Tuesday 9 July 2013

Kek Lapis Sarawak... Di buka untuk tempahan..

Salam,

Sempena nak menyambut Ramadhan dan Syawal ni, jadi aku nak buka tempahan untuk kek lapis Sarawak. Ni homemade tau..buat sendiri bukan order2 dari kilang ye.. ;)

Ok..weekend yang lepas sempat buat untuk sample kononnya... tapi separuh anak2 dah sapu dulu... buat 3 biji kek lapis.. Kek lapis Masam Manis, Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Badam Berempah. Ingat nak tambah koleksi tapi tak dan lak, kerja rumah pun jadi pending dibuatnya he he...tapi dah dapat rentak nak buat tu dah bolehlah manage masa lepas ni..

Jom..layan gambor kek yang dah siap.. Waktu2 tgh buat tu memang tak sempat nak snap gambar ye.. almaklum tanganku hanya dua.. tau je lah kalau buat kek lapis ni tak boleh leka.. karang hangit lapisan kek tu.. x cantik jadinya..

Next time insya Allah aku akan share kt sini bersama resipi. Resipi tu malas nak salin balik kat sini... kalau boleh nak copy paste.. tp tak de softcopy.. maybe uols boleh google sebab ramai juga yang share resipi kek lapis ni. Insya Allah kalau ada kelapangan aku share nanti kat sini.



 Adunan kek lapis rempah


 Adunan kek lapis rempah


 Kek Lapis Badam Berempah


 Kek Lapis Badam Berempah



Kek Lapis Evergreen


 Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Masam Manis


 Kek Lapis Evergreen 


  Kek Lapis Evergreen dan Kek Lapis Masam Manis

Ok.. Kalau nak order boleh komen kat ruangan komen ye... jadi tempahan ni buka untuk hari raya or sesiapa nak before ramadhan pun boleh. Ada jenis lain sebenarnya tapi tak dan nak buat semua sample.. modal pun byk tp nanti boleh google coraknya kat internet ye. 

Tapi setakat ni tak ambik lagi tempahan kek bercorak2 yg fancy sebab peralatan tu tak ada. Kat bakeri sini susah nak dapat peralatan untuk kek lapis ini. Insya Allah bila dah ada nanti akan ku jual juga.. :) 

Bahan-bahan uols jangan risau k, semua dari sumber halal. Butter pun guna butter Halal. Telu-telur yang digunakan dibasuh terlebih dahulu untuk mengelakkan kotoran. Jadi.. jangan rasa was-was k kalau nak order. :)






1 comment:

  1. Tempahan dibuka untuk semua lokasi. Khidmat poslaju akan digunakan untuk tujuan penghantaran. Untuk COD area Putrajaya, Nilai, sepang dan dengkil.

    ReplyDelete