Monday 2 September 2013

~ Selamat Hari Raya ~

As Salam,

Perghh….. berabuknya blog mak cik ni. Ini kes beraya sakanlah ni….start dari bulan puasa sampailah dah nak habis bulan raya  ni. Hmm..otak pun macam kurang berfungsi nak mereka ayat-ayat pujangga kat blog ni..

Apa nak cerita ye? Oh.. pertama sekali semasa bulan Ramadhan hari tu keluarga aku kehilangan seorang ahli keluarga.. masa tu seminggu lagi syawal nak menjelma. Kami dikejutkan dengan berita adik ipar.. adik kepada suami aku meninggal dunia sebab serangan sakit jantung. Pemergian yang tidak disangka-sangka. Arwah pun dalam lingkungan umur yang muda iaitu awal 40-an. Meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak yg masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Tapi ini semua ketentuan Ilahi. Kita kena redha dengan apa yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga arwah…anak-anak dan isteri tabah menghadapi hari-hari yang berlalu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.





Bulan Ramadhan yang lepas aku ambik tempahan untuk Kek Lapis Sarawak. Boleh tahan juga tempahannya. Tapi nak menjadikannya tu..mak aihhhh…letih mak cik tau. Bulan puasa pula rasa macam waktu makin singkat. Ye lah seharian di ofis.. balik terkejar-kejar nak sediakan juadah berbuka. Lepas berbuka buat persiapan pula nak baking kek lapis. Kalau dah settle awal benda kat dapur tu bolehlah start baking awal.. kalau tak memang lambatlah.. Kalau dah lambat mula tu tau-tau ler siapnya pukul berapa. Lepas tu nak kena bangun sahur pulak. Adoiyaiii…. Memang penat gilerrrr!!! 

 Tapi rutin aku ni bermula 3 minggu sebelum raya…kalau weekend memang jadual aku fully packed laaa….dari pagi sampai malam aku memang duduk memerap kt depan oven. Hellooo…panas uolss… duduk depan oven…haha… sebabkan minat lakukan juga lah. Ada satu ketika sebab nakkan energy extra..terpaksa aku minum redbull. Tak pernah-pernah makcik minum redbull tauuu… tetibe nak baking kek punya pasal..telanlah air redbull tu. Haaa..amik kau… dah sudah kerja pon..mata tak bleh nak katup bagi tidur. Terkebil-kebil sampai ke pagi… serik makcik tak nak minum…ha ha ha ha…

Ok..banyak sebenarnya cerita raya aku... tapi aku ni al-maklum bz yang hamat (kenkonon kan).. jadi bersawang la blog ni. Dengan nak update kek lapis la... pasal merdeka raya la... hmm.. gambor pun tak sempat nak upload. Macam mana nak maju blog mak cik ni weiii...

ok tak apa... nanti aku kayuh pelan-pelan... nak carik gambar yang the vasss dulu... baru boleh share kat sini kan? so.. Uols.. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin...  kalau ada coretan yang kurang disenangi just tell me ok...

 

No comments:

Post a Comment