Thursday 5 September 2013

~ Cerita Hari Raya : Yeaahhh ~

As Salam...

Akhirnya... Alhamdulillah...sempat juga tuan blog nak update entri pasal hari raya. Punyalah lama nak update..raya dah nak habis dah... 

Raya yang lepas aku dan famili balik beraya kat kampung halaman ku kat Bintulu, Sarawak. Anak-anak pun tak sabar nak balik sebab dah lama tak jumpa saudara-mara kat sana..dan rindu kat semua terutama kat nenek dan nek yan (atuk). 

Tertinggal IC
Flight kami pukul 10:40 am. Jadi kami minta kak ipar hantar awal dalam pukul 7:30am sebab takut ramai orang. Masa nak check-in kat kaunter tiket, staff kaunter minta IC dan boarding pass. Aku keluarkan semua IC & Mykid anak-anak aku. Tetiba aku rasa macam nak menangis... hambik kau... IC makcik tertinggal kat dalam kereta kat rumah. 

aku : Err maaf cik, IC saya tertinggal kat rumah lah..

staff : Hmm..macam mana puan boleh datang sini kalau IC puan tertinggal? (memula aku blur dengan soalan kak cik ni)

aku : saya kerja dan tinggal kat sini, bukan datang bersiar...hmm lesen tak boleh pakai ke? (kata-kata orang dah menggelabah) 

staff : Tak boleh puan. 

aku : Ok lah.. nanti saya suruh orang hantar.

Staff : Flight 2 jam lagi ye puan...

aku : (dalam hati--ye lah..umah aku dekat je lah kak cik oiii)
Lepas tu menggelabah call kak ipar minta dia hantar IC. Tak sampai setengah jam, kak ipar sampai semula hantar IC. Kami pun cepat2 nak check in. Bila sampai je kaunter.. semua orang kaunter pelik sebab ada mesej suruh cek IC aku takut aku ni masuk tak pakai IC ha ha ha ha... sampailah waktu nak boarding masa nak masuk boarding tu, staff tu dengan member dia berbisik-bisik..

aku pun tanya.."ada apa ye cik". 
'Emm..kat sistem ni suruh kami cek IC puan sebelum boarding". 
aku :"oh..tadi IC saya tertinggal, saya dah suruh orang hantar dan dah check-in pun pakai IC." 

Staff : "oooo..OK.."

aku : (dalam hati.. macam lah aku nak curi-curi masuk.. ingat aku boleh jadi org halus ke?)

Ha ha...lepas ni pleasee...buat checklist ok..ni gara-gara IC tu kami gunakan kat pejabat untuk keluar masuk dan untuk punch in & punch out. So aku gantung dengan pas kerja dan simpan dalam kereta. Padahnya tertinggal..haii nasib baik rumah dekat.. kalau jauh mcm nak pegi KL sana...adoiyaiii.... kenalah aku tukar flight...

 So... kejadian itu tidak menganggu gugat kehidupan aku bila sampai sarawak... Janji aku dah sampai he he..! Anak-anak pun seronok dapat jumpa saudara-mara dan sepupu-sepapat.

Meh kita cuci mata tengok gambar raya..cakap banyak-banyak pun nanti uols bosan lak..

Haa... ada yang kurang gambar kat atas ni.. adik aku yang no-2 tak beraya kat Bintulu tahun ni. Dia raya kat Miri sebab wife dia tengah tunggu hari nak bersalin. Jadi kami bertiga je lah yang ada... Insya Allah..raya tahun depan kita beraya sama-sama ye adik dengan baby baru.. :)


Telatah anak-anak di pagi Raya. Seronok masing-masing ye..


Aktiviti raya kami...


Lagi aktiviti raya. Bila berjumpa sepupu-sepapat yg dah lama tak jumpa macam-macam cerita keluar ye tak?
Seminggu lepas Raya tu juga sepupu aku melangsungkan perkahwinan.


 Ni sepupu dan anak-anak buah aku..comel-comel ye dah besar panjang dah semua...





No comments:

Post a Comment