Friday 4 October 2013

~ Ella? Nella? Salmonella? ~

As salam

Selamat pagi buat semua... hari ni nak curi masa sikit nak buat entri pasal keracunan makanan ni.. 
Tiap-tiap hari lepas kes keracunan yang teruk di kedah hari tu ada je laporan tentang keracunan makanan. Kebanyakannya di sekolah-sekolah.

Amat menyedihkan kita dengan peristiwa yang melanda negara awal minggu lepas kerana majlis kahwin yang dihadiri menjadi tragedi buat keluarga berkenaan... kita tak boleh nak menunding jari kat sapa-sapa tetapi kesedaran tentang penyediaan makanan dan penyimpanan makanan ni dalah sangat-sangat penting...

E.Coli, Salmonella, Campylobacter dan Shigella adalah antara bakteria yang akan membiak dalam makanan. Pastikan makanan yang kita simpan tu benar-benar elok dan jangan dibiarkan di tempat terdedah..Dalam kes kat kedah tu, punca utama ialah bakteria Salmonella hasil daripada proses penyimpanan ayam yang tidak sempurna.


Janganlah kita nak salahkan si ayam lak... kesian si ayam..tak pasal-pasal ayam tak laku kt pasar... 

Sebenarnya setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam penyediaan makanan sebab makanan yang akan kita makan ini akan menjadi sumber tenaga kita anak beranak. Janganlah diambil ringan.

Aku sebenarnya dah lama mengurangkan aktiviti membeli makanan dari pasar malam. Kalau beli pun aku beli yang digoreng terus di situ contohnya macam kueh tiaw goreng ke. Kalau makanan yang dah sedia diproses aku akan cari gerai yang benar-benar menepati spek..  bukan apa aku ni tergolong dalam orang-orang yang perut sangat sensitif. Silap makan sikit memang kerap ler aku melawat cik Tan(das)...he he he


perghhh...nampak sungguh menyegarkan!!

Lagi satu menu yang aku dah tak sentuh dan tak akan beli lagi ialah air tebu... sebab aku pernah mengalami keracunan yang teruk.. muntah-muntah tu tak ada sangat tapi asyik jumpa cik Tan...dah ler waktu tu tengah pregnant anak ke-3... nasib baik tak ada apa-apa...sebab cepat2 jumpa doktor dan ambik ubat. Tebu-tebu yang tak dibersihkan dengan sempurna tu lah punca nya...


Popia basah.... sedap memang sedap..tapi kalau guna naked hand gulung popia aku tak lalu weiii


Haa..lagi satu... makanan yang disediakan tanpa menggunakan sarung tangan... aku sangat-sangat tak suka melihatnya kalau nampak peniaga macam ni kat pasar malam or kat mana-mana. Contoh makanan yang sering orang guna naked hand ialah popia basah... aku dah lama tak makan popia basah ni... aku terbayang-bayangkan orang yang buat tu gulung menggunakan dua belah tangan.. dengan kukunya... dan tangan cebuknya... ewwww.... lepas tu dengan tangan tu jugak le dia sambut duit kita lepas tu korek-korek tempat simpan duit nak pulangkan duit... dan seterusnya sambung balik gulung popia... OMG!... korang nampak tak proses penyediaan yang kurang bersih kat situ?  

Ada juga peniaga yang guna telur yang tak dibasuh.. selalunya aku perhati kat gerai-gerai murtabak or roti john. Kalau direct ambik dari papan telur tu memang aku tak akan beli...aku pernah nampak sorang peniaga murtabak yang guna telur tak berbasuh siap ada najis ayam lagi kat kulit telur tu... ewww.. ko sanggup nak makan??


Ayam masak merah..."suspek" utama kes keracunan...


Jadi sekarang aku berusaha untuk menyediakan makanan untuk anak-anak aku...kurangkan makanan yang sudah sedia diproses...dan aku pesan kat anak-anak jangan makan ayam masak merah kalau ada menu tu kat kantin... (ha ha ha... teruk kan aku ni... tapi untuk langkah keselamatan)

Hari tu anak aku nak makan burger tepi jalan pun aku dah tak kasi.. lepas dengar kes keracunan tu.. aku beli je daging burger dan roti bun dan masak sendiri burger kat rumah... betapa phobianya aku..he he

So... untuk peringatan kita bersama..lepas ni kita kena hati-hati dalam pemilihan makanan... perhati betul-betul.. pilih makanan yang betul-betul segar dan jangan menyimpan makanan di tempat yang terdedah...

Kalau makan kat gerai or restoran pilih yang betul-betul bersih..tapi yang seeloknya... masak sendiri...betul tak mak jemahhh....?? Pada peniaga-peniaga kat luar sana..janganlah nak lipat-gandakan keuntungan semata-mata. Jadikan ianya sebagai tanggungjawab dan ibadah..tidaklah kita nak ambil ringan perkara macam ni. Kalau dah menyebabkan kehilangan nyawa...siapakah yang kita hendak tunding jari?? 

Fikir-fikirkan lah!!




 p/s: gambar-gambar adalah dari sumber google... kredit untuk owner gambar ye...

No comments:

Post a Comment