Tuesday 29 January 2013

Aktiviti Hujung Minggu

As Salam,

Tiada apa yg special berlaku waktu hujung minggu.Macam biasa kalau duduk di rumah kalau weekend yg pnjang macam ni memang tak boleh duduk diam.

Cuma hari sabtu sempat lah bawa anak-anak ke dataran Nilai sebab setiap 2 kali sebulan ada bermacam gerai makanan dan jualan akan dibuka di Dataran Nilai. Walaupun kita org ni orang sepang apa-apa hal yg terdekat nak berlibur ialah di area Nilai. Nak jalan jauh2 sampai Putrajaya ke KL ke... oh tidakk...aku bukan jenis yang suka nak mengangkut anak-anak ke tempat sesak..tau aja la anak2 aku tu ligat semacam..stresss tauu!! Gi dataran Nilai ni pun maknya dah kopak dah pantang nampak mainan semua nak...

Hari Ahad plak anak-anak request nak makan Pizza.. dan oleh kerana mak nya ni kedekut nak kuar bajet makan pija kat luar... kena gigihkan juga buat sendiri... walopun bahannya tak cukup sifat he he he....

Sementara rajin ni nak share juga resipi pizza yang aku buat ni... Tapi..mcm yang aku bgtau tadi ni pizza tak cukup sifat a.k.a tak cukup bahan .... (a.k.a kedekut nak membeli)

Resipi Pizza hentam sajalah...

Bahan Doh :
Tepung gandum (1/2 kilo or lebih)
Serbuk penaik
Minyak masak (dua sudu - Kalau ikutkan elok pakai minyak zaiton)
Yis kering satu peket
Garam
Gula
Air

Toping:
Tomato Puree
Daging cincang
Sosej
Cendawan Butang
Cheese (Kalau ikutkan kena guna cheese mozarella ) Sebab maknya kedekut guna ajelah cheese keping biasa ..he he he...


 Bahan2 basic
Cheese Keping biasa

Cara Buat :

Yis kering bancuh dengan air yg dah campur sedikit gula. Biar sekejap sampai berbuih. Sementara tu gaulkan tepung dengan sedikit garam dan serbuk penaik (sikit je dalam secubit dua).

Bila yis dah berbuih...campurkan dalam adunan tepung tadi. Uli dan tambah air sehingga doh tak melekat kat tangan. Kalau agak2 tepung tak cukup tambah lagi. Bila dah tak melekat biarkan doh berehat sekejap dalam 30 min. Tutup dengan kain bersih yang lembab.

Bila doh dah naik...boleh lah uli dan letak atas dulang pizza.. letak lah toping ikut suka. Selalunya untuk anak2 aku buat toping yg simple sebab budak2 ni tak suka sayur. Kali ni aku guna toping daging cincang (goreng sampai masak), sosej dan cendawan butang. Lepas dah letak toping bakar dalam oven dlm suhu 180-200 dalam masa 15 min - 20 min.



He he..yang ni selingan sahaja..masing2 nak menguli...haa amik la sorang sikit tepung tu..habis lah meja mak kauu ni.... yg kecik tu siap posing lagii bila tau maknya nak amik gambo


Cara letak toping... sapukan Tomato puree, taburkan daging cincang dan sosej.. lepas tu letaklah cheese.... cheese tu aku carik2 je...hasilnya tak delah macam cik pija kat pija hut tu tapi rasa piza tu ada anak aku cakap sodappppp!!!!

Tadaaa.....Pizza dah siappp!!!







Hari Isnin ( Cuti Ganti Thaipusam)

Pagi2 lagi si kecik Aijaz (anak ke-3) yng umur 3 tahun minta buatkan spaghetti. Aduhh...tekak mat saleh pulak 2,3 hari ni anak2 aku. Tapi tak sempat la nak amik gambo sebab anak2 dah mcm kebulur plak. Pagi2 gitu sarapan spaghetti kauu ada....

Tapi petang tu kebulur nasi la pulak..so ptg tu makan kat luar lah sebab maknya dah penat asik masak je... tempat fav kita org ialah kat Nilai.. nama restoran tu Myway Seafood Tom Yam.. Gambo tak ada ekk.... segan nak amik gambo time2 nak makan...

Sebelum gi makan tu..singgah kedai hardware..beli cat nak makeover rumah...(kononnya). Yang ni nanti entri lain bila makeover dah siap... korang mesti nak pengsan tengok rumah aku yg dah jadi mangsa vandalism anak2 aku..uwaaaa!!!












No comments:

Post a Comment