Wednesday 10 April 2013

Muzium Alam Semulajadi ... Pameran Katak & Kodok

Salam,

Hari ni terlebih rajin sikit nak update setelah sekian lama menyepi chewahh...

Masa cuti sekolah hari tu dah tak ada aktiviti sangat nak buat dengan anak2...bajet pun tengah ciput x adalah nak bawa anak2 gi holiday or jalan2 cari pasal....

jadinya satu hari tu aku amik cuti khas untuk bawa anak aku yg dua orang tu jenjalan. Yang kecik dua org lagi terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh..sebabnya jika 4 orang semua2 mengekor maka mak nya ini akan terlebih stress...he he he .... 

jalannya tak jauh pun pegi putrajaya je...asalnya anak2 request nak g tengok wayang.... or mandi kolam (presint 9).. tp option kedua tu yg drang nak mandi kolam.. jadi sampai kat putrajaya dalam kul 12:30 tghari..so ajak lah makan kat Alamanda...tapi anak2 aku tak nak drang nak mandi kolam dulu... ayoo anakku tghari buta kau nak mandi kolam apa kess....

perut ni dah berkeroncong so buat uturn...pergilah presint 15 tukar selera skit... dan kebetulan anak2 aku ni suka makan nasi ayam so bawakle makan kat nasi ayam gemas kat presint 15 tu. Masa pusing2 nak cari parking tu ternampak banner / bunting ada pameran katak dan kodok so lepas makan tu kita org singgah kejap...

murah aje masuk muzium ni dewasa RM 2 hengget je... kanak2 bawah 12 tahun percuma... muzium ni tak de lah besar sangat tapi pada yang tak suka pergi zoo boleh bawa anak2 datang sini... :) . Tak panas dan ada aircond he he he... cuma haiwan dia tak semeriah zoo lahh...

oklah layan lah gambar di bawah yee....


Ni tangga nak ke pintu masuk muzium..posing dulu ye..


 
 Masuk je dah nak posing depan tulang ikan paus ni... besar gilerr


 Yg ni plak tengkorak gajah


 arrrggghhhhh....rimauuuuuu


 ewwww...geliii....tikus ni besar sangatttt...sib baik dah awet dan duk dalam kaca tu


 dah serupa dah posing mcm kat belakang tu he he


 posing lagi dan lagi


 Adam : Nyet...lepas ni aku nak mandi kolam nak ikut tak?
Nyet : nak jugak! nak jugak!

 Cik Kongkang


 Aidil dan cik Tapir


 kesian...jakun betul anak beranak ni he he


 Indahnya ciptaan Allah

 Apa punya posing ni?


Katak dan kodok ni kat aras dua. Hmm geli sebenarnya... besar2 kataknya...



 Seronok yee.....


 Masa ni pekerja muzium tgh bagi katak makan tengahari... lauk dia anak cengkerikkk... he he sedap tak agak2 nya..freshh tauu!!


 Haa...ni rangka katak gergasi..Katak Goliath namanya


 Ni lah rupanya katak Goliath.... agak2 kalau buat lauk boleh simpan 
stok berapa lama ni??? ewwww...ha ha


 Dah penat tu boleh santai2 kat ruang yang disediakan kat aras 1 dan aras 2...


 budak2 ni suka sangat dengan orang utan ni sampai semua orang kena 
posing dengan si org utan ni...


 dan lagi


 dan lagi....


 ada PC disediakan...tapi x berfungsiiii laaa


 ada ruangan info..


 eh eh..tak abis lagi posing rupanya...


 dan lagi..



 dan akhirnya.... dapat juga mandi kolam..percumaaa...tak payah bayarr... he he percutian yang memang murahhhh!!! he he..peaceeee!!!

No comments:

Post a Comment