Monday 29 April 2013

Surprise Birthday Party!!

Salam,

Semoga hari Isnin anda hari ni hari yang ceria. Biasalah hari ni mesti ramai yang mengalami sindrom "Monday Blues". Kalau boleh nak sambung sampai hari rabu..ye lah rabu ni kan Cuti Umum.


Oklah hari ni entri nak cerita peristiwa semalam. Surprise Birthday Party yang dibuat oleh Kak ipar aku untuk suami dia sempena menyambut ulang tahun yang ke 50. Jubli emas gitu!


Aku pun tak tahu mula2 ada surprise2 ni. Ingatkan jemput untuk makan2 saja. Susah juga nak surprisekan orang ni ye... he he he.


Tak naklah celoteh panjang lebar lagi.. layan lah gambar kat bawah...


 
 
Geng2 subahat... tengah menanti time yang sesuai



 
Ok.. line clear rombongan cik kiah mula bergerak ke destinasi



 
Berhenti seketika sebab 'subjek' belum keluar rumah? agaknya lah kami kat belakang ngekor aje..



 
Dah sampai di rumah aksi punggah memunggah pun berlaku



 
Cepat-cepat...



 
Tadaaaa..dengan sekelip mata hidangan dah siap... he he..
seperti biasa sinonim dengan Johorian...menu utama adalah Nasi briyani dan mee rebus.



 
Pulut kuning untuk birthday "boy" :)



 
Tengah bersiap siaga



 
Sambil menanti..apa lagi anak muda zaman sekarang... K-pop tak habis2, Tengah tengok "Running Man". Apa yg best sangat citer ni? 



 
Tambahan menu... barbeque



 
Apek(baju kelabu) : Cepat2 posing, mak ngah dayang nak amik gambor.
Ijam (baju putih) : ye lah nak letak kat facebuk lah tu..
Daus (baju coklat) : Nge he he
Aku  : Sorry ehh... tak de makna letak facebuk okay..he he he




 
ayam dan sosej. Anak aku aijaz panggil sosej ni kodok (hotdog).



 
Sesi menunggu 'subjek'



 
Cepat..cepat..subjek telah dikesan! Ready semua!



 
Surprise!! Subjek berbaju cream itu. Sorry lah gambor kurang jelas ye..almaklum kamera cap hayam.



 
Dan inilah dianya "Birthday Boy" he he he...memang surprise gilerr



 
Sesi bersalaman


 
 
Sedia untuk potong pulut kuning



 
 Yeahh...jom nyanyi sama2.. 
ヽ(•‿•)ノ ❤ ♬ Happy Birthday to you....Happy Birthday to you!! ❤ ♬ヽ(•‿•)ノ



Dan aktiviti seterusnya adalah makan...so aktiviti makan2 tidaklah sempat nak diambil sebab perut dah kebulur.... nak tunggu 'subjek' kluar rumah kami terpaksa menanti dengan penuh kesabaran dan kelaparan....
Walau apa pun terima kasih pada Kak Jee yang menjemput kami sekeluarga dalam menjayakan majlis ini...chewaaahhh... dan kepada abang din.. Selamat Hari Lahir yang ke-50. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki sekeluarga. Aminnn.




Perut dah kenyang...hatipun gumbira... balik rumah zzzzzzzzz!!

No comments:

Post a Comment