Friday 3 May 2013

My Bintulu : Makanan Tradisional "Ti-Ong"

Salam,

Disebabkan hari ni agak free sikit, aku nak share salah satu makanan kegemaran keluarga aku. Ini merupakan makanan tradisional masyarakat melanau kat Sarawak. Selalunya kalau kita orang balik rumah mak, inilah yang mak aku selalu buat. Kadang-kadang balik ke semenanjung ni mak aku bekalkan sikit buat kenangan. He he he he...

Oklah..gambar ini adalah ehsan daripada adik aku sempena dapat camera baru dia tu...elehh... Jeles aku tau he he he. Gambar2 ni di ambil menggunakan camera Samsung NX1000. Terima kasih ye adikkk..

Kembang-kempis idung kau ye adik dapat camera baru..nge he he... Oklah lupakan pasal tu.. 

Berbalik kepada topik asal. Makanan ni orang Bintulu panggil "Ti-Ong". Dalam bahasa melayu Sarawak seperti yang aku google nama dia "Pais Lemantak Udang".

Jom kita layan gambar...

Bahan-bahan yang diperlukan :

Kelapa parut

Tepung Lemantak (sagu)



Udang sederhana besar


Proses buat "Ti-Ong"

 
Udang terlebih dahulu dibersihkan. Kopek kulit dan letak garam dan sedikit perisa. Sagu dan kelapa di gaul dan letak sedikit garam. Lepas tu letakkan sagu dan udang ke dalam daun. Udang tu nak letak seberapa banyak pun boleh. Kat atas ni adalah proses membungkus "Ti-Ong". Daun ni adalah daun dari pokok nipah. Atau orang Sarawak panggil pokok Apong.
 Ehemm..adik kenapa awak tengok saja mak buat?? Nge he he


 "Ti-Ong" yang sudah siap dibungkus.



Lepas tu bakar dalam oven. Ini cara bakar moden. 
Kalau nak tradisional boleh bakar atas api macam masak satay ke or boleh direct pakai pemanggang ikan tu.



Bila dah masak inilah rupa dia


Sedapppp! Makan panas-panas perghhhhh....

Entri ini telah membuatkan aku kelaparan dan kerinduan sekali lagi masakan mak aku...uwaaaaa!!



2 comments:

  1. wah. maacam mna rasa ? saya tak makan udang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la cik pensil..sambil buat entri ni pun terliur..da lama x makan ti-ong ni..balik sarawak je bleh makan huhu

      Delete