste.. tp tak de softcopy.. maybe uols boleh google sebab ramai juga yang share resipi kek lapis ni. Insya Allah kalau ada kelapangan aku share nanti kat sini.



 Adunan kek lapis rempah


 Adunan kek lapis rempah


 Kek Lapis Badam Berempah


 Kek Lapis Badam Berempah



Kek Lapis Evergreen


 Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Masam Manis


 Kek Lapis Evergreen 


  Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Masam Manis

Ok.. Kalau nak order boleh komen kat ruangan komen ye... jadi tempahan ni buka untuk hari raya or sesiapa nak before ramadhan pun boleh. Ada jenis lain sebenarnya tapi tak dan nak buat semua sample.. modal pun byk tp nanti boleh google coraknya kat internet ye. 

Tapi setakat ni tak ambik lagi tempahan kek bercorak2 yg fancy sebab peralatan tu tak ada. Kat bakeri sini susah nak dapat peralatan untuk kek lapis ini. Insya Allah bila dah ada nanti akan ku jual juga.. :) 

Bahan-bahan uols jangan risau k, semua dari sumber halal. Butter pun guna butter Halal. Telu-telur yang digunakan dibasuh terlebih dahulu untuk mengelakkan kotoran. Jadi.. jangan rasa was-was k kalau nak order. :)






~ Marhaban Ya Ramadhan ~

Assalammualaikum,

Akhirnya bulan yang sangat dirindui semua orang telah tiba.. Alhamdulillah.. kita amat bersyukur kiranya kita berkesempatan untuk menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan untuk tahun ini.

Bulan yang penuh kemuliaan..bulan penuh keberkatan...bulan yang paling indah dari seribu bulan... Masya Allah... Sebagai seorang muslim, janganlah kita sia-siakan waktu ini dengan perkara lagha.. Allah banyak beri kita peluang untuk memperbaiki diri kita.. Harap jaga tingkah laku kita dan amalan kita... 

Janganlah kita sibuk untuk berhari raya saja...sedangkan bulan Ramadhan ni lah yang patut kita raikan... bulan ramadhan inilah kita patut bermaaf-maafan.. bukan tunggu syawal nanti... ntah sampai ke tidak kita ke penghujung ramadhan wallah hu alam... Moga Allah panjangkan usia kita agar kita dapat mengecapi indahnya bulan yang mulia ini...

Aku nak share sikit tazkirah yang aku hadiri masa 2 minggu lepas sempena kedatangan Ramadhan, dekat bahagian aku ada jemput Ustaz Gunawan dari JPM untuk berkongsi keistimewaan bulan ramadhan. Walaupun ringkas dan sekejap... terkesan juga di hati sehingga rasa tak sabar nak tunggu ramadhan menjelma..



 Ni lah dia ustaz Gunawan kalau sesiapa yg tak kenal.. seronok dengan cara penyampaian ustaz yang bersahaja..tetapi terkesan di hati apa yg di kongsikan... 


Antara isi ceramah Ustaz Gunawan...
  • Ambil peluang sebaik mungkin... 1 Ramadhan yang berlalu takkan sama seperti ramadhan kedua... ketiga dan seterusnya... dan ramadhan untuk tahun ini takkan sama dengan ramadhan tahun hadapan dan seterusnya.. Masya Allah..memang ramai antara kita yang terleka dan suka menangguh-nangguh untuk beribadah.. sedangkan kita sendiri tak tau ajal maut kita... dan sehinggakan ada yang sudah buat persiapan hingga Syawal... adakah kita pasti kita akan bernafas hingga ke Syawal?? 

  • Banyakkan buat amalan... para isteri ambil masa sebelum menyediakan sahur, solat tahajud dan baca quran... ( hmm... macam berat sangat nak amalkan.. itulah kan tapi belum cuba belum tahu.. Insya Allah tahun ni kita cuba buat)
  • Amalan di bulan puasa ni berkali ganda dari bulan-bulan biasa... jadi jangan teragak-agak untuk beramal... kalau nak bagi sedekah jangan tunggu sehingga satu syawal ye.. sedekah dalam bulan Ramadhan... Ya Allah berganda-ganda pahala... :)

  • Kalau ada rezki lebih...boleh belanja orang berbuka puasa...afdhalnya orang-orang yang kekurangan

  • Banyakkan membaca al-quran.. tengok quran pun dapat pahala tau.. apa lagi meluangkan masa membaca al-quran..

  • Jaga sahur... pastikan kita bersahur sebab sahur ni byk keberkatannya..

  • Cepatkan iftar @ berbuka puasa

  • Banyakkan iktikaf di 10 malam terakhir ramadhan
Ustaz juga berkongsi waktu-waktu berdoa yang mustajab di bulan Ramadhan iaitu 
  • Waktu sebelum matahari terbenam hampir waktu maghrib
  • Selain itu boleh berdoa setiap sujud yang terakhir
  • Selepas tashahud iaitu sebelum salam ketika solat

Ayat-ayat 183 - 188 Surah Al-Baqarah ada menceritakan tentang Bulan Ramadhan kalau nak rujuk.

Harap perkongsian ini akan memberi sedikit walaupun tak banyak sebagai panduan untuk kita melalui Bulan Ramdhan.. Ambil kesempatan ini ya adik-adikku dan kawan-kawan untuk kembali menyemai kecintaan kita kepada Allah dan Rasul kita. 

Jangan  terlalu mengejar dunia sehingga kita tidak ada masa untuk beribadah. Allah sangat mengasihi hamba-hambanya sehingga diciptakan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berganda.

Oklah panjang lebar dah...untuk mengakhiri entri ni.. aku nak minta maaf kepada semua yang pernah tersinggung atau terasa hati dengan penulisan aku selama ni...sempena Ramadhan aku harap amalan kita akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah..

Elakkan dari perasaan hasad dengki.. elakkan mengeluarkan kata atau menulis kata-kata kesat di Wall Facebook, twitter or kat mana-mana media sosial yang korang join... Jaga tingkah laku... jaga aurat..Eratkan silaturrahim Insya Allah semoga kehidupan kita lebih teratur dan tenang sepanjang bulan yang mulia ni...

k..maaf dipinta sekali lagi buat adik2 ku... saudara maraku jauh dan dekat.. dan buat sahabat-sahabatku semua... andai kiranya aku bersalah maafkan lah aku supaya boleh menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh dgn keberkatan.. Amin.